Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir
akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum 5 Mei
ini.
Ayer Hitam adalah
salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya
umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.
Keputusan
parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi
desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan
semula negeri itu.
Perkara
ini sudah lama dispekulasikan, malah pemerhati politik menganggapnya
sebagai masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha menepis
cakap-cakap itu.
Kemungkinan
itu juga dikatakan kurang disenangi oleh akar umbi, termasuk penyokong
pengerusi badan perhubungan Umno negeri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya.
Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.
Daripada
aspek lain pula, Mukriz yang dilihat sebagai 'legasi' bapanya Tun Dr
Mahathir Mohamad mungkin memberi masalah kepada BN dalam rangka menawan
negeri Jelapang Padi itu.
Ini
kerana difahamkan terdapat kelompok 'anti-Mahathir' dalam BN sendiri
yang mungkin gelisah dan tidak senang dengan kemungkinan itu.
Sementara
itu, Ahmad Bashah, penyandang kerusi DUN Bakar Bata pula akan
mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.
ParlimenLangkawi: Datuk Nawawi Ahmad
Jerlun: Datuk Othman Aziz
Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom
Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Pokok Sena: Datuk Sahlan Ismail
Alor Star: Datuk Seri Chor Chee Heung
Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pendang: Datuk Othman Abdul
Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sik: Dr Mansor Abdul Rahman
Merbok: Prof Ismail Daud
Sungai Petani: Dr Shamsul Anuar
Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie
Kulim Bandar Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
DUNAyer Hangat: Mohd Rawi Abdul Hamid
Kuah: Nor Saidi Nayan
Kota Siputeh: Datuk Abu Hasan Sharif
Ayer Hitam: Datuk Mukhriz Mahathir
Bukit Kayu: Hitam Ahmad Zaini Japar
Jitra: Aminuddin Omar
Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim
Pedu: Kama Nooriah Ibrahim
Bukit Lada: Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang: Mokhtar Md Nor
Derga: Dr Cheah Soon Hai
Bakar Bata: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman: Loh Gim Hooi
Alor Mengkudu: Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
Anak Buki: Datuk Hashim Jahaya
Kubang Rotan: Datuk Latt Shariman
Pengkalan Kundor: Norhasnita Md Isa
Tokai: Najmuddin Darus
Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob
Sungai Limau: Mohd Fadzilah Mohd Ali
Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Gurun: Dr Leong Yong Kong
Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri: Mahadzir Abdul Hamid
Bukit Selambau: M Maran
Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pantai Merdeka: Datuk Ali Yahaya
Bakar Arang: Dr Lee Yean Wang
Sidam: Bee Shiong Heng
Bayu: Datuk Azmi Che Husain
Kupang: Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil: Mohd Khairul Azhar Abdullah
Merbau Pulas: Datuk Marlia Abdul Latif
Lunas: S Ananthan
Kulim: Chua Thiong Ghee
Bandar Baharu: Nor Sabrina Mohd Noor
http://www.malaysiakini.com/news/226941
No comments:
Post a Comment