tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, November 18, 2008

Malaysiakini.com : Raihan, Rabbani dan Hijaz berakar umbi dari al-Arqam...

Bukan sahaja bidang perniagaan, bekas-bekas pengikut al-Arqam yang diharamkan sepuluh tahun lalu didakwa turut bergiat dalam bidang seni suara melalui kumpulan-kumpulan nasyid.

Kumpulan-kumpulan terkenal seperti Raihan, Rabbani dan Hijaz didakwa berasal berasal daripada kumpulan nasyid yang didokong al-Arqam seperti Nada Murni dan The Zikr.

nasyid group album 181108 hijjaz rabbani raihanMalaysiakini difahamkan, ahli-ahli kumpulan Nada Murni berpecah membentuk Hijaz dan Rabbani manakala The Zikr pula membentuk Raihan.

Sumber-sumber yang pernah bergiat bersama salah sebuah kumpulan itu memberitahu, Nada Murni dan The Zikr bergerak aktif pada tahun 90-an.

Mereka pada mulanya menyanyikan lagu-lagu ketuhanan semata-mata seperti Asmaul Husna tanpa membawa ideologi al-Arqam dan pemimpinnya Ashaari Muhammad.

Bagaimanapun, ketika Ashaari berada di luar negara bagi mengelakkan ditangkap pihak berkuasa, kumpulan ini mula menyuarakan ideologi mereka dengan menghasilkan lagu-lagu seperti 'Bila Abuya Pulang'.

‘Sajak kematian'

Ashaari digelar sebagai Abuya, panggilan hormat bermaksud "ayahanda" di kalangan pengikut al-Arqam.

Isu al-Arqam timbul kembali apabila bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin dilaporkan mendakwa 'Sajak Kematian' diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Zabidi turut mendakwa VCD 15 minit itu yang menjadi kontroversi itu bertujuan menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

Penerbitnya Mawaddah Publication ketika dihubungi mengakui perkara itu.

Pegawai perhubungan awamnya, Alifi Alias, bagaimanapun berkata: "Al-Arqam sudah mati dan berkubur".

Alifi turut mempersoalkan kewajaran kegiatan mereka menerbitankan video tersebut dipolemikkan sedangkan terdapat juga bekas ahli-ahli al-Arqam lain dibenarkan bergerak dalam bidang lain seperti nasyid.

Bidang perniagaan

Bagaimanapun, berhubung dakwaan itu, sumber-sumber yang dekat dengan ketiga-tiga kumpulan ini mendakwa Raihan, Rabbani dan Hijjaz "telah pun seratus peratus bersih".

Walaupun terdapat bekas ahli al-Arqam yang membentuk Rufaqa Corporation selepas pertubuhan itu diharamkan, cuba menghubungi mereka supaya bergiat kembali, tetapi permohonan itu ditolak.

Rufaqa Corporation yang beroperasi di Rawang turut diharamkan beberapa tahun lalu kerana didakwa mengamalkan ajaran al-Arqam, Aurad Muhammadiah.

Ketiga-tiga kumpulan ini sebaliknya didakwa mahu memfokuskan kepada bidang perniagaan sahaja.

Sumber-sumber berkata, pada mulanya sebagai bekas ahli sebuah pertubuhan yang diharamkan kerajaan, pergerakan mereka pada mulanya "perit".

Dalam album pertama Raihan, 'Puji Pujian' hampir sepuluh tahun lalu, lirik lagu-lagu mereka dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No comments: