tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, July 29, 2008

Laporan Perubatan Saiful

Click to enlarge... any sincere doctors out there who could give a fair explanation on the reports below?























Monday, July 28, 2008

Perak MB : No to PAS-BN Government in Perak!

(The Star) - Perak Umno has offered the state PAS to team up with it but Perak Mentri Besar snubbed the offer saying, “PAS in Perak will be in Pakatan Rakyat forever and ever.”

Making the offer at a press conference here yesterday, Perak Umno chief Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali said the party was even prepared to allow PAS to keep the mentri besar’s post.

Tajol Rosli, who described the move as bringing about political stability and a stronger state government, stressed that he would not take up any positions in the new administration because he did not want to be accused of “controlling” the state government.

The state government is now a coalition of DAP (18 seats), PKR (seven) and PAS (six). Umno controls 27 seats while MCA has one.

If PAS were to join forces with Umno and Barisan, the team would control 34 seats.

In an immediate reply, Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin firmly rejected the proposal.

“As far as PAS in Perak is concerned, we will be in Pakatan Rakyat forever and ever.

“There is no way we will pair with them (Umno). We are the Pakatan Rakyat; a composition of PAS, DAP and PKR,” he said at a press conference after chairing the Perak Water Board meeting here yesterday.

He said that this was because the people of Perak had given their mandate to the present administration by voting the Pakatan into power.

Sunday, July 20, 2008

Hasil Debat : Kerajaan laksana cadangan Anwar















Sila baca petikan daripada akhbar Berita Harian di bawah.

3 Hari selepas Debat antara Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Dato Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan pelan untuk menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Langkah awal yang bijak atau adakah ia terlalu bijak? Adakah kerajaan terlalu bijak sehingga boleh mengumumkan satu pelan yang akan memberi kesan besar kepada kewangan negara dan hanya memerlukan kurang daripada 3 hari untuk melakukan analisa dan kajian terhadap cadangan tersebut. Nampaknya kerajaan kini dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang boleh membuat keputusan yang tepat dalam masa kurang daripada 72 jam. Sudah tentu mereka telah mencongak-congak sebelum mengumumkan penjimatan sebanyak RM1.5billion dengan mengambil masa selama 6 tahun (menjelang tahun 2014), iaitu RM 250juta setahun selepas dibahagikan dengan 6 tahun!

Jika direnungkan inilah puncanya banyak keputusan flip-flop yang dilakukan oleh kerajaan kebelakangan ini. Tiada perancangan yang teliti, semuanya disegerakan kerana mahu memenangi hati rakyat melalui pelan-pelan yang bersifat populis. Adakah betul tindakan tersebut?

Saya telah mengenalpasti sekurang-kurang 3 kesan daripada keputusan tersebut :-

  1. Jika ia betul-betul keputusan yang bijak maka kerajaan akan berjaya menjimatkan perbelanjaan. Tetapi kenapa pakar-pakar ekonomi kerajaan yang bijak itu tidak boleh memikirkan formula tersebut sebelum ia di war-warkan oleh DS Anwar Ibrahim? Dan kenapa selepas diwar-warkan di dalam debat tersebut mereka tergesa-gesa mengumumkan pelan tersebut?
  2. Jika keputusan tersebut silap (kerana tiada kajian mendalam dilakukan), maka kerajaan telah menjerat diri sendiri semata-mata demi membuat satu kenyataan segera yang diharapkan boleh menyenangkan hati rakyat. Kajian teliti adalah penting kerana keputusan flip-flop hanya memberikan imej buruk kepada kerajaan yang akan kelihatan tidak konsisten dalam mebuat keputusan. Atau mungkinkah pakar-pakar ekonomi kerajaan itu sengaja berniat menjatuhkan kredibilti kerajaan Pak Lah; kerana sudah banyak kali keputusan flip-flop dibuat kebelakangan ini terutamanya dalam isu berkaitan harga minyak.
  3. Kerajaan telah secara tidak langsung mengakui kebijaksanaan DS Anwar Ibrahim dan ini melemahkan kerajaan itu sendiri.

Di bawah adalah berita tersebut yang di petik daripada laman web akhbar Berita Harian. Pautan asal http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080718002909/Article/index_html

Dewan Rakyat: Margin tenaga elektrik diturun

Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila

Tindakan bagi jimatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

"Dalam usaha menurunkan margin simpanan, kerajaan bercadang menghentikan operasi stesen janakuasa hidroelektrik yang sudah lama beroperasi iaitu melebihi 20 tahun kerana sumbangannya tidak banyak membantu menghasilkan tenaga elektrik.

"Stesen janakuasa lama seperti di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor antara penyumbang kepada peningkatan margin simpanan yang terpaksa ditanggung berikutan kos operasi di stesen janakuasa itu," katanya di pejabat kementeriannya di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, usaha menghentikan operasi stesen janakuasa yang lama itu boleh dilakukan kerana bekalan tenaga elektrik negara yang menggunakan stesen janakuasa hidro bukan dalam peratusan yang besar.

"Buat masa ini, gas menjadi sumber paling besar yang menyumbang kepa-da bekalan elektrik negara iaitu 60 peratus, mana-kala arang batu 29 peratus dan elektrik daripa-da tenaga hidro antara lapan hingga 10 peratus saja.

"Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.

Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.

"Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan," katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa negeri itu tidak dibekalkan tenaga elektrik yang cukup, Shaziman berkata, ia tidak benar kerana Pulau Pinang adalah antara negeri yang menerima margin simpanan tinggi iaitu 50 peratus.

"Sebanyak tujuh kabel dari Semenanjung disambung ke negeri itu untuk membekalkan tenaga elektrik mencukupi. Itu jelas Pulau Pinang dapat bekalan cukup," katanya.

Komplot : Tarik PAS masuk BN, DS Najib lagi???

Ini adalah satu post (daripada laman malaysia-today) yang saya kira amat menarik tentang usaha BN terdesak menggagalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Di saat rakyat mengharapkan DS Najib tampil membersihkan namanya atas segala pertuduhan yang pernah dipalitkan ke mukanya,kini muncul satu lagi kisah tentang DS Najib berusaha memperngaruhi PAS menyertai BN melalui rundingan yang telahpun berlangsung di kota London. Come on lah, harap berita ini tidak betul jika DS Najib betul-betul mahu menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah bosan dengan taktik-taktik kotor sebegini. Jika DS Najib mahukan sokongan rakyat untuk beliau kekal sebagai PM nanti, dari sekarang DS Najib perlu berusaha membersihkan namanya.

Jika sudah terdesak manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa. Setelah membaca posting tersebut (saya sertakan di bawah), nampak jelas bahawa PAS secara keseluruhannya tidak rugi apa-apa jika tidak menyertai pakatan dengan BN ini, kerana segala yang BN janjikan kepada PAS juga akan dimiliki oleh PAS (malah lebih lagi) andainya perancangan 16 September 2008 menjadi realiti.


Jadi bacalah dan nilai... yang untung BN, yang rugi PAS, harap orang PAS juga tidak terikut-ikutkan BN untuk tamakkan kuasa! Saya berdoa Presiden PAS tidak termakan pujuk rayu mereka ini, ingatlah sejarah bahawa PAS pernah disepak keluar daripada BN suatu masa dulu, untuk apa lagi menyokong mereka yang terbukti tidak tahu mengenang budi!

Baca dan nilailah sendiri...

dipetik dari http://www.malaysia-today.net/content/view/10129/1/

Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional
Written by Super Admin
Sunday, 20 July 2008

This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.

Wednesday, July 16, 2008

Malaysiakini : Anwar dibebaskan dengan ikatjamin

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pagi ini.

Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.

Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.

Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Awal pagi ini,Sankara memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.

Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur.

Sekatan Jalan Raya yang menyusahkan rakyat!

Hari ini adalah kali kedua, sekatan jalan raya diadakan oleh pihak PDRM dalam masa kurang daripada seminggu. Rakyat mengeluh lewat lagi ke pejabat.

Hari ini 720am, saya terperangkap di Plaza Tol Sg Besi disebabkan sekatan jalan raya berhampiran Mint Hotel. Kenderaan boleh dikatakan tidak bergerak. Saya menjangkakan sekitar jam 900am nanti kesesakan tersebut pasti meleret hingga ke exit Tol Serdang (seperti yang biasa berlaku bila ada sekatan jalan raya di lokasi tersebut).

Membuat sekatan jalan raya tidak salah, tetapi adakah ia perlu kerana ia bukannya sekatan jalan raya yang sempurna. Kenapa? Laluan daripada tol Sg Besi ke ibu Negara adalah laluan 3 lorong, dan pasukan PDRM tersebut meletakkan papan tanda “Pemeriksaan Polis” pada lorong paling kiri dan kenderaan dibenarkan melalui lorong nombor dua dan tiga. Pasukan PDRM pula berkumpul di bahu kiri jalan dan cuma menahan beberapa buah motosikal yang lalu di laluan kiri.

Apa yang menjadi kemusykilan saya adalah kenapa sekatan jalan raya ini adakan kerana kenderaan yang melalui sekatan jalan raya tersebut tidak langsung diperiksa. Jadi, perlukah sekatan jalan raya tersebut kerana ia tidak membawa apa-apa faedah melainkan menyusahkan rakyat yang perlu segera sampai ke pejabat.

Jika sekalipun setiap kenderaan diperiksa bolehkah pasukan PDRM tersebut mengenalpasti mereka yang hendak ke ibu kota untuk tujuan mewujudkan kekacauan? Apa kriterianya untuk mengenalpasti orang yang ingin mewujudkan kekacauan atau demonstrasi? Tidak mungkin mereka menunjukkan ciri-ciri tertentu. Jadi tolonglah hentikan sahaja sekatan jalan raya pada waktu puncak awal pagi ini. Ini adalah keluhan rakyat!

Saya menyeru kepada Menteri Dalam Negeri dan PDRM untuk mengkaji semula keperluan sekatan jalan raya pada waktu puncak ini kerana ia bukan sahaja membebankan rakyat dari segi masa yang terluang tetapi juga membazirkan wang rakyat kerana petrol dibazirkan akibat kesesakan lalu lintas ini. Lainlah halnya jika kerajaan setuju untuk memberi rebat tunai akibat kesukaran yang dihadapi rakyat ini.

Kami rakyat Malaysia inginkan ketenangan dan Malaysia yang aman makmur. Siasatlah siapa yang merosakkan kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia kerana itu adalah “root-cause” bagi segala masalah dalam Negara sekarang! Jangan dibebankan kami rakyat yang telah puas bersabar ini.

Tuesday, July 15, 2008

Malaysiakini.com : Anwar ditahan polis bertopeng

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

DEBAT !!!


Menarik! Itu ulasan saya untuk debat malam tadi. Memang inilah pertama kali pemimpin pembangkang diberi peluang untuk berdebat secara langsung di televisyen, walaupun saluran asal ditukar daripada TV3 (yang boleh ditonton seluruh negara ke TV9 (yang tidak boleh ditonton oleh majoriti penduduk luar bandar). DSAI tampil dengan lebih bersedia berbanding lawannya. Lebih banyak fakta diutarakan dan majoritinya mewakili apa yang rakyat mahukan. Benar tiada siapa yang setuju dengan kenaikan harga minyak kecuali Ahli Parlimen BN sahaja! Bukti bahawa anggota kabinet masih kekal sebagai pak angguk kepada apa sahaja yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.




Secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa DSAI menang dalam debat malam tadi, kerana :


1.DSAI berjaya menyampaikan formulanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kini semua orang tahu apa yang DSAI laungkan selama ini bukan omongan kosong. Jika selama ini cuma penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang mendengar ucapan dan perancangan DSAI tetapi malam tadi DSAI telah berjaya menghantar mesej kepada seluruh rakyat Malaysia.


2.Menteri Penerangan Dato Shabery Cheek sepatutnya bukan bercakap mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tetapi sepatutnya beliau cuba membuktikan bahawa formula DSAI itu tidak logik. Itu barulah berdebat. Kalau kita lihat perdebatan di peringkat sekolah pun pembangkang dan pencadang bertikam lidah untuk menafikan fakta pihak lawan. DSAI mencadangkan formula beliau untuk menurunkan harga minyak tetapi Dato Shabery Cheek tidak sedikit pun membangkang cadangan yang dikemukakan oleh DSAI. Adakah ini satu perdebatan? Pembangkang (dalam perdebatan ini) sepatutnya membangkang topik debat “ Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak”, tetapi nampaknya diakhir perdebatan Pengerusi Majlis sendiri bersetuju dengan formula DSAI kerana beliau menanyakan soalan, “ Kenapa DSAI perlu menjadi PM untuk menlaksanakan formula tersebut, kenapa tidak digerakkan formula itu sekarang?”. Soalan Pengerusi Majlis itu itu sendiri menunnjukkan bahawa beliau bersetuju dengan fomula yang dikemukakan.


Mari kita analisa 3 Mekanisme yang dicadangkan oleh DSAI:


1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.


Ulasan saya : tambahan RM5 billion bukan amaun besar jika dibandingkan dengan pendapat kerajaan daripada pelbagai sumber. Malahan dividen khas yang diberikan oleh Petronas kepada kerajaan pun sudah berjumlah RM6 billion, lebih daripada cukup jika dipulangkan kepada rakyat bagi menampung kenaikan harga minyak.
Dengan wujudnya isu harga minyak ini, rakyat telah mula lupa terhadap isu yang masih belum terjawab iaitu ke manakah wang RM336 billion yang telah di bayar oleh Petronas kepada kerajaan sejak daripada awal penubuhan Petronas ini dibelanjakan. Jika kita mahu melupakan RM336 billion itu mungkin ada baiknya kita lihat apakah perancangan perbelanjaan kerajaan dengan RM62 billlion yang akan dilunaskan oleh Petronas dalam masa terdekat ini. Ingat, bermula 12.00pm semalam kerajaan BN memiliki RM62 billion dana baru untuk dibelanjakan. Pastikan tiada penyelewengan!!!

2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

Ulasan saya : IPP adalah pembekal tenaga elektrik swasta yang juga menyediakan bekalan tenaga elektrik selain daripada TNB. IPP dan TNB menggunakan bahan bakar yang disubsidi untuk menjana tenaga elektrik. Sekiranya bilangan pengeluaran berlebihan oleh IPP ini dapat dikurangkan, maka jumlah subsidi akan dapat dijimatkan kerana terdapat pengurangan sumber yang digunakan bagi menjana tenaga elektrik yang berlebihan ini. Maka, jika dikurangkan lebihan pengeluaran daripada 40% sekarang ini kepada 20% kerajaan akan dapat menjimatkan RM2billion daripada wang rakyat yang dibayar kepada IPP secara membuta-tuli.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.


Ulasan saya : Hal ini diketahui umum, adalah satu penipuan jika sesiapa mengatakan korupsi dan rasuah tidak wujud dalam kerajaan Malaysia. Akhir-akhir ini ramai pegawai kerajaan ditahan oleh BPR utnuk siasatan. Bagus, sekurang-kurangnya terdapat lebih banyak usaha untuk membersihkan penyelewangan. Jika semua orang boleh bekerja dengan jujur dan amanah, maka Malaysia bakal menjadi negara Islam contoh untuk dunia. RM330 billion yang lesap adalah hampir sama dengan jumlah pembayaran yang Petronas lunaskan kepada kerajaan sejak 1974 sehingga 2007( RM336 billion). Bayangkan betapa banyaknya pembangunan yang boleh dilakukan sekiranya kita tidak hilang RM330billion ini kepada tangan-tangan kotor. Tidak hairan jika korupsi dan rasuah berlaku di negara lain, tetapi di Malaysia yang rata-rata anggota kerajaannya adalah Islam kita masih boleh kehilangan sehingga RM330 billion disebabkan oleh rasuah dan korupsi. Saya rasa JAKIM perlu memainkan peranan yang lebih efisyen dalam membina nilai-nilai Islam dalam diri setiap anggota kerajaan Malaysia. Orang yang percaya dan takut kepada Tuhannya tidak akan melakukan perbuatan keji yang dilaknat oleh Tuhannya.


Saya ingin bertanya, kenapa Pak Lah atau Najib tidak menyahut cabaran DSAI untuk berdebat malam tadi? Setidak-tidaknya hantarlah seorang menteri senior kerana jelas bahawa Dato Shabery Cheek tidak cukup matang untuk bergelanggang dengan DSAI. Jadi sanggupkah Dato Shabery Cheek melepaskan jawatannya seperti yang dinyatakan sebelum ini?

Saya pasti akan muncul pelbagai cerita di media perdana membantah formula yang dicadangkan. DSAI telah menyatakan persetujuan Pakatan Rakyat untuk menyokong sekiranya kerajaan melaksanakan formula tersebut, tetapi sanggupkah kerajaan merendahkan egonya demi kepentingan rakyat? Jika tidak sanggup maka jelas kerajaan bukan bertindak mengikut kehendak rakyat sebalik lebih mementingkan agenda sendiri.


DSAI menjangkakan kesan inflasi dan kemelesetan akan bertambah parah dalam masa dua bulan lagi, mari kita tunggu dan lihat kebenarannya, atau ia sekadar omongan politik sahaja? Persoalannya sanggupkah kita menunggu untuk melihat ia berlaku kerana jika ia berlaku kita yang merana dan untuk memulihkannya pasti tidak boleh dalam masa 2 bulan sahaja mungkin juga mengambil masa 2 tahun.


Jadi bukalah minda kita, puluhan cadangan dan teguran daripada dalam dan luar BN dan UMNO telah disuarakan kepada kerajaan khususnya Pak Lah, tetapi cuba namakan 1 daripadanya yang telah diterima, dianalisa dan dilaksanakan oleh kerajaan BN, ada? Tiada!


Tepuk dada tanya selera!

Monday, July 14, 2008

Peralihan Kuasa : Pelan Pak Lah Selamatkan Diri

Akhirnya, Presiden UMNO dalam keadaan terdesak terpaksa mengumumkan pelan peralihan kuasanya. Kenapa saya katakan terpaksa?

  1. Jika Pak Lah tidak mengumumkan pelan peralihan kuasa sekarang, beliau terbuka kepada kemungkinan dicabar oleh Najib atau lain-lain pemimpin UMNO pada pemilihan UMNO kelak. Dengan janji-janji manis, DS Najib tidak mungkin tergamak mengatakan ‘tidak’ ketika dikemukakan tarikh peralihan kuasa tersebut. Kononnya, DS Najib telah dijanjikan jawatan Presiden UMNO oleh Presidennya. Dan perlu diingat DS Najib adalah pilihan Presiden, bukan pilihan ahli UMNO untuk memegang jawatan Presiden UMNO pada tahun 2010.

Sepatutnya, peralihan kuasa tersebut dijadualkan pada 2010 dengan bersyarat “DS Najib menang dalam pemilihan UMNO tahun 2010 dengan syarat Pak Lah tidak boleh bertanding pada pemilihan tahun 2010 tersebut”. Sepatutnya inilah caranya, kerana ia akan melambangkan demokrasi di dalam UMNO. Jika kita lihat demokrasi dalam UMNO bagi dua jawatan tertinggi ini telah lama hilang, jawatan tersebut tidak pernah dibuka untuk ditandingi kerana Melayu dalam UMNO adalah pak turut yang suka mengangguk bila ketua memberikan sebarang arahan. Sebenarnya inilah sikap orang melayu yang menghalang kemajuan orang Melayu sendiri (termasuk dalam kehidupan harian). Sikap hormat tak kena tempat!

Jika dirujuk undian di blog Dr Mohamad Khir Toyo, DS Najib bukanlah pilihan utama. Berikut adalah petikan daripada undian di blog Dr. Khir Toyo, anda boleh mengaksesnya di www.drkhir.com











  1. Pak Lah mengumumkan pelan peralihan itu sebaik sahaja Ketua Pembangkang mengemukakan permohonan perbahasan Undi Tidak Percaya kepada PM. Secara tidak langsung, ada sebahagian pemimpin dalam UMNO yang sejuk hati dengan pelan tersebut, dan kebarangkalian kembali menyokong Pak Lah. Maka kedudukan Pak Lah semakin selamat. Jika pun akan wujud undi tidak percaya kepada Pak Lah, golongan ini mungkin kembali mengundi Pak Lah.

Bagi penyokong Pak Lah mereka pasti gembira dengan perkembangan ini kerana ada yang kembali menyokong Pak Lah. Dari sudut pemerhati seperti saya, apa yang saya dapat lihat adalah Pak Lah telah membuktikan kemampuannya berfikir dengan bijak bila keadaan terdesak, tidak mungkin Tingkat 4 memberikan nasihat kepada beliau untuk merancang perlaksanaan pelan peralihan ini pada 2010, tetapi 2 tahun adalah masa yang cukup untuk membersihkan segala kekotoran yang telah dibuat sekiranya ada.

Bagi DS Najib, beliau mungkin berada dalam keadaan tersepit. Sebenarnya, rakyat tidak nampak di manakah kredibiliti dan kelebihan DS Najib yang melayakkan beliau menjadi PM yang seterusnya. Adalah amat baik sekiranya DS Najib dapat membuktikan secara terperinci bahawa segala tuduhan terhadap beliau adalah palsu. Ini sahaja caranya untuk seluruh rakyat menyokong DS Najib sebagai PM. Janganlah difikirkan ego dan manipulasi lawan dalam membuktikan kebenaran, jika betul DS Najib bersih maka buktikan, mustahil ia tidak boleh dibuktikan. Rakyat mahukan pemimpin yang betul-betul bersih, jika sesiapa yang tidak bersih saya nasihatkan pendamkan sahaja cita-cita ke jawatan PM kerana nanti anda pasti tersungkur semula disebabkan oleh sejarah-sejarah kekotoran diri sendiri. Ini saya tujukan kepada semua pemimpin di Malaysia dan bukan khusus untuk DS Najib sahaja.

PM yang bersih adalah Maha Penting bagi menjamin kejayaan memulihkan kerajaan dan badan-badan di bawahnya terutamanya badan-badan penguatkuasaan. Jika kita boleh mendapat seorang PM yang betul-betul bersih dan bijaksana maka segala kemelut politik dan ekonomi di Malaysia insya Allah akan dapat diselesaikan.

Monday, July 7, 2008

Bala told all six months ago: Nephews

Wow! This is HOT News!

Reported by The Sun newspaper today, Bala's nephews claimed that Bala told them the facts in the 1st statuary declaration 6 months ago. They believe it is true!His nephew also claims that Bala was very relaxed during the first press statement but Bala was seen under duress during the 2nd press conference.

So, if this is true, i think it is wise for his family member to lodge a police report on Bala's missing as he might be threatened by unknown parties for his 1st statuary declaration and Bala might have been forced to come out with the 2nd statuary declaration in a do or die situation.

------------------------------------------------------------------------------------------
Below is the original news; also available in The Sun newspaper 8th July 2008.
original source http://sun2surf.com/article.cfm?id=23814

Bala told all six months ago: Nephews
By: Charles Ramendran (Mon, 07 Jul 2008)


KUALA LUMPUR (July 7, 2008) : The nephews of missing private investigator P. Balasubramaniam claimed today that their uncle had revealed to them months earlier all the details he had stated in his first statutory declaration (SD) which alleged that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had links with murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.

Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public.

Kumaresan, an information technology (IT) professional said his uncle had expressed relief after he made his first statuatory declaration public on Thursday but what he did the next day by denying it had shocked the siblings.

Balasubramaniam who had made public his first SD on Thursday based on what political analyst Abdul Razak Baginda -- one of the accused in the Alatantuya murder case -- had told him, on Friday retracted his allegations via a second SD, claiming his first SD had been made under duress.

The brothers spoke to reporters at the Gombak district police headquarters with their lawyer R.Surendran yesterday after giving a statement to investigators over a police report he lodged on the disappearance of his uncle, aunt and three cousins on Saturday.

"He claimed he made the first SD under duress, but from the expression on his face on that day, it was clear that he was not, everyone could see that," said Kumaresan.

"But when he retracted the SD and replaced it with another the next day, the expression on his face showed that he was really under duress. Compare his face on the first day with the second day.

"We are very close to our uncle and know him very well. There is no way he would have disappeared like this without informing us first." he said adding that his family strongly believe Balasubramaniam and his family had not gone into hiding but are being detained at an unknown location.

Kumaresan said had his uncle planned to go into hiding or feared for his safety, he would have done so on the very first day, after making the first statuatory declaration.
"But everything was normal after he made the statement on Thursday; and then Friday he goes missing with his family." he said.

Kumaresan said he also had no idea of who M Arulampalam, the lawyer who accompanied his uncle when he made the second SD is.

"We are worried about their safety. My aunt is a like mother-figure to me. I do not even know if they are still alive." he said.

Segar, an engineer said his uncle had also handed him an envelope two days before he made his first SD and told him to pass it to Kumaresan.

"He told me to tell Kumarasen to open it two days later but after he made public his first SD, we opened it and found that it was a copy of the SD," he said.

Meanwhile lawyer R.Surendran said the main concern of Kumaresan and Segar was the safety of his uncle and his family and not the statutory declarations he had made.

"I hope the police will look more into the angle that Balasubramaniam may be held against his will, as it does not seem that he has gone into hiding." he added.

Sunday, July 6, 2008

NGV bukan jalan penyelesaian!

Saya amat terkilan apabila kerajaan tidak sedikitpun mempertahankan Petronas apabila ia ditekan bertalu-talu akibat kenaikan harga minyak. Petronas sebagai entiti kebangsaan hanya berdiam diri walaupun diperbodohkan oleh pemiliknya sendiri (kerajaan Malaysia) apabila Petronas dikambinghitamkan berkaitan isu harga minyak ini. Kerajaan tahu, jika kerajaan menyatakan bahawa Petronas tidak terlibat dalam isu subsidi dan kenaikan harga minyak, maka kerajaanlah yang akan dihentam oleh rakyat, maka kerajaan memilih untuk senyap dan selamatkan diri sendiri. Tetapi sehingga bila kerajaan hendak bertindak begini, rakyat sebenarnya tahu tetapi memerhatikan kebengapan kerajaan yang menyangka bahawa rakyat masih dungu. Memang ada rakyat yang menyokong kerajaan dan percaya bahawa Petronas harus dipersalahkan (sebenarnya dikambinghitamkan untuk memberi nama baik kepada kerajaan!)

Hari ini, kita dapat melihat banyak stesen NGV sedang dalam pembinaan di stesen Petronas sedia ada. Kerajaan sepatutnya memperjelaskan pendirian kerajaan berkaitan subsidi dan masa depan harga NGV di Malaysia. Pelaburan Petronas membangunkan 200 stesen NGV adalah untuk membantu rakyat, kerana ia memang tidak menguntungkan. Lebih banyak NGV dijual maka lebih banyak Petronas menanggnug kerugian kerana Petronas memnsubsidi RM2 untuk setiap liter padu gas NGV. Peningkatan jualan hanya akan meningkatkan kerugian Petronas, yang secara tidak langsung akan mengurangkan keuntungan tahunan Petronas dan seterusnya mengurangkan lagi jumlah bayaran oleh Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai,rebet, dividen dan lain-lain.

Pada saya, NGV bukanlah penyelesaian yang bijak. Petronas berhak menjual NGV pada harga RM1.34 seliter padu (50% daripada harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh kerajaan) tetapi Petronas masih memilih untuk berkorban untuk rakyat.

Jika semakin ramai rakyat memasang NGV pada kenderaan mereka (Proton juga akan mula mengeluarkan kenderaan berasaskan NGV untuk pasaran) maka jika Petronas suatu hari nanti tidak mampu lagi untuk mensubsidi harga NGV, apa yang akan terjadi? Kerajaan mungkin memandang mudah hal ini, kerana bukan kerajaan yang mensubsidi harga NGV; tetapi kerajaan sepatutnya telah mula menganalisa untuk merangka plan perancangan NGV untuk rakyat Malaysia, suatu pelan yang mengambillkira kepentingan rakyat dan juga kepentingan Petronas. Ini adalah amat penting untuk masa depan negara!

Kerajaan Pak Lah didapati memandang remeh hal-hal perancangan yang menjadi punca kepada banyaknya keputusan last minute dan flipflop (yang menjatuhkan kredibiliti kerajaan itu sendiri). Rakyat melihat dan sedar akan hal ini, jika dalam masa 4 tahun ini keadaan masih sama maka PRU 13 bakal menjadi mimpi ngeri buat BN! Jadi bertindaklah sementara Allah memberikan anda masa dan kuasa. Berkerjalah seumpama anda akan memerintah Malaysia selama-lamanya, dan beringat-ingatlah seolah-olah esok hari anda akan dijatuhkan daripada kerajaan yang memerintah. Hanya yang terbaik yang rakyat mahukan bukannya merompak harta rakyat untuk kepentingan peribadi.

Tuesday, July 1, 2008

Teka-teki Najib

Dato Seri Najib menafikan penglibatan beliau dalam konspirasi (mungkin) kes liwat ke atas DSAI. Memetik kembali kata-kata Pak Lah ketika bercakap tentang kes DSAI,"Mestilah DSAI menafikan". Nampaknya sama senarionya pula dengan DS Najib, " Mestilah DS Najib menafikan", tapi takde pulak Pak Lah bercakap begitu.

Jadi mari kita buat sedikit kajian tentang DS Najib, lelaki yang penuh dengan misteri dan kisah-kisah yang masih belum terjawab; antaranya isu komisen submarine, kes althantuya dan kini kes DSAI sekali lagi.

Saya tidak mahu menulis isu DS Najib ini sehinggalah semalam DSAI terang-terangan menuding jari kepada DS Najib.

10 tahun lepas, kita semua tahu DSAI adalah calon pilihan Tun Dr Mahathir untuk menggantikannya. DS Najib pula pasti berada di dalam barisan pemimpin yang juga bercita-cita ke jawatan yang sama, tetapi beliau sangat low profile. Jika DSAI naik menjadi PM 10 tahun lepas, maka DS Najib kena beratur panjang lagi. Dan, jika DSAI naik menjadi PM September 2008 ini, DS Najib sempat ke nak merampas kembali kerajaan dan jawatan PM? Betullah kata Tun Dr M kepada DS Najib beberapa bulan lepas, kalau DS Najib nak jadi PM inilah masanya jangan berlengah lagi. Tetapi Tun Dr M kemudiannya menarik balik sokongan kepada DS Najib sebagai calon PM.

10 tahun lepas, DS Najib berada dalam barisan kepimpinan atasan UMNO, dan hari ini beliau masih di situ. Tidak ramai yang 10 tahun lepas berada di atas dan masih di situ pada hari ini. Maka apabila konsiprasi (mungkin) yang sama muncul kembali, sama ada mahu atau tidak, ramai yang terpaksa menuding jari kepada DS Najib; kerana mereka yang lain di dalam barisan kepimpinan UMNO kurang berkepentingan jika dibandingkan dengan DS Najib.

Saya percaya jika Pak Lah mengatakan beliau tidak terlibat dengan konsiprasi (mungkin) ini. Beliau terlalu yakin akan terus kekal sebagai Presiden UMNO dan PM selepas September 2008 ini. DS Najib pula terpaksa menyokong Pak Lah, tetapi sedarkah kita jika DSAI menguasai kerajaan pada September ini impian Najib akan hancur, dan jika Pak Lah terus menjadi Presiden UMNO pada pemilihan kali ini, DS Najib terpaksa beratur dan menunggu lagi. Jadi DS Najib perlu memilih, sama ada gagalkan usaha DSAI atau bertanding melawan Pak Lah. Di telan mati emak, diluah mati bapak!

DS Najib pula turut dikaitkan oleh Raja Petra dengan kes pembunuhan Althantuya, yang juga masih belum ada kesudahannya. Kita semua telah mendengar rintihan bapa mendiang Althantuya tentang proses perbicaraan yang penuh birokrasi mungkin kerana melibatkan individu berkepentingan. Terbaru, Datin Rosamh pula dikaitkan berada di lokasi pembunuhan.

Jika DS Najib mahukan sokongan rakyat untuk beliau menjadi PM yang direstui rakyat, DS Najib perlu membersihkan namanya hari ini juga. Cakap kosong tidak akan diterima lagi oleh rakyat. Setiap butiran perlu disokong oleh bukti, tunjukkan kepada umum, dan rakyat akan bijak menilai. Apa gunanya jika pemimpin itu menang tetapi tanpa sokongan rakyat, kuasanya tidak akan kekal lama.

Isu yang utama, bukannya rakyat mahukan DSAI atau DS Najib atau Pak Lah menjadi PM. Isunya adalah rakyat mahukan pembelaan, keadilan, keamanan dan kesejahteraan. Mana mungkin semua ini dapat dicapai jika pemimpin bercakaran. UMNO boleh kekal sehingga 50 tahun kerana dahulunya ia lebih bersatu daripada sekarang. Ingatlah bahawa UMNO bukan Melayu dan Melayu bukan UMNO, Cina bukan MCA dan MCA bukan Cina, India bukan MIC dan MIC juga bukan India. Semua parti ini adalah ciptaan kita yang didorong oleh pemikiran yang berbeza tetapi apa yang mahu diperolehi oleh setiap penyokong UMNO, MCA, MIC, PKR, DAP dan PAS adalah satu matlamat yang sama tetapi dengan cara yang berbeza.

Rakyat adalah kerdil kerana tiada kuasa melakukan apa-apa. Seorang pemimpin adalah lebih berkuasa daripada 1000 orang rakyat yang menjerit bersama. Inikah keadilan di Malaysia? Perubahan adalah untuk kebaikan tetapi sering usaha memurnikan kebaikan ini ditentang oleh segelintir rakyat (juga) yang berkepentingan. Mungkin kerana tamakkan harta dan kuasa atau mungkin kerana ingin memastikan bahawa rahsia dan sejarah kepincangan mereka tidak dibongkar (mungkin oleh pemerintah yang baru).

Jika ini masih satu konspirasi, saya pasti kita kini lebih bijak dan matang selepas melihat apa yang berlaku 10 tahun lepas. Jangan kerana ketamakan kita sanggup gadaikan prinsip dan maruah harga diri, bangsa dan negara. Jika Malaysia mampu menjadi aman seperti sedia kala, syukurlah kerana tiada apa lagi yang rakyat harapkan selain dari kesejahteraan untuk semua dan keredhaan Allah.

Buat Saiful Bukhari, jika apa yang anda canangkan adalah satu lagi konspirasi, ketahuilah bahawa anda menjerut leher sendiri. Jika apa yang anda canangkan ini suatu yang hakiki maka Allah akan bersama anda.

Buat DSAI, mohon dipercepatkan segala perancangan, bukti perlu segera diumumkan. Masa itu adalah emas, jangan ia disia-siakan. Rakyat memerlukan perubahan dan telah bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Laksanakanlah impian kerana ia juga adalah impian kami rakyat Malaysia.