Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi
Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan
kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian
Malaysia 1963.
Peristiharan berkenaan ditandatangani ketua umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang
ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari
Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya
berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13
Berikut adalah isi kandungan perisytiharan tersebut:
Kerjasama bersekutuKami
akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan
kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan
mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan
Persekutuan.
Perwakilan yang adilKami akan
mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan
Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa
secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
KewarganegaraanKami
akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional
berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di
Sarawak dan Sabah.
Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami
akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat
sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri
Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat,
menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak
Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan SabahKami
akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin
dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing,
dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan
memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat
Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
Keadilan dalam isu minyakKami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
Pembangunan sekataKami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
source: http://www.malaysiakini.com/news/209085
No comments:
Post a Comment