tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, June 29, 2008

Satu lagi konspirasi politik?

Astaghfirullahulazim...

Apa nak jadi dengan Malaysia? Negara digegarkan dengan isu yang sama 10 tahun lepas. Anwar Ibrahim di tuduh meliwat lagi. Kebenarannya Allah sahaja yang tahu. Tetapi dari segi perundangan Islam, ia satu pertuduhan goyah kerana tiada saksi.

Tapi dari segi teori konspirasi, mereka pasti kata,"persetankan semua itu, janji kita terus berkuasa." Andai benar ia konspirasi, Malaysia bukan lagi bumi bertuah, di mana nilai-nilai keIslaman?, di makakah pemimpin Islam kita?

Mengikut perhatian mudah, cari sahaja siapa yang berada di dalam ranking ke jawatan tertinggi kerajaan, orang yang berada di dalam ranking pada tahun 1998 (selain DSAI) dan orang itu juga masih lagi berada di dalam barisan menuju ke kerusi tertinggi dalam kerajaan. Rasanya hanya satu nama yang muncul! Tak perlu saya sebutkan namanya, ia hanya akan mengundang padah buat diri saya. Anda semua bijak dan pasti boleh meneka. Mungkin beliaulah orangnya di sebalik semua konspirasi ini. Mungkin ya dan mungkin tidak!. Mohon Allah tunjukkan kebenaran.

Tentang si pengadu... Saiful Bukhari Azlan

Latar belakangnya amat mencurigakan, jika beliau seorang yang bersih tanpa sebarang fakta yang boleh menyangsikan ramai, mungkin tidak ada orang berkokok mempertikaikan dakwaan beliau. Tetapi jelas kelihatan, anak muda ini baru sahaja 3 bulan berada di kem PKR dan sebelum ini rapat di kem lawan. Mungkin beliau ada cita-cita seperti KJ, dan hari ini beliau menjadi individu paling popular di Malaysia. Saya kira beliau sepatutnya telah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan sebegini.

Secara peribadi, saya ingin mengetahui (dan saya yakin berjuta rakyat Malaysia juga ingin tahu) anak siapakah dia ini? Latar belakang keluarganya, siapakah pak ciknya yang mengiringi beliau ke balai polis membuat laporan. Ramai yang ingin kenal lebih dekat dengan Saiful Bukhari Azlan ini. Tersebar pula gambar-gambar beliau dengan Menteri-menteri kabinet, bukan sebarangan orang senang mendapat peluang sedemikian. Ini semua menambah kesangsian umum terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Mugkin ada kesilapan di pihak PKR kerana tidak meneliti latar belakang beliau sebelum menerima kemasukan beliau ke kem PKR, maka inilah padahnya.
















Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak)









































Tak perlu saya jelaskan lagi siapakah Menteri-Menteri Kabinet di dalam gambar-gambar di atas. Saya harap akan ada komen daripada mereka-mereka yang berada di dalam gambar tersebut agar kita dapat mengenali selebriti instant ini dengan lebih dekat.

Saya menentang keras sebarang ketidak adilan, dan peluang ini harus di ambil oleh pihak polis dan badan kehakiman untuk membersihkan imej mereka yang telah tercalar teruk 10 tahun lepas. Jika ada keikhlasan dalam dua badan utama ini, Insya Allah kita bakal disajikan dengan kebenaran.

Amin

No comments: