tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, June 9, 2010

Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001

Jika polis tak boleh nak jaga harta PDRM bagaimana kita nak letakkan kepercayaan kepada polis? Dulu saya hormat polis, tapi kini saya akan berfikir 10 kali sebelum meminta bantuan polis. 
Pernah sekali rumah dimasuki percuri pada tahun 2001, polis yang datang cuma mengambil gambar sahaja! Tiada siasatan! Tiada usaha mengesan cap jari! Sehingga sekarang kes tersebut senyap sunyi, tiada khabar berita. Balai Polis cuma 100 meter sahaja daripada rumah! Saya pasti ramai lagi yang mengalami pengalaman ngeri dengan polis.

***************************************

Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001.

“Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula,” kata Hishamuddin.

Chua membuat permohonan bertulis meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 hingga kini.

Beliau juga ingin mengetahui jumlah peruntukan bagi meningkatkan kelenfgkapan PDRM sejak tahun 2005 hingga kini.

Dalam jawapannya, Hishamuddin menyenaraikan 58 kes kehilangan kenderaan PDRM yang membabitkan 49 motosikal, tiga kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

No comments: