Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih
sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.
Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.
Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Pertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.
Tindakan
itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap
Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan
Islam menggunakan kalimah Allah.
Menariknya
juga, Zulkifli juga kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang
juga parti lamanya, sebelum menyertai PKR sebelum ini.
No comments:
Post a Comment