tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, November 20, 2008

Malaysiakini.com : Razak: Najib tidak terbabit

Bekas penganalisa politik, Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

abdul razak baginda pc 201108 04Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Membuat penjelasan kepada media, Abdul Razak hari ini berkata pembatalannya sidang akhbarnya sebelum ini tiada kena mengena dengan keputusan pihak pendakwa itu.

'Tiada bukti'

Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

abdul razak baginda pc 201108 07Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua.

Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada bukti".

Diminta mengulas gambar bersama Najib dan Altantuya yang tersebar luas di Internet, Abdul Razak berkata, sesiapa yang percaya terhadap kesahihan gambar itu "betul-betul bodoh (real idiot)."

Beliau mendakwa pernah melihat gambar itu semasa ditahan di Penjaran Sungai Buloh.

Tentang dakwaan Altantuya terlibat dengan rundingan senjata pada 2002, Abdul Razak berkata, berdasarkan fakta dan jarak masa, ia tiada pertalian.

Bahkan, Abdul Razak berkata, beliau pertama kali bertemu mangsa pada November 2004, iaitu hampir dua tahun selepas itu.

Bidas blogger

Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini".

abdul razak baginda pc 201108 06"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.

"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Menyatakan simpatinya dengan keluarga mangsa, beliau berkata: "biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman".

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta
- iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Dilayan baik

Beliau yang enggan menjelaskan secara spesifik siapakah blogger yang dimaksudkan itu berkata, blogger sekarang begitu berkuasa tetapi akhirnya "penulis blog tetap penulis blog" .

Tambahnya lagi, semua orang boleh menjadi blogger termasuklah pemandu teksi.

Abdul Razak juga meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang disifatkannya sebagai satu penipuan.

abdul razak baginda pc 201108 02Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana menteri yang baik.

Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau telah diberi layanan yang profesional.

Mengenai perancangannya selepas itu, Abdul Razak berkata beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Oxford.

No comments: