tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, November 30, 2011

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih

Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

NONELebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

NONEKhoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

source : http://malaysiakini.com/news/182876

Monday, November 28, 2011

Ribuan peguam, orang ramai berhimpun bantah akta

GALERI FOTO
Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis mula campur tangan.
12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik.

"Kami nampak kumpulan Majlis Peguam memegang poster yang menggalakkan seks bebas,” katanya.
NONE12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen.
Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen.
12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan yang menentang mereka sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen.

Kedua-dua kumpulan berada di jalan bersebelahan. Kumpulan itu dipercayai adalah anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara.

NONEKumpulan Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!"

Manakala kumpulan penentang mereka  membalas dengan: "Kami tentang seks bebas!" dan “Amar Makruf Nahi Mungkar.”
12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen.

Mereka mematuhi arahan itu.

NONELim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali.
12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.
Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.
NONE12:26pm Sebuah kumpulan yang dipercayai dianggotai beberpa NGO Melayu melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata “Balik India” yang mencetuskan rasa kurang senang beberpa orang keturunan India di sini.
12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: “Kami pelindung YB”.
12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."
11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!,” katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.

10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

source : http://malaysiakini.com/news/182664

Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya

Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

ng chak ngoon complain to psc 271111Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai
seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng  di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut.

source  : http://malaysiakini.com/news/182574

Monday, November 21, 2011

Rosmah beli Bracelet bernilai US$55,000.00 ?


Gambar di atas ialah gambar Rosmah disebuah kedai permata di Beijing, China pada tahun 2009.


Ianya bukanlah datang dari laporan akhbar dari negara China.. tapi dikirimkan oleh seorang rakyat Malaysia yang telah berada di Beijing untuk satu mesyuarat..

Menurut beliau jurujual kedai barang kemas itu telah mengatakan Rosmah Mansor telah membeli Bracelet bernilai USD$55,000.00 pada tahun 2009 dan gambar Rosmah diletakkan di dinding kedai tersebut sebagai kenangan...

Baca surat ringkas dibawah ni..

ROSMAH'S US$55,000 BRACELET

I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.

By Ah Cheong

Dibawah ini ialah video Rosmah di Beijing pada tahun 2009..


Source: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/rosmah-beli-bracelet-bernilai-us5500000.html

Tuesday, November 15, 2011

Penggulungan Belanjawan 2012: MB Dedah Lagi Penyelewengan Pemimpin BN

–Kenyataan Akhbar–

Sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Setelah empat tahun amalan reformasi, jelas memberi keuntungan yang nyata dan kita percaya ini adalah masa yang sesuai untuk memberi faedah yang dituai dari pentadbiran yang bersih dan telus kepada rakyat Selangor.

Saya kesal pembangkang gagal memahami pembaharuan yang dibawa, malah sanggup pula bersikap sinikal seolah-olah mereka bukan menjadi punca kepada masalah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Sebagai contoh, saya mengingatkan Ketua Pembangkang tentang transaksi jualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada PKPS dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd yang mana Ketua Pembangkang; Datuk Satim Diman adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang,  tanah itu dijual kepada PKNS berlipat kali ganda. Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera.

Perkara sama juga berlaku terhadap tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang mana mantan Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat mendapat beberapa lot tanah.

Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.  Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan  rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium.

Kerajaan Negeri hari ini akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit membayar RM29 juta untuk tukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

Contoh ketiga, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti kes Science Park 2, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Tiga contoh ini menunjukkan UMNO-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor.

Malah, PKNS yang dikatakan sebagai lambang perjuangan Melayu telah menganugerahkan 80 projek berjumlah RM6 billion kepada syarikat-syarikat tetapi tidak membawa keuntungan setimpal kepada PKNS.

Perkara ini telah kita perbetulkan apabila PKNS tidak lagi dibenarkan JV atas dasar tuan tanah, tetapi hanya boleh mengadakan usaha sama secara GDV supaya anak syarikat ini benar-benar mendapat keuntungan.

Ini menunjukkan kita tidak perjuangkan DEB tetapi hak Melayu tetap dipertahankan.  Rakyat sebenarnya mahu melihat kita mentadbir secara betul, telus dan bertanggungjawab.

Berdasarkan Laporan Kewangan pada 31 Mac 2008, rezab Negeri Selangor yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo hanyalah  sebanyak RM689.510 juta.

Justeru, tidak benar dakwaan ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus pada sesi perbahasan yang mendakwa rezab yang ditinggalkan oleh Dr Mohamad Khir berjumlah RM1.7 billion.

Menyentuh isu PKNS, pendapatan yang diterima oleh Pengurus Besar PKNS akan dinilai berdasarkan prestasi beliau dan PKNS itu sendiri. Sejak 2009 hingga 2011, pencapaian beliau dan PKNS boleh dikategorikan sebagai baik.

Di bawah kepimpinan semasa, keuntungan operasi ditingkatkan, berbanding dengan penjualan syer dan aset oleh kepimpinan terdahulu. Satu perjanjian kerjasama telah dibuat dengan Transparency International pada tahun lalu yang membolehkan beberapa jawatankuasa berkaitan Peningkatan Urustadbir Korporat dan Ketelusan dibentuk pada tahun ini.

Pada tahun 2009, simpanan yang dicapai melalui tender terbuka dan pengurusan yang cekap adalah pada kadar RM15.24 juta. Dengan menggunakan Pek Integriti, jumlah ini telah meningkat kepada RM115.15 juta pada tahun 2010. Dijangkakan jumlah ini akan meningkat kepada RM150 juta pada tahun ini.

Kerajaan Negeri Selangor berikrar untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih untuk memastikan kesilapan pentadbiran terdahulu tidak berulang dan rakyat mendapat manfaat hasil transformasi pentadbiran yang dijalankan ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR



source : http://anwaribrahimblog.com/2011/11/15/penggulungan-belanjawan-2012-mb-dedah-lagi-penyelewengan-pemimpin-bn/

Monday, November 14, 2011

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak

Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

NONEHarga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

azlanSejak itu, harga saham syarikat itu terus melonjak dan melepasi tahap harga RM1 dan kekal dalam senarai jumlah dagangan tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28,adalah anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu bercerai pada 1987 dan Najib kemudiannya berkahwin dengan isterinya sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor.

Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu.
Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.

source : http://malaysiakini.com/news/181340

Projek pembangunan Sabah: SPRM sedia siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan di Sabah.

NONEKetua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata menjadi tugas SPRM untuk menyiasat sebarang kesalahan rasuah tidak kira siapa 'tanpa gentar atau pilih kasih.'

"Menjadi dasar kami untuk menyiasat rasuah sekiranya ada aduan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Wisma SESB, dekat Kota Kinabalu hari ini.

SPRM Sabah diwakili oleh Pengarahnya Jalili Jaafar manakala pengarah urusan SESB Datuk Baharin Din menandatangani bagi pihak SESB.

Abu Kassim diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu yang menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang diberikan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tuesday, November 8, 2011

FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:


  1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad kecuali diarahkan PM Najib. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkasa. Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun Isa Samad menjaja nama PM Najib ke sana ke mari

  1. PerjanjianPajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
·         Tanah-tanahperladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar DAN;
·         Tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakanFelda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran,ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada  Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad
·         Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM

  1. Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:
  2. Koperasi permodalan Felda akan menguasai 60% ekwiti FGV manakala Felda akan menguasai 40% ekwiti.


Tujuan Struktur  Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
·         Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
·         Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini
·         Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion

Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:

DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:


Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka

Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri

  • Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.
  • FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain
  •  Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dll. Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll.
  • Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures


  1. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa  FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:
    1. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
    2. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
    3. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh  KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/ ) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Semua fakta-fakta ini akan terbukti  jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang  meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.
 
source : http://sakmongkol.blogspot.com/2011/11/chairman-isa-and-listing-of-felda_08.html

Friday, November 4, 2011

Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail


KUALA LUMPUR, 27 Okt — Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.
Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.
Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh  melepaskan diri.”
Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008,  lebih kurang pukul 10.30 pagi.

“Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini,” katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

“Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut,” kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

“Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

“Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.”

“Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

“Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,” katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi “lemah dan lesu seperti tidak bermaya.”

“Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

“Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,” katanya lagi.

source : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-mata-lebam-mat-zain-dakwa-najib-tahu-salah-laku-gani-patail/

Baca Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri "RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI."

Thursday, November 3, 2011

Belanja urus T'ganu tertinggi seluruh negara

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dan penolong setiausaha agong PAS.

************************************
Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010.

Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.

azlanSeperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya ‘perbelanjaan tahunan’ kepimpinan Datuk Sri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan ‘defisit’ (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi:

i. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

ii. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta.

iii. Kerajaan negeri mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009.

iv. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi ‘Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil ‘royalti minyak’ yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas.

'Pengkhianatan & penyelewengan'
Analisis Audit juga mendapati pada tahun 2010, pejabat menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri mencatitkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta.

Wednesday, November 2, 2011

Najib, Rosmah dilindungi lebih 10 "bodyguard" semasa bertawaf

SEKIAN lama menunggu, akhirnya sekali lagi dalam tahun ini rakyat Malaysia berjaya menyaksikan Rosmah Mansor menutup kepalanya.

Rosmah terpaksa meninggalkan tabiat biasa beliau yang gemar menayangkan "jambul ayamnya" ketika melakukan tawaf kerana terpaksa memakai telekung. Alhamdulillah.

Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf.


Pengawal-pengawal VVIP "bodyguard" Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata.

Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa.

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usaha menaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalaman kampung dan Felda.

Majlis pernikahan itu akan berlangsung sebaik sahaja Rosmah dan Najib pulang dari Mekah. Selepas itu barulah pembubaran parlimen dilakukan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke 13.

source:http://milosuam.blogspot.com/2011/11/najib-rosmah-dilindungi-lebih-10.html

Tuesday, November 1, 2011

Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri "RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI."

1 lagi surat terbuka oleh Datuk Mat Zain bin Ibrahim(Bekas Pegawai Kanan PDRM & pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar Ibrahim) kpd DS Najib, tapi hingga hari ini kerajaan terus membisu.

***************************************************

Mat Zain bin Ibrahim,


20hb.Oktober 2011


Kepada,

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.



Assalamualaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,



RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.

1.?Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.

2.?“Putrajaya stands by refusal to charge AG”, “Up to judiciary to act on plagiarist judge”. Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysianinsider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011.Kedua-duanya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.

3.?Sesungguhnya,saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri.Pendirian sebegini tidak  konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di-Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.

4.?Untuk menyegarkan ingatan YAB Dato Seri,kepada isiu salah laku jenayah melibatkan Gani Patail khasnya, dan Musa Hassan,saya ringkaskan fakta-fakta material kepada perkara dalam persoalan, supaya menyenangkan YAB menilai semula tindakan-tindakan saksama,yang sepatutnya telah lama diambil.



Sejarah pembabitan Gani Patail dalam salahlaku.

5.?Dakwaan-dakwaan terbaru pembabitan Gani Patail dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah, berkaitan pemergian beliau menunaikan Haji di-Mekah, besama dengan seorang proksi Tan Sri Tajuddin Ramli,dan kemudiannya dikatakan menerima sogokkan daripada Syarikat Ho Hup, bukanlah sesuatu yang aneh atau memeranjatkan.

6.?Pembabitan beliau dalam melindungi perbuatan salahlaku jenayah, salahguna kuasa dan korupsi, melibatkan harta dan tunai sehingga mencecah ratusan juta ringgit, olih beberapa orang kenamaan,tokoh-tokoh korporat terkemuka ,dan pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan, telah bermula sejak awal tahun 90’han lagi. Antaranya seperti berikut dibawah.

Kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik.

7.?Dalam tahun 1994 Badan Pencegah Rasuah,berjaya memperolehi keterangan prima facie, terhadap TS Rahim yang dikatakan telah mengumpulkan harta berjumlah lebih kurang RM 40 juta,sejak 1989, menerusi penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

8.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara, telah merangka 4 pertuduhan jenayah terhadap TS Rahim.Tiga pertuduhan adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah dibawah Ordinan 22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970,manakala satu pertuduhan kerana kesalahan membuat Statutory Declaration palsu yang dikatakan berlaku di-Pejabat Perdana Menteri, dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

9.?Gani Patail sendiri yang membuat “endorsement” keatas dokumen siasatan dan pertuduhan-pertuduhan, yang telah dirangka itu pada 10.6.1994.

10.?Bagaimanapun tidak ada satu pertuduhan pun dikenakan keatas TS Rahim. Malah caramana harta dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM 40 juta itu dilupuskan olih Peguam Negara, menjadi tanda tanya sehingga kehari ini.

11.?Saya tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai pertuduhan rogol seorang gadis bawah umur yang dikenakan keatas TS Rahim dalam tahun 1994 yang kemudiannya ditarik balik olih Peguam Negara.

12.?Perkara yang wajar saya tonjolkan disini ialah, Pakar perubatan yang digunakan untuk memeriksa TS Rahim dalam kes rogol ini, ialah Dr.Abdul Rahman Yusof, iaitu Pakar yang sama yang kemudiannya digunakan olih Gani Patail untuk membuat beberapa keterangan palsu dalam insiden mata-lebam tahun 1998, yang akan saya jelaskan dalam perenggan yang akan menyusul.


Kes-kes Tan Sri Rafidah Aziz.

13.?Pihak BPR juga pernah menyiasat mantan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) ini.Mereka berjaya mengumpulkan keterangan prima facie  untuk membuktikan TS Rafidah terlibat dalam beberapa kesalahan salahguna kuasa atas sifat Menteri MITI untuk memperuntukkan saham-saham bumiputera kepada menantu beliau Fazrin Azwar bin Mohd.Noor sekitar 1993 dan 1994.

14.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah merangka sejumlah 5 pertuduhan salahguna kuasa dibawah Seksyen 2(1)Ordinan No:22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970.

15.?Gani Patail sendiri yang telah membuat “endorsement” pada 14.3.1995 keatas laporan siasatan dan deraf pertuduhan yang dicadangkan.Bagaimanapun TS Rafidah tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan pun.


Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.

16.?Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isiu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995.Dokumen-dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan ‘pusingan pertama’ diantara tahun 1984 hingga 1991.

17.?Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini,ialah surat-surat perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka,yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;

a)?Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim,saham Faber Merlin Malaysia Bhd.berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).

b)?Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 juga mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).

c)?Tan Sri Tajuddin Ramli pula,dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).

18.?Ketiga-tiga surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan.Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan ‘pusingan pertama’ pada 15.3.1991.

19.?Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan ‘pusingan kedua’.

20.?Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini.Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.

21.?Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta-fakta isiu ini sejak dari mula,memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.

22.?Berdasarkan desakan semasa olih Rakyat, sekalipun YAB,tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan-dakwaan membabitkan Tun Daim, sekurang-kurangnya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.

23.?Setidak-tidaknya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samaada wang tunai RM 70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.

a)?Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan..Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.

24.?Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam ‘proses’ penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.

Pemalsuan dan penipuan dalam siasatan insiden mata-lebam.

25.?Saya telah banyak mendedahkan salahlaku Gani Patail khasnya dan Musa Hassan dalam pemalsuan keterangan dan penipuan dalam kes mata-lebam, dan kes-kes berkaitan dengannya.Saya percaya taklimat lisan dan laporan bertulis saya kepada YAB Dato Seri, adalah lebih dari mencukupi menerangkan isiu ini.Fakta-faktanya tidak perlu diulang lagi.

26.?Apa yang ingin saya ulangkan disini ialah, dakwaan pembabitan Gani Patail dalam penipuan dan pemalsuan-pemalsuan keterangan berkaitan DNA, dan beberapa laporan pakar dalam insiden mata-lebam dalam tahun 1998 adalah benar dan betul dan bolih dibuktikan dalam Mahkamah.

27.?Perkara yang ingin saya tekankan juga ialah, mengenai Pakar Forensik yang Gani Patail arahkan untuk menyediakan 3 laporan pakar yang palsu dalam peristiwa ini,iaitu Dr.Abdul Rahman Yusof.Beliau adalah Pakar yang sama yang telah digunakan untuk membuat pemeriksaan keatas TS Rahim Thamby Chik dalam kes rogol gadis bawah umur 1994.

a)?Sama ada kejadian ini merupakan suatu kebetulan sahaja,ataupun ianya adalah konspirasi jenayah berterusan antara Gani Patail dan pihak-pihak tertentu untuk sesuatu tujuan dan niat bersama mereka, tidak bolih diperkecilkan.Fakta yang tidak bolih ditolak ialah,Gani Patail,Dr.Rahman dan TS Rahim dipercayai telah kenal antara satu sama lain sejak 1994 lagi.

b)?Umum maklum TS Rahim menyimpan dendam terhadap Anwar, sejak beliau diminta untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994 dan mendakwa Anwar sebagai puncanya.

c)?Gani Patail pula dikatakan menyimpan dendam terhadap Anwar, yang dikatakan telah menyebabkan gambar percutian Peguam Negara,Allahyarham Mohtar Abdullah bersama dengan Tan Sri Vincent Tan dan V.K.Lingam keluar Negara dalam tahun 1995/1996,didedahkan kepada umum.

d)?Sementara Dr.Rahman pula berada dalam tekanan ketika itu,kerana sedang dalam siasatan pihak Polis, diatas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap seorang Doktor lain,dan menanti keputusan Peguam Negara sama ada akan dituduh atau sebaliknya.

28.?Mungkin dalam dakwaan-dakwaan salahguna kuasa yang lain,Gani Patail bolih melepaskan diri, dengan berselindung disebalik Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kuasa mutlak Peguam Negara.Namun begitu, dalam perbuatan mereka keterangan-keterangan palsu dalam insiden mata-lebam,beliau tidak ada jalan keluar.

29.?Biar apa pun kaedah digunakan,sama ada menerusi perlantikan semula Panel Bebas,RCI ataupun ditubuhkan Tribunal sekalipun,hasil siasatan mereka akan tetap sama. Produk pemalsuan dan penipuan yang beliau lakukan dalam bentuk 3 laporan Pakar berjumlah 65 muka surat, tidak bolih disembunyikan. Perlembagaan tidak memberi perlindungan kepada  Peguam Negara, sekiranya beliau melakukan sesuatu kesalahan jenayah.

30.?Saya percaya YAB Dato Seri sedar akan hakikat ini.

Perbincangan dengan YAB Dato Seri bulan Oktober 2008.

31.?Sebagai menunaikan permintaan YAB Dato Seri, saya telah hadir memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, di-Pebabat Menteri Kewangan pada 23.10.2008 jam lebih kurang 1030 pagi.Ketika itu YAB masih lagi Timbalan Perdana Menteri.

32.?Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi.Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan dalam perkara ini.

a)?Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya;“Memang salah untuk memalsukan keterangan.Walaupun bolih jadi tujuan Gani ( merujuk kepada Gani Patail) adalah untuk menolong IGP (merujuk kepada mantan IGP,Tan Sri Rahim Noor),membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan.”

b)?Komen terhadap Musa Hassan pula,YAB menyatakan antara lainnya, “Saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.Saya rasa beliau (merujuk kepada Musa Hassan) bolih  melepaskan diri.”

33.?Selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara perlantikkan “Panel Bebas “ dengan PM (merujuk kepada mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi) olih kerana YAB mengatakan tidak tahu menahu mengenai perlantikkan Panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut..

33(a).?Seterusnya YAB turut memperakukan,dakwaan terhadap Gani akan dibawa bincang dengan penasihat-penasihat YAB untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil keatas beliau ,kerana dikhuatiri bolih menjejaskan kes Saiful ( saya percaya merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes Sodomy II). YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes “Saiful” adalah “bagus”.Saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

34.?Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes Sodomy II, serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut.


Pendirian berat sebelah.

35.?Saya sedar saya tidak layak untuk menegur seorang Perdana Menteri dalam apa hal jua pun.Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

36.?Bukan sahaja undang-undang Negara mewajibkan saya untuk bercakap benar,malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar, walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.(Surah An-Nisa 4:135)

37.?Saya menyatakan bahawa YAB Dato Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada Rakyat jelata dan Kakitangan Awam, dalam penguatkuasaan Keadilan Awam.Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut Rule of Law dengan berpegang kepada perinsip “No one above the law “.

Amalan pendakwaan berpilih.

38.?Kerajaan bersedia membawa kemuka pengadilan kakitangan awam semua peringkat,darpada setinggi Ketua Setiausaha Kementerian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan, sehinggalah kepada kakitangan peringkat terbawah apabila melakukan sesuatu kesalahan.

39.?Kerajaan juga bersedia mengenakan pertuduhan kepada seorang Ketua Polis Negara, sehingga menjatuhkan hukuman penjara keatasnya ,apabila beliau didapati melakukan jenayah,tanpa mengambil kira jasa yang beliau telah sumbangkan.Ramai lagi Pegawai dan anggota Polis berbagai peringkat, yang telah dikenakan hukuman dan beberapa yang lain yang sedang dibicarakan.

a)?Malahan seorang Pegawai Kanan dan seorang L/Koporal Polis sedang menanti untuk digantung sampai mati, semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang yang dikatakan sahabat YAB.Rayuan mereka pula sengaja dilengahkan.

40.?Apabila seorang pesara Tentera berpangkat Brigadier General, tersilap ketika memberi keterangan di-Mahkamah Kota Kinabalu dua tahun lalu,Kerajaan tanpa lengah,menahan beliau serta merta dan mengenakan pertuduhan jenayah kerana memberi keterangan palsu.

41.?Kerajaan juga bersedia mengambil tindakan terhadap semua peringkat Rakyat tanpa mengira umur,jantina dan keturunan walaupun kerana kesalahan-kesalahan yang remeh.

42.?Tetapi apabila tiba kepada  giliran untuk mengambil tindakan terhadap Gani Patail sendiri,pendirian YAB menjadi lemah dan lesu seperti tidak bermaya. Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salahguna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

43.?Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata Rakyat untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman undang-undang .

Mengapa Kerajaan enggan bertindak.

44.?Ramai menyatakan bahawa YAB Dato Seri,enggan bertindak terhadap Gani Patail, kerana bimbang kononnya beliau akan membongkarkan rahsia kes bunuh Altantuya Shaaribuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.Tidak kurang pula mengatakan bahawa sebarang tindakan terhadap Gani Patail akan memusnahkan sama sekali kredibiliti kes Sodomy II.

45.?Saya berpendapat rakyat membuat kesimpulan sebegini adalah berdasarkan fakta setakat yang mereka lihat dan ketahui serta percaya.Mereka berhak keatas pendapat masing-masing.Kita tidak bolih menyalahkan keadaan ini atau mengatakan mereka silap.

46.?Dalam hal sama, saya berpendapat, YAB Dato Seri dan Kerajaan, akan sedaya upaya mengelak daripada mengenakan sebarang pertuduhan jenayah terhadap Gani Patail.

47.?Perkara yang sangat dibimbangi olih Kerajaan ialah, pembuktian salahguna kuasa, penipuan, pemalsuan dan rasuah terhadap Gani Patail akan secara  otomatik membuktikan juga, bahawa Kerajaan telah melakukan salahguna kuasa,penipuan,pemalsuan dan rasuah sejak 1990 lagi.

48.?Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad,TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990,yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu,bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang-kurangnya semenjak itu.

49.?Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura,malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan ‘air muka’, maruah dan kedaulatan Negara.

Penutup.

50.?Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu,boleh diterimapakai olih Mahkamah Antarabangsa,saya percaya, tiga keping surat perakuan daripada tiga Tan Sri pada tahun 1990 itu,dan tiga laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan “mengatasi” semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.


51.?Secara peribadi saya berpendapat, dokumen-dokumen yang dimaksudkan diatas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990.Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa,rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini,bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu Bangsa atau Agama.


Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.
(Mat Zain bin Ibrahim).
20.10.2011.