tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, September 6, 2009

Tan Sri Isa nak jadi Calon BN? Simpang Malaikat 44!

Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana ini BN tewas dalam tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

Diminta mengulas cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita, Mohd Faizal berkata:

"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

*************************************************************************************************
Kalau Tan Sri ISA dipilih sebagai calon jelaslah UMNO tak faham kehendak rakyat. Orang-orang UMNO kat Teluk Kemang tu mungkin la rasa ISA layak sebab diorg tu org yang dikeliling ISA. Diorg ni nampak ISA ni bagus sebab dari cikgu skolah boleh jadi MB, jadi Menteri Wilayah dan jgn lupa jugak penah beri rasuah!!
Rasuah? Modal utk PR! Carilah orang yang bersih kalau nak menang.

Jang! BN kok nak monang la kek nogori buek la pado2 sket. Takat si ISA tu den jamin BN kalah. Hassan nak ko Isa tu jadi calon? Den ni anak nogori, den tak koso doh si Isa tu jadi calon... Si ISA ni dulu ado sorg kenalan yang dulu ISA sondiri jadi pengapit perkahwinan ee. Kawan si ISA maso samo-samo jd cikgu kek Somban dulu ni tobunuh kek Hong Kong. Ado torbelo ko nasib keluargo si pengapit tu lopeh si pengapit tu dibunuh kerano misi nogaro? Haram... sampai sokarang BN duk tutup sapo dio punyo tangan yang ngarahkan pembunuhan tu... anak si mati sendiri pun sampai arini (lopeh 25 tahun) tak tau sapo pembunuh sobonar ayah ee. Padahal tu skandal torbosar kek Asia tenggaro ni tahun 80an dulu... Camno den nak lotakkan kopocayaan kek ISA ngan BN? punah!


Letih la nak ckp kok org tak paham2 ni. Den raso la kok kalah 9-0 pun BN tak sodar2 laii. Rampas Perak caro kasar tu jangko pendek jo tu, kok dapek dirampeh slgr plak lagi la... monang sorak kojap jo.. rakyat nampak jo sonyap tapi ingat PRU13 nanti sapo yang ngundi.. bukan ko rakyat? Buek BN dan Najib, jgn tgk jangko pendek jo jangko panjang tu laie ponting!

Bak kato si Nabil (anak nogori gak tu).. Lu pikir la sendiri!

No comments: