tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, April 24, 2008

Komen di Blog Khir Toyo

Ini kali kedua saya memberikan komen di blog www.drkhir.com. Saya kongsikan komen saya disini. Juga boleh dibaca di dalam ruangan 'comment' dalam salah satu tulisan Dr Khir di dalam blog beliau. Komen anda juga dialu-alukan...

Saya melihat respon yang diberikan terhadap apa yg Dr Khir cuba sampaikan dari respon di blog ini kepada orang2 UMNO tidak diterima oleh mereka. Mungkin ada yang telah mula melihat Dr Khir sebagai ancaman kepada mereka. Itulah gambaran yang saya lihat diberikan oleh media arus perdana. Nampaknya, orang yg berpengaruh di dalam UMNO tidak bersedia untuk berubah. Mungkin mereka menganggap teguran2 ikhlas ini seolah2 kata-kata daripada orang yang iri hati. Inilah masalahnya dengan orang kita, minda tidak terbuka. Jika mereka di dalam UMNO tidak bersedia untuk mengubah Mindset mereka, maka tiada perubahan yang akan berlaku.

Baca interview dengan Ahli Parlimen pembangkang dalam The Sun hari ini, mereka meletak kehendak rakyat sebagai priority No. 1 dan kepentingan parti no. 2. Kenapa? Kerana rakyat yang memilih mereka, kerana kuasa yang mereka perolehi ini adalah pemberian rakyat. Adakah parti yang melantik seorang Wakil Rakyat/ Ahli Parlimen? Jika rakyat tak memilih mereka maka mereka tidak berada di tempat mereka sekarang. Dalam dunia hari ini, yang mana anak melayu berumur 13 tahun pernah layak memasuki Oxford, Malaysia bukan lagi Malaysia 20 tahun dulu. We have to wake up and stand up!!! How? If we put the target to be a champion only in Malaysia then we will not go further than that. Apa yang saya maksudkan disini, target itu mesti sesuatu yang sukar tetapi boleh dicapai dengan sedikit extra effort. Barulah kita boleh melihat usaha dan dibalas dengan kemajuan. Oleh itu, UMNO kena lebih positif, menerima teguran dan pandangan dan menilainya secara positif. Hanya orang yang berfikiran positif sahaja mampu bergerak ke hadapan.

Secara peribadi, saya melihat Dr. Khir hari ini melalui blog ini lebih terbuka dan lebih dekat kepada rakyat. Suara Dr. Khir didengari tanpa tapisan dan suara kami juga sampai kepada Dr. Khir. Itu yang rakyat mahukan. Bukannya suara yang terbatas. Saya berharap Dr. Khir dapat memulakan langkah untuk mempositifkan minda UMNO Selangor terlebih dahulu andainya tiada upaya untuk menyedarkan UMNO secara keseluruhan. Andai ditawarkan jawatan memimpin agensi kerajaan oleh Kerajaan PR, saya bersetuju jika Dr. Khir menerimanya atas keikhlasan untuk memajukan rakyat dan negeri Selangor khususnya. Pada saya, rakyat yang utama. Ini juga akan membuktikan keikhlasan seseorang pemimpin berjiwa rakyat, bertindak bukan berasaskan platform politik. Adalah sia-sia jika segala pengalaman yang Dr. Khir miliki dibiarkan sahaja. Dr. Khir memang layak untuk membantu membangunkan rakyat Selangor, saya jelaskan disini... membantu rakyat bukannya membantu kerajaan PR. Biar mereka memerintah, ia tidak ada kena mengena dengan perjuangan individu lain untuk rakyat walaupun ia laungkan dari platform yang berbeza.

Dan satu perkara yang tidak ingin dilihat sama sekali berlaku dalam politik Selangor adalah perbalahan yang tak berkesudahan antara pemerintah dan pembangkang. Harap Dr Khir dapat mengawal ia dari berlaku. Pembangkang haruslah membangkang dengan bijak, tunjukkan kepada rakyat, jangan jadi seperti ahli BN yang kalah di Penang. Membuat komen seperti 'Kita hentikan perkhidmatan bas, biar kerajaan baru bangunkan semula'. Apa yang sampai ke minda rakyat daripada kenyataan tersebut? Rakyat tertanya2 'Inikah minda orang yang nak jadi pemimpin?' terlalu negatif dan busuk hati. Inikah orang yang berjuang untuk rakyat? Bila kalah biarkan rakyat susah sebab ada yang tak mengundinya? Pemimpin tersebut secara tidak langsung telah menjatuhkan lagi martabat UMNO yang telah sediada merudum. Mungkin UMNO kena hantar pemimpin2nya ke Team Building Classes, ke PLKN, Kem Bina Negara, ubahlah mindset mereka ini. Rakyat sudah muak dan jemu dengan minda singkat pemimpin2 ini. Jangan hanya pandai berkata2 tapi minda tiada. Itulah yang telah mula ditunjukkan oleh Pak Lah. Rakyat sentiasa dalam keraguan. Soalan terbesar adalah ke manakah Halatuju Malaysia dengan pemimpin seperti ini?

Saya menyokong usaha Dr. Khir dalam memperbaiki UMNO walaupun saya bukan orang UMNO dan tidak memangkah BN pada kali pertama saya mengundi pada PRU12. Saya telah layak mengundi sejak 10 tahun lepas tapi tidak pernah ambil kisah untuk melaksanakannya hinggalah ke PRU12 kerana saya melihat terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Maka itulah yang menggerakkan saya untuk mengundi. Bukannya ceramah2 pembangkang ataupun putar belit pembangkang tapi atas pertimbangan saya sendiri dan kepayahan dalam hidup yang menyeksa diri saya sekeluarga dan rakyat Malaysia terutamanya di bandar besar seperti KL ini. Kami rasa kami perlu lakukan sesuatu untuk masa depan kami. Itulah penggeraknya, bukannya faktor Anwar Ibrahim. Anwar cuma menggunakan kebijaksaannya atas kelemahan BN sendiri dalam menguruskan hal-hal rakyat.

Jadi, tepuk dada tanya selera. UMNO kalau masih nak kekal dengan slogan 'Dulu, Kini dan selamanya' maka selama-lamanya lah takkan kemana.

Saya juga menunggu percaturan Anwar Ibrahim dan langkahnya untuk memasuki Parlimen dan pastinya beliau takkan masuk ke Parlimen jika bukan sebagai seorang Perdana Menteri.

Saya percaya Dr Khir well versed dengan apa yang berlaku kerana semua yang sampai kepada rakyat melalui internet pastinya sampai juga kepada Dr. Khir. Cuma jangan sekali-kali gunakan taktik kotor kerana kemudian hari ia akan memakan tuan. Allah itu Maha Adil.

Good luck saya ucapkan buat Dr. Khir dan rakan yang seperjuangan dengan Dr Khir kerana UMNO kini bukan lagi SATU. lakukan sesuatu sebelum Pakatan Rakyat menjadi lebih 'SATU' daripada UMNO sendiri.

Wassalam

2 comments:

sqasq said...

- Cik. Nurshamila

haaa...nampaknya ahli BN dah jadi takut dengan sitiuasi kekalahan parti BN di Permatang Pauh P44...dengan kemenangan Anwar telah melambangkan pilihan raya akan datang akan bertukar kerajaan..saya yakin perkara ini akan berlaku..saya tidak menyokong mana- mana pihak..tapi perkara ini harus difikir oleh orang BN yang kadang-kadang saya tengok angkuh dengan kuasa sebagai tampuk kerajaan dan jahat..cuba kamu fikir...kalaulah mereka ni manusia yang bersifat baik, mereka sepatutnya tidak begini, kalaulah anwar tu bersalah..untuk apa mereka tekan dia hentam dia dengan sumpah Tidak Meliwat Saiful, kononnya orang yang berani bersumpah adalah hebat dan benar..kalau lah mereka tidak suka anwar buat apa mereka sekat dia..tuduh dia ada hubung kait dengan US dan macam – macam tomahan...kalaulah mereka takut anwar jadi PM kenapa harus semua pemimpin parti Kerajaan Kutuk dia dari sudut media perdana..why why why why? kami ni rakyat yang berpendidikan bukannya bodoh... wahai orang BN mana wajah kamu setelah Anwar memang...bikin malu langsung... tidak berani keluar TV...apa ni penakut..seminggu sebelum pembuangan undi bukan main lagi keluar TV dan media masa akhbar..kutuk anwar sana sini, kononya anwar angan - angan mat jenin..sekarang anwar menang semua masuk lubang..bikin malulah..Why Why Why...sebenarnya rakyat tak fikir kes liwat..bukan tu agenda rakyat..rakyat cuma nak kerajaan yang bukan mengutuk dan menekan orang serta yang penting bantu rakyat yang susah yang pendapatan yang tak seberapa...bukan infrastuktur yang besar mega tapi rakyat kelaparan..bukan itu yang kita mahu..buat bangunan besar-besar tapi yang untung kontraktor hebat..rakyat susah hanya duduk dan lalu melihat pemandangan bangunan mewah..tapi isi perut tak de...buat apa tu semua..kami rakyat bukan bodoh.....tapi yang nakal kata TAIB UMNO “kekalahan BN kerana Arif Shah adalah orang baru tempat tu ..haha alasan bodoh.. kalaulah arif shah tidak sesuai buat ape pilih dia jadi calon..bodohnya punya alasan..kedua kekalahan BN kerana pengundi adalah golongan pemuda yang kebanyakan tidak matang dalam pilitik dan sejarah kemerdekaan lalu..bodohnya punya alasan..ingat pemuda-pemuda sekarang ni macam pemuda zaman 60 an ke takde pelajaran.. pemuda sekarang lagi hebat lagi matang dan berilmu..berpendidikan..mereka lebih hebat menilai banding orang veteran…paling cikai - cikaipun pemuda – pemuda permatang pauh berpendidikan diploma..haaii apalah alasan bodong sangat…sekarang anwar dah memang LU FIKIRLAH SENDIRI..saya percaya pilihan raya besar akan datang Negara ini akan bertukar kerajaan..percayalah ramalan saya…

sqasq said...

- Cik. Nurshamila

haaa...nampaknya ahli BN dah jadi takut dengan sitiuasi kekalahan parti BN di Permatang Pauh P44...dengan kemenangan Anwar telah melambangkan pilihan raya akan datang akan bertukar kerajaan..saya yakin perkara ini akan berlaku..saya tidak menyokong mana- mana pihak..tapi perkara ini harus difikir oleh orang BN yang kadang-kadang saya tengok angkuh dengan kuasa sebagai tampuk kerajaan dan jahat..cuba kamu fikir...kalaulah mereka ni manusia yang bersifat baik, mereka sepatutnya tidak begini, kalaulah anwar tu bersalah..untuk apa mereka tekan dia hentam dia dengan sumpah Tidak Meliwat Saiful, kononnya orang yang berani bersumpah adalah hebat dan benar..kalau lah mereka tidak suka anwar buat apa mereka sekat dia..tuduh dia ada hubung kait dengan US dan macam – macam tomahan...kalaulah mereka takut anwar jadi PM kenapa harus semua pemimpin parti Kerajaan Kutuk dia dari sudut media perdana..why why why why? kami ni rakyat yang berpendidikan bukannya bodoh... wahai orang BN mana wajah kamu setelah Anwar memang...bikin malu langsung... tidak berani keluar TV...apa ni penakut..seminggu sebelum pembuangan undi bukan main lagi keluar TV dan media masa akhbar..kutuk anwar sana sini, kononya anwar angan - angan mat jenin..sekarang anwar menang semua masuk lubang..bikin malulah..Why Why Why...sebenarnya rakyat tak fikir kes liwat..bukan tu agenda rakyat..rakyat cuma nak kerajaan yang bukan mengutuk dan menekan orang serta yang penting bantu rakyat yang susah yang pendapatan yang tak seberapa...bukan infrastuktur yang besar mega tapi rakyat kelaparan..bukan itu yang kita mahu..buat bangunan besar-besar tapi yang untung kontraktor hebat..rakyat susah hanya duduk dan lalu melihat pemandangan bangunan mewah..tapi isi perut tak de...buat apa tu semua..kami rakyat bukan bodoh.....tapi yang nakal kata TAIB UMNO “kekalahan BN kerana Arif Shah adalah orang baru tempat tu ..haha alasan bodoh.. kalaulah arif shah tidak sesuai buat ape pilih dia jadi calon..bodohnya punya alasan..kedua kekalahan BN kerana pengundi adalah golongan pemuda yang kebanyakan tidak matang dalam politik dan sejarah kemerdekaan lalu..bodohnya punya alasan..ingat pemuda-pemuda sekarang ni macam pemuda zaman 60 an ke takde pelajaran.. pemuda sekarang lagi hebat lagi matang dan berilmu..berpendidikan..mereka lebih hebat menilai berbanding orang lama…paling cikai - cikaipun pemuda – pemuda permatang pauh berpendidikan diploma..haaii apalah alasan bodong sangat…sekarang anwar dah menang LU FIKIRLAH SENDIRI..saya percaya pilihan raya besar akan datang Negara ini akan bertukar kerajaan..percayalah ramalan saya…