Nampaknya Kerajaan Persekutuan sekali mempolitikkan majlis rasmi di Kelantan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dikatakan akan dirasmikan oleh DS Najib pada saat-sat akhir. Siaran langsung sepatutnya di RTM dibatalkan dan DS Najib bergegas pulang setelah membatalkan kesediaannya merasmikan majlis tersebut apabila keadaan menjadi tidak menentu akibat tindakan berkepentingan politik!
Anda baca sendiri dan nilai, inikah tindakan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara?
*********************************************
Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.
Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat mencurah-curah selepas Maghrib.
Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.
Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara.
Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.
Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Mursyidul Am PAS itu berucap.
Menurut Takiyuddin, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Nik Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.
Siaran langsung dibatalkan
Berikutan itu, katanya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.
Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan persetujuannya untuk merasmikan Fiesta Kelantan itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.
Berikutan itu, RTM juga membatalkan siaran langsung yang dirancang.
Namun, RTM menerusi Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.
Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja dipercayai sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut. Ia dilihat sebagai tindakan terdesak.
Adalah dipercayai jemputan untuk Nik Aziz berucap ditarik balik kerana ada pihak yang tidak mahu ia disiarkan secara langsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.

No comments:
Post a Comment