Pengarah eksekutif Suaram E Nalini berkata Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) secara rasminya menghentikan siasatan ke atas Suara
Inisiatif Sdn Bhd.
Jabatan berkenaan dalam satu surat kepada NGO
hak asasi itu pada 6 Mac menyatakan bahawa ia akan menarik balik semua
notis terhadap Suaram serta semua individu yang dikaitkan dengan
siasatan tersebut.
Oleh yang demikian, Suaram juga mengesahkan
bahawa ia menarik balik semakan kehakimannya ke atas ROS yang difailkan
pada 4 Januari lalu, kata Nalini.
“Memandangkan ROS menarik balik
semua notis dan peguam negara mengklasifikasi kes ini sebagai 'tiada
tindakan lanjut', Suaram masih menunggu SSM (Suruhanjaya Syarikat
Malaysia) untuk menarik balik semua notis yang belum sesesai.
“Gangguan selama tujuh bulan ini bukan hanya merugikan masa dan sumber Suaram tapi juga wang pembayar cukai.
“Siapa
yang akan membayar ganti rugi atas kerugian rakyat, hanya kerana
penganiayaan kerajaan yang berdendam,” katanya dalam satu kenyataan.
Nalini
berkata walaupun terdapat “gangguan jelas” ke atas NGO berkenaan, tiada
agensi penguatkuasaan terlibat dalam siasatan berkenaan yang
mendedahkan hasil siasatan atau memakluimkan bahawa Suaram tidak
melakukan apa-apa kesalahan.
source : http://www.malaysiakini.com/news/224217
No comments:
Post a Comment