LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan
polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali
gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji
Demokrasi" mereka.
Bagaimanapun,
tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan
penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula
berkumpul.
Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan
Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa,
Senegara, Sejiwa".
Berikut laporan langsung berkaitan:
12.30am DATARAN
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada
kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.
"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat
kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi
Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.
Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.
Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.
12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila
saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa.
Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini
menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di
tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat
dilakukan," katanya.
Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.
11.45pm DATARAN Sambil menunggu detik 12 tengah malam. Peserta menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".
11.30pm DATARAN Kumpulan baju kuning, diketuai Pak Samad bergerak dari Dataran menghala ke bangunan DBKL di mana beliau akan membacakan sajak.
11.25pm DATARAN Makin
ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.
11:05pm SHAH ALAM Menteri
besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul
'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi
padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.
10.54pm DATARAN A
Samad Said, Hishamuddin Rais dan Maria Chin Abdullah sampai ke Dataran
diiringi 500 orang daripada Jalan Sultan. Hishamuddin umumkan A Samad
akan membacakan puisi pada jam 11.45pm sebelum bersurai.
10:48pm SHAH ALAM Anwar
berucap. Katanya, Selangor di bawah pentadbiran Khalid menekankan idea
merakyatkan ekonomi supaya khazanah negeri dipulangkan kepada rakyat.
10.40pm DATARAN Ketika
ini dianggarkan hadirin bertambah mencecah ke angka 5,000 apabila ramai
hadirin yang rata-ratanya memakai baju kuning membanjiri persimpangan
jalan TAR-Tun Perak. Mereka meniupkan Vuvuzela tanpa henti.
Kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. Penyokong tidak menggangu laluan. Mereka berada di kri kanan persimpangan tersebut.
10.05pm SHAH ALAM Perbarisan
dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan
perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan
pancaragam.
Selain
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi
SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan
pemimpin Pakatan Rakyat.
9.50pm DATARAN
Dianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika
ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala
DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan
pentas sambutan merdeka.
9.40pm DATARAN Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria sambil meniup vuvuzela.
9.45pm JALAN SULTAN
Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai
manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas
Klang yang dirobohkan baru-baru ini.
9.10pm SHAH ALAM
Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah
Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis
kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.
8.55pm DATARAN
Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di
hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan
itu.
DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti" .
source : http://www.malaysiakini.com/news/207586
No comments:
Post a Comment