Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan
bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang kini
disandangnya, dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Rantau adalah satu daripada empat kerusi DUN dalam parlimen Rembau.
Manakala
ketua bahagian Jempol Datuk Lilah Yassin pula, berpindah ke kerusi DUN
Palong untuk memberi laluan kepada bekas menteri besar, Tan Sri Isa
Samad untuk bertanding di parlimen itu.
Sebelum ini Lilah adalah ahli parlimen Jempol. DUN Palong adalah satu daripada empat kerusi dalam parlimen itu.
Pengumuman itu dibuat Mohamad Hassan selaku pengerusi BN Negeri Sembilan di kediaman rasminya di Seremban pagi tadi.
No comments:
Post a Comment