tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, June 30, 2009

Malaysiakini.com : Pengaruh Nik Aziz sangat besar dalam PAS...

Pengaruh Musyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat besar dalam PAS menjadi faktor PAS membatalkan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno, kata seorang ahli akademik hari ini.

"Walau apapun pandangan orang terhadap Nik Abdul Aziz, hakikatnya beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam PAS," kata Pensyarah dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh.

pas nik aziz speech 060609 03Malah, kata Asri, ada pihak yang beritahu beliau yang "orang boleh kata apa saja tentang PAS tapi jangan sentuh Nik Aziz", lapor Bernama

Bagaimanapun, beliau tidak menolak pendapat jika cadangan itu datang dari menteri besar Kelantan sendiri, perbincangan dengan Umno akan tetap berlangsung sekalipun dibantah DAP dan PKR.

Hakikatnya, kata beliau, apa juga motif PAS dalam perbincangan dengan Umno, hanya diketahui oleh mereka yang berkenaan.

Namun, katanya, yang pasti isu tersebut meninggalkan parut dalam pakatan pembangkang.

Cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut disokong oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

PAS pegang kunci

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang oleh Nik Aziz serta anggota Pakatan yang lain - PKR dan DAP.

Malah beliau pernah menggesa Nasharuddin supaya keluar dari PAS dan meletak jawatan ahli parlimen Bachok, sekiranya beliau masih menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno.

Ekoran itu, mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini menolak cadangan tersebut.

Sementara itu, Asri juga PAS juga berpendapat, isu kerajaan perpaduan dengan Umno itu timbul mungkin kerana PAS mahu menguji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

"Saya beranggapan ini strategi politik mereka. PAS melalui Abdul Hadi secara tidak langsung memberitahu Pakatan Rakyat bahawa PAS adalah parti dominan dalam pakatan, sebab pakatan itu bergantung kepada PAS.

"PAS tidak mempunyai masalah besar untuk berbincang dengan Umno, tapi bolehkah DAP atau PKR berbuat perkara yang sama?

"Jawapannya tidak, dan harus diingat di kebanyakan negeri Umno menang kerusi paling banyak berbanding komponen lain dalam BN," katanya.

Menurutnya lagi, PAS mungkin mempunyai kerusi Parlimen paling sedikit iaitu 23 berbanding dua rakannya (DAP 28 kerusi, PKR 30), tetapi dari segi kedudukan di beberapa negeri, PAS yang memegang kunci.

"Di Selangor, tanpa PAS kerajaan pakatan akan bubar, dulu di Perak macam itu juga. Malah sekarang pun, kalau PAS kembali berbincang dengan Umno, pembangkang

terpaksa gugurkan hasrat mereka untuk kembali berkuasa di Perak," katanya.

Sokongan bukan Islam

Asri juga berpandangan PAS menghantar mesej kepada DAP bahawa mereka tidak memerlukan parti itu untuk mendapat sokongan bukan Islam.

"Sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin kuat menerusi kelab penyokong parti itu.

"Malah mereka merancang untuk jadikan kelab itu sebagai salah satu sayap dan kalau ini yang berlaku sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin utuh.

"Itu sebabnya saya katakan PAS tidak perlukan DAP. Malah jika diperhatikan selepas ucapan Hadi di muktamar, DAP yang paling gusar, sehingga cepat-cepat mengeluarkan kenyataan membantah dan mahu pakatan duduk berbincang. Ini menunjukkan DAP yang perlukan mereka bukan sebaliknya," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Abdul Hadi ikhlas ketika mengadakan perbincangan mengenai perpaduan dengan Umno yang berlaku sejurus selepas pilihanraya umum lalu.

"Mungkin pada masa itu mereka melihat ada keperluan untuk orang Islam, dan apabila sebut Islam ini pastinya merujuk kepada Melayu bersatu, tetapi entah macam mana ia menjadi isu yang sudah di luar kawalan," katanya.

Sementara seorang lagi pemerhati politik, Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin berpandangan PAS hanya menurut suara majoriti dalam pakatan pembangkang, yang jelas tidak senang dengan gagasan kerajaan perpaduan itu.

"Bila ada pakatan kenalah ikut suara ramai, tak boleh sendiri-sendiri. Malah dari segi persahabatan, tindakan PAS juga tidak kena kerana tidak membincangkan terlebih dahulu dengan rakan sekutu," kata pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Malaysiakini.com : Tiada isu k'jaan perpaduan, Pakatan hanya hentam BN

Himpunan pakatan pembangkang, yang diuar-uarkan ingin menjelaskan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno malam tadi, berakhir tanpa menyentuh langsung isu kontroversi itu.

Berucap di hadapan kira-kira 4,000 penyokong, tokoh-tokoh atasan Pakatan Rakyat yang berucap hanya mengambil peluang menghentam BN dan mempertegaskan perpaduan di antara parti dalam gabungan itu – PKR, DAP dan PAS.

Dalam majlis itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baru menyertai PKR membuat penampilan pertamanya dalam majlis anjuran bersama Pakatan.

Walaupun tidak berucap, beliau nyata mendapat tepukan gemuruh apabila kehadirannya dimaklumkan.

pakatan rakyat gathering 010709 crowds.jpgHadir dalam majlis itu, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tampil awal, Lim berkata, hampir seratus hari Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri keenam, beliau gagal memberikan harapan baru kepada rakyat.

"Hari ini (semalam) 88 hari Najib jadi perdana menteri. Bagi orang Cina, (88) ini angka yang baik. Tetapi setelah 88 hari, adakah zaman baru, apakah harapan baru yang diberikan oleh Najib?

"1Malaysia yang dilaungkan sepatunyatnya menjadikan Malaysia negara yang lebih maju," katanya, sambil memperli gagasan itu sebagai "simbol yang retak" dan hanya diisi dengan "nyanyian dan tarian".

Sementara Abdul Hadi pula berkata, hubungan parti dalam Pakatan sentiasa baik sejak berdepan dengan BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, media pro-BN sentiasa melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan walaupun kadang-kadang cuma mempunyai perbezaan pendapat yang kecil.

"Malam ini dengan kehadiran ramai pemimpin-pemimpin pusat, ia membuktikan perpaduan di antara kita. Walaupun kadang-kadang kita berbeza pendapat, tetapi kita boleh bersatu kembali dalam masa 20 minit.

"Umno sudah 20 tahun, sesama dia tak selesai-selesai," katanya disambut tepukan gemuruh.

Menurutnya lagi, idea perpaduan melalui konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib telah gagal menyatupadukan rakyat, termasuk sesama parti-parti komponennya sendiri.

Anwar pula memulakan ucapannya dengan mempertegaskan pendirian Pakatan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) supaya dasar kontroversi itu dimansuhkan di semua peringkat.

Beliau turut menyentuh isu pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai "menggunakan laluan jauh", sekali gus kosnya akan dibebankan kepada rakyat.

"Orang biasanya buat jambatan ambil jalan paling dekat, antara tebing ke tebing. Ini tidak, ikut jalan jauh. Sudah tentu kosnya tinggi.

"Siapa hendak bayar? Sudah tentu akan guna duit rakyat. Saya nak tanya, kenapa nak sangat jambatan panjang?" katanya disambut ketawa kecil hadirin.

pakatan rakyat gathering 010709 pakatan leaders.jpgMengulas isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), beliau menyatakan kekecewaannya terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang Parlimen semalam.

Anwar memperli menteri berkenaan yang menurutnya memaklumkan, kerajaan manahan anggota Jemaah Islamiah (JI) berdasarkan alasan "dipercayai" terlibat dengan sel dan kegiatan pengganas.

"Dipercayai mengutip wang untuk membeli senjata. Dipercayai pernah bertemu pemimpin al-Qaeda. Dipercayai, dipercayai. Beli belum, senjata jenis apa tak tahu lagi," katanya sambil menekankan perkataan "dipercayai".

"Dahulu semasa saya jadi timbalan perdana menteri, dengan kawan lama saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) tu, apa nama, saya pergi ke sempadan Afghanistan jumpa pemimpin Mujahidin. Ini cukup point nak bawa saya masuk dalam (ISA)."

Mengulas laporan polis Pemuda Umno terhadap Nik Aziz, Anwar menyifatkan pergerakan itu sebagai "budak-budak angkuh" yang "ada kuasa dia ingat boleh buat apa sahaja."

Dalam program yang sama, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut mengambil peluang mengumumkan perhimpunan besar menentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos ini, sekali gus melancarkan kempennya.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh, setelah berucap pendek, mengalungkan mafla merah bertulis "No to ISA" kepada semua pemimpin Pakatan yang hadir serta melepaskan dua ekor merpati putih sebagai simbol kebebasan yang diperjuangkan mereka.

Dalam ucapannya, Syed Ibrahim berkata, setelah genap "umur persaraan awal" 49 tahun apabila ISA diluluskan, gabungan NGO itu berazam memberikan "pencen terus" kepada akta itu selepas perhimpunan Ogos ini.

Zaid Ibrahim : Jaga lah Petronas Baik Baik

source http://myzaidibrahim.wordpress.com/2009/06/30/jaga-lah-petronas-baik-baik/


Kebelakangan ini banyak yang memperkatakan tentang kuasa Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang disukainya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas. Kuasa itu juga membolehkan Perdana Menteri memecat sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Arahan Perdana Menter mesti diikut. Begitulah kedudukan Petronas, seolah-olah ianya adalah milik peribadi Perdana Menteri.


Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan kuasa Perdana Menteri yang begitu luas seperti yang terkandung dalam Peraturan Tubuh Petronas (Articles of Association). Tengku Razaleigh juga seolah-olah menyokong kuasa yang luas itu diberi kepada Perdana Menteri. Beliau menggunakan alasan bahawa Petronas adalah untuk rakyat, jadi Perdana Menteri yang ditugaskan menjaga rakyat wajar memegang kuasa yang tidak terhad itu untuk kepentingan rakyat. Masalahnya, kepentingan pemimpin tidak samesti nya sama dengan kepentingan rakyat ; dan ada pemimpin yang berpendapat kepentingan pemimpin itu samalah dengan kepentingan rakyat. Dengan kuasa luas itu , ia membolehkan Najib Tun Razak untuk menggunakan kuasa penuhnya bagi melantik Omar Ong ke dalam Lembaga Pengarah Petronas, dan kalau perlu, memecat sesiapa sahaja yang dia tidak berkenan . Ia juga bererti arahan PM mesti di ikuti .


Petronas memang untuk rakyat dan Perdana Menteri ditugaskan dan diamanahkan untuk menjaga rakyat. Tapi kita tahu tak semua pemimpin bersifat amanah dan tidak semua mementingkan rakyat. Hari ini hampir separuh perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh Petronas. Dengan lain perkataan kalau Petronas muflis atau disalahgunakan, maka muflislah Malaysia.


Kita orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang lain biasa benar dengan ungkapan peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Jadi amatlah perlu Perdana Menteri meminda undang-undang tubuh Petronas supaya lebih sesuai dengan keadaan sekarang. Pada masa tertubohnya Petronas memang wajar peranan dan kuasa PM samestinya luas untok menjayakan sesuatu yang baru, lagipun tak ramai anak tempatan yang boleh membuat keputusan besar dan penting. Hari ini keadaan telah banyak berubah. Ia lebih memerlukan pakar pakar yang luas kemahiran untok menjaga kepentingan bisnes yang global dan rumit itu. Biarlah pihak pengurusan melaksanakan tugas secara profesional tanpa selalu terikat dengan "arahan" Perdana Menteri, kerana kita sentiasa perlu waspada kalau pagar akan makan padi.


Kita tahu Petronas dilindungi oleh undang-undang. Parlimen pun tak dibenarkan tahu sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Petronas. Dalam keadaan peraturan dan "governance" Petronas sekarang , tak ramai yang tahu apa yang berlaku atau pun berhak mengetahui hal-hal penting dalam Petronas. Hanya Perdana Menteri yang tahu segala-galanya.


Najib sendiri pernah merungut bahawa menteri-menteri pun tak tahu sangat apa yang berlaku dalam Petronas. Sekarang Najib dah jadi Perdana Menteri, bolehkah dan sanggupkah dia mengubah struktur dan peraturan pengurusan Petronas supaya rakyat akhirnya dapat mengetahui apa yang berlaku dan boleh membantu kerajaan dalam membuat cadangan-cadangan bernas? Biar ada ketelusan, biar ada imbangan kuasa di antara Perdana Menteri dan pihak pengurusan Petronas, itulah yang sebaiknya. Alangkah baik nya Petronas diwajibkan bersemuka dengan Ahli Parlimen sekali setahun supaya perkara perkara tertentu boleh diteranditerang dan diperjelaskan. Alangkah baik nya perlantikan Ketua Ekskutif Petronas itu dibuat atas cadangan PM tetapi mesti dipersetujui olih Parlimen. Biarlah Ahli-Ahli Parlimen juga mendapat maklumat penting dan terlibat dalam hal-hal dasar kerana Petronas adalah hak kita semua.


Tapi dalam keadaan hari ini, saya sekali lagi tidak yakin Perdana Menteri akan sanggup dan berani melakukan perubahan itu. Soal pengurusan yang lebih telus dan mengikut keperluan semasa tidak akan tercapai. Petronas dalam pemerintahan Najib akan kekal di bawah kuasa Perdana Menteri sepenuhnya.. Saya bimbang rakyat akan suatu hari nanti akan dikejutkan dengan skandal yang besar jika Petronas masih dikuasai oleh seorang pemimpin sahaja, walaupun orang itu adalah Perdana Menteri. Begitulah yang terjadi kepada syarikat minyak Indonesia Pertamina yang hampir muflis pada tahun 1970-an kerana rasuah orang atasan. Kerana tak ada kawalan dan tak ada checks and balances, tiada siapa selain kumpulan pemerintah kecil yang mengetahui apa yang berlaku. Kerana tidak ada kawalan dan oversight maka pagar makan padi!


Bank Dunia baru sahaja membuat keputusan dari kajian mereka bahawa Malaysia merosot sejak tahun 2003 dalam soal pencapaian good governance. Ini bererti pentadbiran yang tidak telus, penyelewengan dan unsur rasuah telah meningkat dalam negara kita. Malah Indonesia, sejak reformasi satu dekad yang lalu, sekarang menunjukkan perubahan positif.. Ekonomi dan pentadbiran Indonesia semakin baik dan meningkat. Boleh dan sanggupkah Najib membuat perubahan radikal dalam pengurusan dan pentadbiran Petronas supaya rakyat rasa lega dan puas hati bahawa penyamun besar tidak akan memporakperandakan khazanah rakyat ini?


Walaupun hati masih kurang yakin, harapan saya begitulah. Tapi harapan saya sahaja tak cukup jika rakyat tidak mendesak Perdana Menteri untuk membolehkan Petronas diurus dan ditadbir dengan telus dan terbuka.

Datuk Ambiga :“We cannot afford another Anwar prosecution”

By Datuk Ambiga Sreenevasan


The following is an excerpt of a public lecture by Datuk Ambiga Sreenevasan titled Democracy, Law and Human Rights in an Era of Globalisation that was delivered on 23 June 2009 to commemorate the 25th anniversary of the Chevening Scholarship Programme.


THE Datuk Seri Anwar Ibrahim prosecution is seen by many as the political persecution of the leader of the opposition. The question is, can we, as a nation, go through a second Anwar prosecution?


Lawyer Tommy Thomas had this to say in a 28 July 2008 article titled A Second Prosecution of Anwar Ibrahim — Is it in the national interest?: "The starting point is the previous prosecution of Anwar for sodomy in 1998[,] which imposed incredible strains on our legal system, and made Malaysia the laughing stock in the legal world.


"It would be sufficient to remind ourselves of the conduct of the prosecution in the 1998 case, the unfair publicity given by the mass media, the denial of bail, the 'irrelevant' rulings by the trial judge, the conduct of the trial itself, the amendment of the charges, the shameful parading of the mattress, the expungement of 'inconvenient' evidence, the finding of guilty, the lengthy sentence, the appeal to the Court of Appeal, and finally the appeal to the Federal Court."


I personally recall being utterly horrified and disgusted by the charges against Anwar the first time round. The initial charges carried wording I cannot repeat in good company. I also remember the terrible injustice done to Sukma Darmawan. And then to Dr Munawar Ahmad Anees, who to this day has not been vindicated by our courts although they have had the opportunity to do so. We must not forget these and other unfortunate people who all became innocent victims in this political war against Anwar.


The whole prosecution was a disgrace. I remember someone saying then that the trial robbed this country's citizens, in particular our children, of their innocence, as we had a daily fare of sodomy, semen-stained mattresses and the like.


Thomas argues, and I agree, that since those disgraceful events, the judiciary has taken steps to repair itself. He argues that a second prosecution would (I'd say could because, of course, the court could throw out the case) undo all the repair the judiciary has carried out to improve its image.


And it is no coincidence that Anwar is the opposition leader who has brought sweeping changes to the political landscape.


Tommy ThomasThomas argues: "If Anwar were not a potential prime minister, and only an ordinary citizen, he would not face this prosecution. It is as simple, plain and obvious as that."


The prosecution, Thomas argues, is economic and political suicide. He adds that the people of Malaysia are deeply divided on this issue, and that Malaysia's international image will, no doubt, suffer.


He then concludes with these words: "History is replete with examples of leaders who refused to learn from past mistakes, and were doomed to repeat them. It would be a tragedy of ancient Greek proportions if our leaders do not learn the lessons from 1998.

"It is abundantly clear that all the factors point in one direction: it is not in the public interest to subject the nation and its citizens to the trauma of a second trial…"


Ultimately, the powers-that-be must appreciate the consequences of this prosecution. If they win, they lose; if they lose, they lose. Actually, the nation loses. If you were a betting person, what would you do with those odds?


One thing must be made clear, it is my opinion that what we are doing to Anwar Ibrahim is starkly similar to what is happening to Aung San Suu Kyi. I ask, show me the difference between the two. I ask, how can we condemn the latter and do the former?


I call on the government to immediately review the Anwar prosecution in the public interest and because it is the right thing to do. If the government takes this step, it will certainly regain some credibility.


The AG's role


It is important in our justice system to appreciate the duties and responsibilities of the Attorney General, particularly in criminal prosecutions.


The Attorney General cannot act arbitrarily. In a judgment relating to the Attorney General's discretion over prosecutions, the Federal Court held that:


"The public of whose interest he [or she] is the guardian has a right to expect him [or her] to act honestly, without fear of powerful national and local figures or of the consequences to him [or her] personally or politically, and without favouring his [or her] relatives and friends and supporters, his [or her] principal concern being to maintain the rule of law so that there will be no anarchy and to maintain standards in public life and the private sector."

Our institutions must work to regain their credibility. I started my speech with a quote from Aung San Suu Kyi that fear of losing power corrupts those who wield it. I hope this is not what we are seeing today in Malaysia.


Rule of law


You would have appreciated by now that democracy, rule of law and human rights are all interlinked. The essential distinction between rule of law and rule by law must be noted.

Many dictatorships or military regimes can quite honestly say that everything that they do is in accordance with laws they have passed. Does our Internal Security Act, for example, accord with the rule of law? No — that is rule by law.


Laws passed by Parliament must accord with the rule of law. They must encompass basic fundamental liberties and values. These laws must be acceptable to a large number of people. They must be fair.


In Malaysia, even after 50 years of Merdeka, there are still in existence four declarations of emergency! We still have the archaic Sedition Act, Official Secrets Act, and Printing Presses and Publications Act. It is time for us to review all these pieces of legislation.


Within our borders


So, if there are human rights abuses outside our borders, can we in today's world fail to act? The answer is no. We must reach across our borders on issues of human rights.

But more important is what we do within our borders. Do we have the right to condemn apartheid, as we did, when we allow racist rhetoric to abound in our country? What about the right to condemn Aung San Suu Kyi's suffering while we treat Anwar Ibrahim the way we do? Can we criticise the kidnapping and disappearance of people overseas when it happens in our country?


We must have the moral authority to criticise others by ensuring we do not behave in the same way.

————-

Datuk Ambiga Sreenevasan is former Bar Council chairperson and a recipient of the US Secretary of State's 2009 Award for International Women of Courage.


SuaraKeadilan : Anwar gets a stay from Appeals Crt until transfer decision

(Suara Keadilan) - The Court of Appeal has granted Opposition Leader Anwar Ibrahim a stay of execution against all proceedings in the High Court until it decides on his appeal against the transfer of his sodomy case from the Sessions Court to the High Court.


It also overruled the a preliminary objection from the prosecution. Solicitor-General II Yusof Zainal Abiden had argued that the transfer of the case could not be appealed against as the trial proper has not started at the High Court.


But the the three member Appellate bench comprising Abdull Hamid Embong, Abu Samah Nordin and Jeffery Tan Kok Wha dismissed his objection and fixed the appeal to be heard on Wednesday.


On March 10, Anwar had pleaded not guilty to sodomising former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan at a condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.


The case came before Sessions Court Komathy Suppiah, but the Attorney-General Abdul Gani Patail signed a transfer certificate to move the case to the High Court. Anwar objected.


On Nov 7, Komathy ruled that the transfer certificate was invalid. The AG then appealed her decision.


On March 5, 2009, High Court Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah ruled that Komathy "had erred", and ordered the case to be moved to the higher court.


Anwar is now appealing the High Court's decision. He recently applied for a court order to compel the prosecution to provide him with key documents needed to prepare his defence.This was due to be heard on July 1.


The High Court was also due to hear his application to strike out the sodomy charges on July 8, after two medical reports – one from the government-run Hospital Kuala Lumpur – found no signs that Saiful was sodomised. If rejected, then the trial proper will begin the same day.


Anwar has accused Prime Minister Najib Razak of fabricating the sodomy charges against him in a bid to kill his political comeback.


SuaraKeadilan : Saiful Disaman RM2 Juta

Suara Keadilan) - Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.


Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.


Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily..blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.


Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.


Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.


"Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau," kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.


"Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami," tambah beliau.


"Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut," tegas pengendali Pahang Daily Online.


SuaraKeadilan : Sivakumar Tetap Speaker Yang Sah

(Suara Keadilan) - V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.


Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu sekiranya Sivakumar meletak jawatan, beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau DUN membuat keputusan menggantikan beliau, demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.


Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.


"Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan..


"Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa," kata bekas hakim itu.


Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

"Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.


"Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang," tegas Chan lagi.


Monday, June 29, 2009

Tun M : THE JOHORE CAUSEWAY / TAMBAK JOHOR

(Versi Bahasa Malaysia di akhir rencana ini)
source http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/the-johore-causeway-tambak-joh.html#more

1. I put the document on the financing of the construction of the Johor Causeway because a Minister in Tun Abdullah's Government claimed that it is jointly owned by us and Singapore. Therefore Singapore must agree before anything (demolition) is done to the causeway.

2. There has never been any agreement or treaty to say that the causeway is jointly owned. If at all 2/3rd of the causeway belong to Johore. And the 2/3rd must be the part which ends in Johore Bahru because the border on the Tebrau Straits is the deep water line which runs midway between Singapore and Johore. This must also be the border on the causeway. The northern half of the causeway therefore belong to Malaysia, a sovereign independent nation.

3. The suggestion that we may not touch the causeway without Singapore's permission is not part of any agreement with Singapore. What we do to the part of the causeway which is ours is our sovereign right. Not to exercise our sovereign right is akin to not being independent.

4. Why should we build a bridge to replace the causeway? That part of Johore Bahru where the traffic to and from the causeway meets the traffic going east and west in JB is often jammed. In future as more vehicles go on the roads the jam would certainly get worse.

5. The bridge will join the elevated road to and from the CIQ (Customs, Immigration and Quarantine complex) leaving the traffic east and west to flow freely.

6. Besides the traffic problem, the water in the straits is stagnant. If the causeway is opened up there would be constant flow of water in both direction, thus flushing out the water in the strait.

7. Without the causeway boats and yachts can sail in either direction. Transport of goods and people between Pasir Gudang Port to Tanjung Pelepas Port would be facilitated. This would be good for the growth of both ports - something which perhaps Singapore would not like to see.

8. The free movements of boats along the strait would itself create business. The bridge which would be wider than the causeway would speed up the flow of traffic. The CIQ was designed to handle this increasingly heavier traffic.

9. As to why it was not built during my 22 years, the answer is that the need for a bridge became clear towards the end of my term. In any case I had approved it before I stepped down. The work was started during my time. Had Abdullah not stopped it, the bridge would have been almost complete by now.

10. Since Singapore would only agree to a straight bridge if one billion cubic metre of sand is sold to it; since the people of Johore are against selling sand and allowing Singapore fighter planes to practice over Johore, the option for the Malaysian Government is to revert to building the scenic bridge in our territorial waters. This is the sovereign right of an independent nation.

11. Instead Tun Abdullah decided not only not to build the bridge but to stop negotiating over all the other issues including the refusal of Singapore to release CPF (Central Provident Fund) contribution of Peninsular Malaysians, the railway land, the 3 sen per 1,000 gallons which Singapore pays for raw water (Malacca pays 30 sen per 1,000 gallons).

12. All these issues are in Singapore's favour and not negotiating better terms because Johore people refuse to sell sand is like cutting one's nose to spite one's face. We are the losers. I think it is a very stupid way of punishing Singapore. Or is it the intention to punish Johore people for not agreeing to sell sand (somebody is bound to make a huge amount of money) and rejecting the honour of having Singapore warplanes practicing aerial combat and bombing over Johore.

*****


1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.

2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.

6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.

7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan - sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.

8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.

9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.

10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.

11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).

12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.

Malaysiakini.com : 'Rosmah-Najib kahwin di rumah saya'

Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.

Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.

"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

anti rosmah mansor video 250609 2Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.

"Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.

Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".

Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.

Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.

Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah.

Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi.

Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".

Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu  menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.

Beliau tidak menyatakan tarikhnya.

"Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.

Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.

Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai "keluarga angkat" dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.

Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.

Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya.

Malaysiakini.com : DAPSY P Pinang kesal k'jaan negeri diketepikan

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang kecewa kerana kerajaan negeri telah diketepikan dalam penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang - kedua-duanya terletak di bawah arahan dan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Dalam satu kenyataan bersama, Timbalan Ketua DAPSY negeri, Lau Keng Ee dan Setiausaha DAPSY negeri, Ng Wee Aik berkata program yang begitu bermakna untuk para belia, telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang

Bagaimanapun, mereka kesal kerana wakil kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dijemput, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Belia dan Sukan negeri, Lydia Ong Kok Fooi.

Menurut mereka, program tersebut telah diadakan dari jam 9 pagi lagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada jam 8 malam hari yang sama, suatu perhimpunan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri Pulau Pinang berlangsung di tempat yang sama.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Antara tetamu khas yang hadir termasuk ADUN Bertam, Zabariah; pegawai kemajuan negeri Pulau Pinang, pengarah belia dan sukan negeri dan presiden Majlis Beliau Pulau Pinang.

Semua 21 badan gabungan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dijemput dan jumlah peserta daripada persatuan belia setempat yang hadir adalah kira-kira 1,000 orang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa anugerah beliau negara peringkat negeri Pulau Pinang, dikurniakan kepada belia dan persatuan belia negeri.

"Walaupun konsep "1Belia 1Malaysia" dilaung-laungkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, namun tindakan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang mengenepikan kerajaan negeri adalah bersifat hipokrit.

"Kedua-dua jabatan Persekutuan tersebut bagaikan menyampaikan mesej "2 Malaysia" di mana aturcara kerajaan persekutuan tidak boleh melibatkan kerajaan negeri," tambah mereka.

Menurut mereka, sikap dan tindakan jabatan persekutuan tersebut bukan sahaja amat mendukacitakan tetapi merupakan satu pengaruh negatif kepada para belia kerana lebih mengutamakan perbezaan politik daripada mengutamakan pembangunan dan perpaduan belia.

"DAPSY menggesa perdana menteri dan menteri belia dan sukan memberikan penjelasan kepada para belia Pulau Pinang berhubung isu ini dan juga mengambil tindakan terhadap kedua-dua jabatan persekutuan tersebut, kerana telah melanggar dan mengagalkan slogan "1Malaysia" yang dipelopori oleh perdana menteri," kata mereka.

Blog : Siapa kata tiada Minyak di Kelantan?

source http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/06/siapa-kata-tiada-minyak-di-kelantan.html


Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration


APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.


PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.


ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT



Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari blog seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja.

Pemandangan dari udara Cakerawala Platform

Cakerawala Platform gambar dari laut.


Jadi.. Siapa kata tiada minyak di Kelantan???

Terima kasih buat semua para sahabat di TranungKite.Net atas info..

Langkah menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera

Saya, Lukas anak Ambah seorang anggota tentera yang berkhidmat di salah sebuah pasukan Tentera Darat Malaysia dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:

1. Saya berkhidmat di salah satu pasukan dalam Tentera Darat Malaysia. Saya membuat aduan ini untuk menjaga nama baik serta integriti Angkatan Tentera Malaysia.

2. Pada 15 Jun 2009, saya telah diarahkan oleh pegawai atasan saya untuk mengumpulkan anggota-anggota di bawah jagaan saya untuk mengikuti program Senamrobik Perdana yang akan diadakan di Kem Sungai Buloh pada 28 Jun 2009.

3. Pegawai atasan saya telah menunjukan salinan signal yang telah diterima berhubung program Senamrobik Perdana tersebut. Antara kandungan signal tersebut ialah:-

a) Program tersebut akan diadakan di Kem Sungai Buloh pada hari Ahad 28 Jun 2009 bermula dari jam 0700 hingga 1100.
b) Semua anggota yang akan terlibat dalam program tersebut mestilah ahli Koperasi Tentera.
c) Signal tersebut adalah dari Jabatanarah Kor saya.
d) Seorang Pegawai sekurang-kurangnya berpangkat Kapten hendaklah dilantik sebagai Kempen Manager.
e) Setiap pasukan mestilah memaklumkan kekuatan anggota yang akan hadir serta keperluan kenderaan untuk program tersebut.

4. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan signal tersebut kerana program Senamrobik Perdana yang bakal diadakan tersebut adalah pada hari dimana Koperasi Tentera dijangka mengadakan mesyuarat agong serta pemilahan ahli-ahli lembaga Pengarah yang baru, iaitu pada sebelah petangnya. Apakah kaitannya senamrobik dengan keahlian Koperasi Tentera?

5. Saya mengesyakki bahawa ada usaha-usaha untuk menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera pada pemilihan kali ini dengan membawa anggota-anggota dalam jumlah yang amat ramai untuk memenangkan calon-calon pilihan dan proksi kepada pimpinan tertinggi Tentera Darat.

6. Saya juga mengesyakki bahawa usaha-usaha ini mendapat restu dan arahan dari pimpinan tertinggi Tentera Darat berdasarkan 'keberanian' Jabatanarah mengeluarkan signal yang secara terang-terangan menyalahi tata-etika proses pemilihan ahli lembaga Koperasi Tentera dan mewujudkan satu perkembangan serta persaingan yang tidak sihat dengan menggunakan pangkat serta kedudukan seterusnya memperolehi satu kaedah paksaan dalam penggundian demi mencapai tujuan mereka.

7. Adalah dipercayai, usaha-usaha jahat dan tidak bermoral ini bertujuan untuk menguasai Lembaga Pengarah Koperasi Tentera dan seterusnya menyalahgunakan dana Koperasi Tentera yang bernilai berbillion-billion ringgit. Mereka juga harus sedar bahawa perbuatan mereka itu secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa dengan membawa penggundi-penggundi dari luar Kuala Lumpur dengan menggunakan aset kerajaan secara paksaan tanpa gagal. Fenomena ini akan menimbulkan kesesakan jalanraya yang amat serius terutama di sepanjang jalan menuju ke Sg Buloh.

8. Saya khuatir sekiranya usaha kumpulan ini berjaya, kebajikan serta nasib ahli-ahli Koperasi tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana tujuan utama mereka adalah hanya untuk memenuhkan tembolok mereka sahaja.

9. Saya mahu suatu lembaga siasatan ditubuhkan dengan kadar segera untuk menyiasat perkara ini.

10. Mesyuarat dan pemilihan ahli-ahli lembaga Pengarah yang baru hendaklah ditangguhkan sehinggalah siasatan lengkap tersebut selesai dan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa tuduhan-tuduhan di atas adalah benar belaka.

Yang benar,

Lukas anak Ambas
(Tentera Prihatin)

source http://mt.m2day.org/2008/content/view/23671/84/


Thursday, June 25, 2009

Malaysiakini.com : Kempen video burukkan isteri PM

Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya ditemubual di dalam rumah, selain satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk yang didakwa kediaman asal ibu bapanya.

Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – yang mula-mula mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk lamannya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali –  154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan  51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencarian terkemuka Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular  Tranungkite.net.

Monday, June 22, 2009

Najib’s bid to put aide (Omar) on Petronas board hits snag

(The Straits Times) KUALA LUMPUR, June 23 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's bid to appoint his key aide as a director of Petronas is being resisted by the board and could put the Premier at odds with the national oil corporation's influential adviser, former premier Tun Dr Mahathir Mohamad.


According to senior government officials, the board of directors of Petroliam Nasional (Petronas) raised reservations over the proposal to appoint Omar Mustapha at its monthly meeting last month.


Omar is one of the premier's closest political confidants.


The reservations were made on the grounds that he had defaulted on his scholarship loan agreement with Petronas two decades ago.


Najib, however, is determined to have Omar appointed as a director. He ordered the Petronas board to review its position over the appointment at a meeting this week, the government officials said.


Petronas officials have declined comment, and Omar could not be reached.


Dr Mahathir, who government officials said has been briefed about the situation, told The
Straits Times
yesterday that it was Najib's prerogative as Premier to "appoint a man who failed to honour his obligation to Petronas when he was given a scholarship by it".


"Generally, I would say that it is not a good thing to appoint such a person," he said in a written response.


Najib's office did not respond to requests for comments.


Petronas, Malaysia's only company on the Fortune 500 listing of the world's most profitable companies, is considered to be the country's most efficiently managed state-owned corporation.


Incorporated in August 1974, the corporation has firmly established itself as a global energy player over the last two decades. It currently operates in over 30 countries, and its overseas operations, including exports, account for more than 75 per cent of its revenue.

Many oil industry experts and bankers credit the oil company's phenomenal growth to the government's hands-off approach to the running of the oil corporation.


Omar, 38, has emerged as one of the closest political confidants of Najib and is often tapped for advice on economic and financial matters.


"A politician in Petronas may have other agenda which may or may not be in keeping with the national interest," Dr Mahathir said in his comments to The Straits Times.


He added: "I think it is far better if no politician is allowed to interfere with commercial decisions which may not be good for the corporation."


Positions on the board of Petronas and its subsidiary companies have traditionally been reserved for very senior civil servants and prominent private sector personalities.


Omar graduated from Oxford on a scholarship from Petronas in the mid-1990s and worked briefly with the national oil corporation and another government-linked corporation.


He then joined McKinsey & Co, where he worked for the international consulting company in London and Malaysia.


He left McKinsey in early 2002 to set up his own consultancy firm called Ethos with several close friends. Two years later, he was tapped by Najib, who was then the deputy prime minister, to become his special officer.


Government officials familiar with Omar's proposed appointment to the board of Petronas said that the national oil corporation takes a firm view against scholarship defaulters.


Omar did not complete the required number of years of service with the oil corporation or a related government agency as stipulated in his scholarship agreement.

MI : Pakatan says no to unity government, aims to win federal power

Pakatan leaders speak to the press after their meeting today. — Picture by Choo Choy May

By Syed Jaymal Zahii, The Malaysian Insider


Pakatan Rakyat (PR) leaders today rejected Umno's unity government proposal, and proclaimed all issues surrounding the fiasco which brought the fledgling opposition coalition on the brink of collapse resolved.

ollowing a meeting held in Parliament today, PR leaders in a joint statement reiterated their loyalty pledge to strengthen the alliance, wanting to focus instead on their preparation for the next general election and a potential takeover of the federal government.


"The PR council of leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a unity government with Umno/Barisan Nasional.


"It is a clearly malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular PR," said PKR de facto Datuk Seri Anwar Ibrahim at a press conference held after the meeting.


Anwar has played a pivotal role in patching up the cracks among the three parties over the unity talks proposed by PAS president Datuk Seri Hadi Awang and his deputy Nasharuddin Mat Isa.


He held various private meetings with Hadi, DAP's Lim Kit Siang and PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat in the past week, playing mediator by urging them to bypass the unity talks controversy and move on.


Party sources said the results of these meetings can be seen in the sudden reversal made by various PR leaders who, instead of attacking Hadi over his flirtations with Umno, said it was noble and democratic to make space for engagement with their rivals on matters of national interest.


Hadi was the first to make such drastic turnabout, saying the unity government idea was ill-conceived – even by Umno themselves – and that PAS was only willing to "engage" Umno/BN on specific issues and not on Malay and Islamic unity as reported in the past.


This was again reiterated by PR leaders in today's meeting with Anwar, saying that PR is willing to engage Umno/BN on matters such as improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary and eradication of corruption.

Thursday, June 18, 2009

Anwar Namakan Najib, Gani Patail dan Musa Hassan Sebagai Perekacipta Tuduhan Liwat

(TV Antara) - Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.


Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.


Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.


Dalam mengemukakan 98 hujah itu, Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas empat sebab utama :

1- Pertuduhan itu adalah konspirasi politik

2- Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan

3- Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan

4- kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah..


Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat.


Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu.

Dalam affidavit itu, Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terkini kerana menganggap Anwar sebagai ancaman utama kepada beliau.


"Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib," kata Anwar dalam affidavit itu.


Anwar juga mengingatkan bahawa Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi "akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya."


"Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib," tegas Anwar.


"Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya," tambah Anwar.


Anwar juga berkata kes liwat terhadapnya kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadapnya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam.

"Gani Patil dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya" pada tahun 1988 kata Anwar dalam afidavit itu.


Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Nor.


"Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan,' kata Anwar.


"Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya," kata Anwar.


Anwar berkata tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998.


"Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain," kata Anwar dalam afadivitnya itu.


Dalam kes rasuahnya, Anwar berkata sampel darahnya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk "satu penipuan yang nyata."

Dalam kes liwat, Anwar berkata pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizah Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah.


Pembohonan oleh Azizah akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menerima rayuan Anwar dan membebaskan dari penjara pada tahun September 2004.


Anwar menguatkan hujahnya lagi dengan merujuk kepada cubaan Peguam Negara Gani
Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees.


Beliau berkata afadivitnya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadapnya adalah pendakwaan terhadap saya dalam kes terkini" berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.