tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, July 14, 2008

Peralihan Kuasa : Pelan Pak Lah Selamatkan Diri

Akhirnya, Presiden UMNO dalam keadaan terdesak terpaksa mengumumkan pelan peralihan kuasanya. Kenapa saya katakan terpaksa?

  1. Jika Pak Lah tidak mengumumkan pelan peralihan kuasa sekarang, beliau terbuka kepada kemungkinan dicabar oleh Najib atau lain-lain pemimpin UMNO pada pemilihan UMNO kelak. Dengan janji-janji manis, DS Najib tidak mungkin tergamak mengatakan ‘tidak’ ketika dikemukakan tarikh peralihan kuasa tersebut. Kononnya, DS Najib telah dijanjikan jawatan Presiden UMNO oleh Presidennya. Dan perlu diingat DS Najib adalah pilihan Presiden, bukan pilihan ahli UMNO untuk memegang jawatan Presiden UMNO pada tahun 2010.

Sepatutnya, peralihan kuasa tersebut dijadualkan pada 2010 dengan bersyarat “DS Najib menang dalam pemilihan UMNO tahun 2010 dengan syarat Pak Lah tidak boleh bertanding pada pemilihan tahun 2010 tersebut”. Sepatutnya inilah caranya, kerana ia akan melambangkan demokrasi di dalam UMNO. Jika kita lihat demokrasi dalam UMNO bagi dua jawatan tertinggi ini telah lama hilang, jawatan tersebut tidak pernah dibuka untuk ditandingi kerana Melayu dalam UMNO adalah pak turut yang suka mengangguk bila ketua memberikan sebarang arahan. Sebenarnya inilah sikap orang melayu yang menghalang kemajuan orang Melayu sendiri (termasuk dalam kehidupan harian). Sikap hormat tak kena tempat!

Jika dirujuk undian di blog Dr Mohamad Khir Toyo, DS Najib bukanlah pilihan utama. Berikut adalah petikan daripada undian di blog Dr. Khir Toyo, anda boleh mengaksesnya di www.drkhir.com











  1. Pak Lah mengumumkan pelan peralihan itu sebaik sahaja Ketua Pembangkang mengemukakan permohonan perbahasan Undi Tidak Percaya kepada PM. Secara tidak langsung, ada sebahagian pemimpin dalam UMNO yang sejuk hati dengan pelan tersebut, dan kebarangkalian kembali menyokong Pak Lah. Maka kedudukan Pak Lah semakin selamat. Jika pun akan wujud undi tidak percaya kepada Pak Lah, golongan ini mungkin kembali mengundi Pak Lah.

Bagi penyokong Pak Lah mereka pasti gembira dengan perkembangan ini kerana ada yang kembali menyokong Pak Lah. Dari sudut pemerhati seperti saya, apa yang saya dapat lihat adalah Pak Lah telah membuktikan kemampuannya berfikir dengan bijak bila keadaan terdesak, tidak mungkin Tingkat 4 memberikan nasihat kepada beliau untuk merancang perlaksanaan pelan peralihan ini pada 2010, tetapi 2 tahun adalah masa yang cukup untuk membersihkan segala kekotoran yang telah dibuat sekiranya ada.

Bagi DS Najib, beliau mungkin berada dalam keadaan tersepit. Sebenarnya, rakyat tidak nampak di manakah kredibiliti dan kelebihan DS Najib yang melayakkan beliau menjadi PM yang seterusnya. Adalah amat baik sekiranya DS Najib dapat membuktikan secara terperinci bahawa segala tuduhan terhadap beliau adalah palsu. Ini sahaja caranya untuk seluruh rakyat menyokong DS Najib sebagai PM. Janganlah difikirkan ego dan manipulasi lawan dalam membuktikan kebenaran, jika betul DS Najib bersih maka buktikan, mustahil ia tidak boleh dibuktikan. Rakyat mahukan pemimpin yang betul-betul bersih, jika sesiapa yang tidak bersih saya nasihatkan pendamkan sahaja cita-cita ke jawatan PM kerana nanti anda pasti tersungkur semula disebabkan oleh sejarah-sejarah kekotoran diri sendiri. Ini saya tujukan kepada semua pemimpin di Malaysia dan bukan khusus untuk DS Najib sahaja.

PM yang bersih adalah Maha Penting bagi menjamin kejayaan memulihkan kerajaan dan badan-badan di bawahnya terutamanya badan-badan penguatkuasaan. Jika kita boleh mendapat seorang PM yang betul-betul bersih dan bijaksana maka segala kemelut politik dan ekonomi di Malaysia insya Allah akan dapat diselesaikan.

No comments: