PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara
terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang
di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang
dikeluarkan.
Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di
SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah
dikeluarkan.
Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan
dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi
tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah
dikeluarkan.
Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah
undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk
mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di
Telok Bahang.
Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.
http://www.mkini.co/news/231092
No comments:
Post a Comment