Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa bahawa Pengarah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman mengakui
bahawa seorang penolong pendaftar Umno telah mendaftarkan ramai
pengundi yang meragukan.
Charles mendakwa, perkara itu diakui
oleh Dzulkifli dalam satu pertemuan dengannya selama 45 minit di pejabat
SPR Selangor hari ini.
SPR sebelum ini berkata, individu yang sama telah mendaftar S
Dinesh, 32, yang tinggal di Britain, sebagai seorang pengundi tahun lalu tanpa pengetahuannya.
"Saya
bertanya kepadanya (Dzulkifli) berapa ramai pengundi yang telah
didaftar oleh orang ini. Beliau kata 'ramai'," kata Charles.
Bagaimanapun
Dzulkifli, menurut Charles, berkata SPR tidak boleh mengeluarkan nama
Dinesh dari daftar pemilih kerana Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya,
melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan.
"Mereka
berselindung di sebalik Seksyen 9(a)," kata Charles yang mendakwa
mereka mengakui undang-undang dilanggar tetapi tidak mengambil sebarang
tindakan.
Dzulkifli bagaimanapun tidak hadir di sidang media Charles itu yang diadakan di pejabat SPR Selangor.
source : http://www.malaysiakini.com/news/225578
No comments:
Post a Comment