Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung
penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal semasa pilihan raya
umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
Anwar membuat laporan itu pada
pukul 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat Kuala Lumpur,
berdekatan dengan ibu pejabat PKR, mendakwa dakwat kekal yang dicalit di
jarinya tidak kekal selepas mengundi.
"Saya mengundi pada pukul
9.30 pagi di Kubang Semang, Parlimen Permatang Pauh. Saya basuh jari
yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan
saya dapati dakwat itu hilang," katanya kepada pemberita selepas membuat
laporan polis itu.
Ditanya kenapa mengambil masa yang lama
untuk membuat laporan polis, Anwar berkata: "Selepas mengundi, saya
sudah balik ke Kuala Lumpur dan tidak dapat membuat laporan polis pada
hari yang sama."
Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR, mengiringi Anwar semasa membuat laporan polis itu.
Pada
21 Mei lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan
pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang
menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama
selepas dicalit.
http://www.mkini.co/news/231348
No comments:
Post a Comment