tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, October 7, 2009

Melayu UMNO = Melayu Haram Jadah

Saya menggunakan bahasa yang selayaknya untuk Melayu yang masih tidak sedar diri dan menipu bangsanya sendiri. Malahan bukan sahaja menipu Melayu, UMNO turut menghidupkan api perkauman dalam setiap pilihan raya. Pilihan raya Bagan Pinang tidak terkecuali.

SPR petang semalam (5hb Oct 2009) telah menurunkan poster dan banner PKR dan DAP di sekitar kawasan Bagan Pinang dengan alasan kedua-dua parti tersebut tidak bertanding dalam prk Bagan Pinang. Bagaimana pula dengan poster-poster yang membangkitkan dan mengapi-apikan perbalahan kaum yang telah ditampal di merata tempat terutama disepanjang jalan antara Batu 4 dan 5 Port Dickson oleh Melayu Haram Jadah?

Pilihan raya adalah satu proses pendemokrasian yang suci, kenapa harus dicemarkan dengan unsur-unsur perkauman yang merbahayakan? Saya rasa amat berbangga dengan keharmonian suasana berkempen yang diamalkan oleh Pakatan rakyat apabila melihat beberapa pemuda India menaikkan bendera PAS di kawasan perumahan Taman Bagan Utama. Malahan di Markas PAS di situ juga terdapat beberapa pemuda India yang bertugas memberi penerangan.

Markaz Utama PAS Bagan Pinang turut dikunjungi oleh ramai kaum India dan Cina yang sama-sama membantu dalam usaha memastikan kemenangan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam prk Bagan Pinang.

Beberapa foto di bawah menjelaskan keadaan sebenar.

Pemuda India yang membantu kempen Pakatan bersama Hj Mahfuz di Markaz Utama.


Pemuda India membantu di Markaz PAS Taman Bagan Utama.


Pemuda India turut sama menaikkan banner PAS di Bagan Pinang


Tiga ratu cantik yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Saya rakamkan foto mereka di Markaz Utama.



Foto di bawah adalah kerja membangkitkan api perkauman yang dilakukan oleh Melayu Haram Jadah.






No comments: