tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, October 11, 2009

Matinya integriti di Bagan Pinang


Tan Sri Isa Samad menang! UMNO menang! BN menang!
Rakyat tak kisah kalau orang itu tidak bersih jika dikenali sebagai anak tempatan?
Satu trend yang jelas adalah PR mudah menang di bandar dan pinggir bandar manakala BN mendapat sokongan padu penduduk luar bandar.
Jadi, PR kena cari jalan untuk menawan hati masyarakat luar bandar. Jika ini berhasil, Negeri Sembilan yang majoriti kerusi DUN BN dan PR hanya mempunya kelebihan kecil kepada BN akan jatuh kepada PR pada PRU13. DAP banyak menang di kawasan bandar seperti Seremban, Rasah & PD. Tapi UMNO menang di luar bandar, di Rembau, Felda Palong yang mana majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang dah berumur. Mungkin Chegu Bard boleh mengusahakan sesuatu.
Kampung saya berjiran dengan kampung KJ, cuma dipisahkan dengan jalan keretapi sahaja. KJ ni kata nenek-nenek (wan panggilan org nogori) disukai orang kampung kerana ramah. Kebelakangan ini KJ saya lihat kurang bersuara menyokong tindakan2 pemimpin UMNO. Tak tahulah kenapa. Mari kita perhatikan sahaja dulu. Lihat apa agenda seterusnya.
Isa dah menang. Penyokongnya yang lari menyokong Mohammad Hassan akan kembali kepada Isa. Dan mereka pasti mahukan Isa kembali berkuasa. Saya tahu ramai sukakan Isa di Negeri Sembilan. Orangnya nampak cool, lemah lembut dan berbudi bahasa. Orang kampung lagi la suker. Hassan pula kurang daripada segi itu. Muka pun nampak serius.
Saya lahir di Seremban, bersekolah di Seremban, beraya setiap tahun sejak dari kecik sehingga kahwin di Kampung Jawa, Kota, Negeri Sembilan. Kini lepas kahwin setiap tahun saya beraya di Rembau, Negeri Sembilan. Saya tak rasa Negeri Sembilan maju. Masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Pembangunan pun lambat. Tapi ia tak sesesak KL yang mana setiap hari saya terpaksa berhimpit dalam komuter dan LRT, berdiri 3 jam setiap hari untuk berulang alik ke pajabat.
Sebagai anak Negeri saya mahukan perubahan, saya tahu Isa boleh melaksanakan tugas MB dengan baik. Tapi apa maknanya jika beliau bertugas dengan baik sekali pun kerana kini saya tahu bagi UMNO dan BN integriti tak penting, maruah diri tak penting, kuasa dan harta lebih utama. Biarlah ia mungkin membelakangkan kehendak dan ajaran Islam. Tapi bagi saya dan ramai orang Melayu ,Cina dan India yang lain, apa maknanya kuasa jika harga diri tiada, pegangan pun goyang, macam mana nak pastikan amanah Allah untuk pemimpin itu boleh dilaksanakan dengan adil jika si pemimpin sendiri pun kotor dan menjijikkan.

Undilah untuk keadilan, undilah untuk kebaikan semua bukan mengikut selera dan mengharapkan habuan dunia semata-mata.

No comments: