tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, April 24, 2008

Kisah Rasuah... a true story

Saya baru sahaja membaca coretan Dr. Khir Toyo di blognya tentang hadiah penyapu kepada PBT semasa pemerintahan beliau. Dan saya telah komen coretan tersebut dengan berkongsi satu kisah benar tentang karenah PBT di Selangor. Di bawah ini saya sertakan komen saya terhadap coretan Dr. Khir tersebut. Pada waktu saya menulis ini, comment tersebut masih belum di'approve' oleh Dr Khir. Saya akan ke blog beliau lagi esok pagi untuk melihat samada komen saya diluluskan atau tidak untuk tatapan semua pembaca blog beliau. Sekiranya beliau betul2 ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat maka seharusnya komen saya itu disiarkan. Sekiranya tidak, maka saya rasa musnahlah kepercayaan saya dan rakyat Malaysia terhadap keikhlasan Dr Khir Toyo.

Salinan komen saya ke atas coretan Dr Khir Toyo... (ini komen ke-3 saya di laman blog beliau).

Dr Khir

Tahun 2007 saya masih bekerja dengan sebuah pemaju perumahan swasta yang membangunkan tanah freehold milik pemaju sendiri di Puchong. Kawasan tersebut telah diusahakan sejak 1992 dan dijangka akan akan terus dibangunkan untuk 10 tahun lagi.

Apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini adalah rahsia di antara pegawai penguatkuasa PBT dan dan kontraktor. Rasuah berada di mana-mana dan saya kongsikan beberapa contoh.

Situasi 1.
Pembeli telah mengambil kunci rumah dan ingin membuat renovation. Tetapi tidak disubmit borang untuk mendapatkan kebenaran melakukan renovation.

Staf pemaju akan contact kawan dia di PBT, memberikan maklumat serta alamat rumah. Beberapa hari kemudian penguatkuasa datang dengan kenderaan persendirian, biasanya lebih dari seorang. Pergi ke rumah tersebut untuk meminta settlement atau di saman. Biasanya kontraktor renovation akan setelkan kerana tidak mahu kerja tergendala dan saman pun cuma RM300 yang telah dikira masuk ke dlm quotation kepada pemilik rumah. Duit berpindah tangan. Kes ditutup.

Situasi ke-2
Juga kisah benar. Staf pemaju ingin buat renovation rumah teres dua tingkat yang dibelinya. Extend dapur sampai ke pagar tingkat bawah sahaja tetapi bumbungnya adalah concrete slab. ( Sekiranya concrete slab kena ada kelulusan plan tak boleh guna 'Standard Form'). Staf pemaju tentu ada kontek dengan orang2 PBT. Jadi dia menghubungi penguatkuasa terbabit dan kata penguatkuasa itu dia nak RM250 sebelum kerja renovation start dan dia akan pastikan rumah tidak akan disaman. Tetapi jika rumah telah disaman dia tak boleh bantu. Inilah yang berlaku. Kisah benar dengan amaun RM yang sebenar juga.

Ada lagi senario-senario lain dimana kontraktor perumahan (kontraktor projek perumahan bukan kontraktor renovation) perlu membayar wang kepada penguatkuasa setiap bulan. Ada runner yang akan datang ambil.

Kontraktor juga terpaksa membayar wang perlindungan kepada samseng kawasan tersebut kononnya supaya dia tidak di ganggu dan barang tidak dicuri.

Pekerja-pekerja Indon juga membayar RM50 sekepala kepada sebuah badan penguatkuasa (bukan PBT), tidak kira pekerja yang ada permit atau pun tidak asalkan dia tinggal di rumah kongsi. Seorang runner akan datang berjumpa kepala kongsi tersebut yang telah sedia mengumpulkan wang tersebut sebelum kedatangan pegawai untuk mengambil wang. Saya pernah melihat sendiri pegawai itu datang dengan beruniform dan duduk di kantin milik kepala Indon (ketua) dan minum2 sambil menunggu untuk mendapatkan wang yang dikatakan untuk pegawai tertinggi di kawasan tersebut.

Dan saya berani jamin tidak ada satu pun rumah kongsi di Puchong yang tidak didiami oleh Pendatang Tanpa Izin. Mereke membawa isteri ke mari, tinggal dirumah kongsi, dan isteri tiada permit, cuma suami sahaja berpermit. Bila diserbu semua akan lari tidak kira ada permit ataupun tidak. Kenapa yang berpermit pun lari? Kerana pihak berkuasa akan angkut mereka semua ke balai dan di sana baru diperiksa pasport/permit mereka.

Saya sekadar berkongsi kisah benar ini untuk pernilaian semua termasuk Dr Khir. Saya juga sebanarnya ada mendengar cerita2 tak sedap tentang Dr Khir juga tapi buat masa ini baik saya diamkan dahulu kerana saya mendengarnya dari seorang teman rapat yang pernah bekerja sebagai pemandu kepada Menteri. Dan dia juga mendengar cerita daripada geng2 driver yang masih membawa menteri pada tahun 2007.

Saya tidak bercadang untuk membongkar lebih lagi, apa yang saya harapkan cuma satu, 'Yang Baik Kita jadikan Tauladan, Yang Buruk Kita jadikan Sempadan'. Kita mulakan episod baru, wujudkan Malaysia yang Telus yang dihormati dan dikasihi oleh segenap pelusuk rakyatnya. Sesungguh manusia itu tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dan atas setiap kesedaran yang Allah berikan, Kita bersyukur ke atasNya dan kita perbaiki diri kita. Insya Allah.. Amin!

Saya amat berharap coretan saya ini diluluskan untuk siaran di blog Dr. Khir.

www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

1 comment:

raspintar said...

COM,

Kita semua tahu bahawa yang tidak mahu berubah bukan rakyat tetapi pemimpin itu sendiri. Degil dan kebodohan dianggap bijak dan mengikut undang-undang.

Pemimpin sempit juga patut tahu, jika tanpa percaturan pijak memijak di dalam parti politik, ramai yang boleh mengambil tempat mereka.

Kita yakin, terlalu ramai lagi yang lebih baik.

Cuma mereka tidak mahu tangan dikotori dengan najis dan darah politik - politik itu ciptaan orang yang sedar untuk orang tidur, dari orang yang pandai untuk orang yang dungu.