Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa perbuatan calon-calon menggunakan wang untuk membeli undi dalam pemilhan parti itu akan menjejaskan peluang Umno dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, semua orang tahu yang pemimpin Umno menggunakan wang untuk terpilih memegang jawatan parti.
Bagaimanapun, katanya, bukan kesemua pemimpin Umno itu menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti.
Namun, tambah Dr Mahathir, majoriti daripada mereka berbuat demikian.
Katanya, mereka boleh menjadi pemimpin dalam Umno tetapi rakyat tidak akan memilih orang yang rasuah dalam pilihanraya umum nanti.
tagline
Wednesday, November 12, 2008
Malaysiakini.com : Dr M: Beli undi jejaskan peluang Umno menang p'raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment