tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, July 20, 2008

Hasil Debat : Kerajaan laksana cadangan Anwar















Sila baca petikan daripada akhbar Berita Harian di bawah.

3 Hari selepas Debat antara Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Dato Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan pelan untuk menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Langkah awal yang bijak atau adakah ia terlalu bijak? Adakah kerajaan terlalu bijak sehingga boleh mengumumkan satu pelan yang akan memberi kesan besar kepada kewangan negara dan hanya memerlukan kurang daripada 3 hari untuk melakukan analisa dan kajian terhadap cadangan tersebut. Nampaknya kerajaan kini dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang boleh membuat keputusan yang tepat dalam masa kurang daripada 72 jam. Sudah tentu mereka telah mencongak-congak sebelum mengumumkan penjimatan sebanyak RM1.5billion dengan mengambil masa selama 6 tahun (menjelang tahun 2014), iaitu RM 250juta setahun selepas dibahagikan dengan 6 tahun!

Jika direnungkan inilah puncanya banyak keputusan flip-flop yang dilakukan oleh kerajaan kebelakangan ini. Tiada perancangan yang teliti, semuanya disegerakan kerana mahu memenangi hati rakyat melalui pelan-pelan yang bersifat populis. Adakah betul tindakan tersebut?

Saya telah mengenalpasti sekurang-kurang 3 kesan daripada keputusan tersebut :-

  1. Jika ia betul-betul keputusan yang bijak maka kerajaan akan berjaya menjimatkan perbelanjaan. Tetapi kenapa pakar-pakar ekonomi kerajaan yang bijak itu tidak boleh memikirkan formula tersebut sebelum ia di war-warkan oleh DS Anwar Ibrahim? Dan kenapa selepas diwar-warkan di dalam debat tersebut mereka tergesa-gesa mengumumkan pelan tersebut?
  2. Jika keputusan tersebut silap (kerana tiada kajian mendalam dilakukan), maka kerajaan telah menjerat diri sendiri semata-mata demi membuat satu kenyataan segera yang diharapkan boleh menyenangkan hati rakyat. Kajian teliti adalah penting kerana keputusan flip-flop hanya memberikan imej buruk kepada kerajaan yang akan kelihatan tidak konsisten dalam mebuat keputusan. Atau mungkinkah pakar-pakar ekonomi kerajaan itu sengaja berniat menjatuhkan kredibilti kerajaan Pak Lah; kerana sudah banyak kali keputusan flip-flop dibuat kebelakangan ini terutamanya dalam isu berkaitan harga minyak.
  3. Kerajaan telah secara tidak langsung mengakui kebijaksanaan DS Anwar Ibrahim dan ini melemahkan kerajaan itu sendiri.

Di bawah adalah berita tersebut yang di petik daripada laman web akhbar Berita Harian. Pautan asal http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080718002909/Article/index_html

Dewan Rakyat: Margin tenaga elektrik diturun

Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila

Tindakan bagi jimatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

"Dalam usaha menurunkan margin simpanan, kerajaan bercadang menghentikan operasi stesen janakuasa hidroelektrik yang sudah lama beroperasi iaitu melebihi 20 tahun kerana sumbangannya tidak banyak membantu menghasilkan tenaga elektrik.

"Stesen janakuasa lama seperti di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor antara penyumbang kepada peningkatan margin simpanan yang terpaksa ditanggung berikutan kos operasi di stesen janakuasa itu," katanya di pejabat kementeriannya di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, usaha menghentikan operasi stesen janakuasa yang lama itu boleh dilakukan kerana bekalan tenaga elektrik negara yang menggunakan stesen janakuasa hidro bukan dalam peratusan yang besar.

"Buat masa ini, gas menjadi sumber paling besar yang menyumbang kepa-da bekalan elektrik negara iaitu 60 peratus, mana-kala arang batu 29 peratus dan elektrik daripa-da tenaga hidro antara lapan hingga 10 peratus saja.

"Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.

Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.

"Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan," katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa negeri itu tidak dibekalkan tenaga elektrik yang cukup, Shaziman berkata, ia tidak benar kerana Pulau Pinang adalah antara negeri yang menerima margin simpanan tinggi iaitu 50 peratus.

"Sebanyak tujuh kabel dari Semenanjung disambung ke negeri itu untuk membekalkan tenaga elektrik mencukupi. Itu jelas Pulau Pinang dapat bekalan cukup," katanya.

No comments: