*************************************
Saksi utama kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu kes itu, yang selesai memberi keterangannya pada Isnin lalu, hari ini sekali lagi diarahkan tampil ke kandang saksi.
Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.
Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.
Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.
Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.
Karpal k
Sebaliknya Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku tetapi Saiful tidak bersetuju. Katanya, kejadian berkenaan memang berlaku.
Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.
Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.
Karpal: Kau menipu.
Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.
Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.
Beliau
Sebelum itu, pagi tadi pihak pembelaan membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur, lokasi di mana Saiful mendakwa dia diliwat.
Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1.
Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1.
Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.
Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.
“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.
Pakar foren
Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia
No comments:
Post a Comment