Beristighfar panjang saya membaca keputusan hakim. Gunakan logik akal, jika mahkamah ikhlas dan mahu bersungguh-sungguh untuk menegakkan kebenaran dengan penuh keadilan, maka kenapa perlu dihalang proses permohonan bukti yang sah-sah untuk mengesahkan kebenaran?
Macam mana nak undi BN kalau pentadbiran negara kucar-kacir dan kotor? Fikir-fikirlah sendiri! Saya bukan penyokong Anwar tapi saya dan ramai rakyat Malaysia rasa bahawa perbicaraan ini tidak berjalan dengan adil. Hakim perlu ingat kuasa yang hakim ada adalah amanah Allah untuk memastikan keadilan dijalankan. Jika Hakim tidak ikhlas, tunggu je la kat Akhirat nanti untuk menjawab kepada Yang Maha Esa. Wallahualam
*****************************************
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.
“Justeru, saya dengan ini menolak permohonan itu.”
Pe
Mereka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.
Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.
Pih
Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.
Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti itu diserahkan semasa perbicaraan.
No comments:
Post a Comment