On 8th October 2010, Mat Zain bin Ibrahim wrote a 20-page open letter that blows the lid on many issues. You have to read this letter to believe it. The contents puts to rest any doubts you may have on what Malaysia Today has revealed over these last six years. It also fingers the AG and recently retired IGP. This revelation is astounding by any standards and in any other country this would be enough to force the government to resign.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
SURAT TERBUKA
Kepada,
Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
email:
kalsomt@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Melalui Pos & Email
YBhg Datin,
THE SHAFEE YAHAYA STORY - Estate Boy To ACA Chief.
Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai
Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.
2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga
bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes
“Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).