Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures
Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila
ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi
pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.
Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.
Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.
Ini
selaras dengan prestasi kaunter perladangan lain di tengah-tengah
laporan bahawa harga minyak sawit dijangka menerima tempias daripada
pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara pengguna utama, dengan
inventori minyak sawit Malaysia juga dijangka meningkat.
Semalam,
harga saham PBB jatuh 58 sen melambung turun kepada RM13.28, saham KLK
merosot 52 sen kepada RM22.94 manakala saham IOI Corp turun 15 sen
kepada RM5.04.
Pasaran utama serantau utama juga merosot pada hari Rabu menjelang laporan pekerjaan AS dan Bank Pusat Eropah.
Semalam
harga saham FGV ditutup hanya 6.6 peratus di atas harga tawaran RM4.55
dan 12.6 peratus lebih rendah berbanding dengan harga kemuncaknya RM5.55
pada 5 Julai.
Tekanan berterusan hari ini dengan harga saham FGV merosot kepada RM4.80 - turun 5 sen pada jam 9.45 pagi.
Pengerusi
Felda, Tan Sri Isa Samad memberitahu satu sidang akhbar bulan lepas
bahawa tidak ada sebab untuk para peneroka bimbang terhadap perkembangan
tersebut.
Beliau dilaporkan berkata, mereka tidak perlu bimbang
kerana harga saham tersebut hanya jatuh sedikit dan kemudiannya
meningkat kembali, dan percaya keyakinan terhadap FGV akan berterusan.
source : http://www.malaysiakini.com/news/208118
No comments:
Post a Comment