tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, August 19, 2008

Jika Anwar Menang…

Sebenarnya banyak lagi isu yang belum diketengahkan oleh blog-blog dan media arus internet seperti Malaysiakini.com. Isunya jika DSAI menang bukan sahaja iklim politik Malaysia akan berubah tetapi banyak lagi isu Nasional lain yang akan turut terkesan olehnya.

Jika DSAI menang… jika DSAI jadi PM, siapa jadi TPM?

Ini adalah satu isu yang sensitive bagi rakyat pelbagai kaum di Malaysia. DSAI sudah pasti memengang jawatan PM tetapi TPM pasti dituntut oleh parti gabungan dalam Pakatan Rakyat. Bolehkah DSAI menepis jika DAP mahukan jawatan TPM? Kenapa tidak PAS? Jika wakil DAP lebih ramai bagaimana hendak memberikan jawatan TPM kepada wakil PAS?

Tetapi walaubagaimana pun, jawatan PM masih dalam genggaman orang Melayu. Bukan ingin membangkitkan sebarang reaksi perkauman tetapi sebagai orang Melayu yang menyokong perubahan, isu seperti ini memerlukan penjelasan daripada DSAI. Ia boleh memberi impak negatif kepada pengundi atas pagar pada 26.8.2008 ini. Kita tidak mahu sejarah politik Singapura berulang di Malaysia. Perlu bagi DSAI menerangkan perancangannya selepas 16 September supaya rakyat tahu kesan daripada keputusan mereka di Permatang Pauh.

Secara peribadi saya menyokong DSAI pada pilihan raya Permatang Pauh bukan kerana taksub kepadanya tetapi kerana mahukan perubahan. BN perlu ingat ramai masih menolak BN kerana faktor Pak Lah, dan undi mereka sudah pasti bukan untuk BN.

Untuk mengelakkan DAP menuntut jawatan TPM jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, sebenarnya Pak Lah yang perlu berkorban. Jika beliau berat hati untuk berkorban untuk negara demi jawatan dan harta, fikirkanlah masa depan anak Melayu. Jika Pak Lah berundur hari ni, BN sudah pasti menang di Permatang Pauh. Orang Melayu tidak perlu risau dengan bukan Melayu menguasai pemerintahan negara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Jika Pak Lah melaungkan Ketuanan Melayu, inilah dia ketuanan Melayu yang perlu diselamatkan. Tidak ada siapa yang boleh menyelamatkan ketuanan Melayu ini sebenarnya melainkan Pak Lah.

Jika DSAI jadi PM, siapa the next PM? Jangan sejarah Singapura berulang di Malaysia!

UMNO dan Pak Lah beriya-iya menjeritkan ketuanan Melayu dengan menyeru rakyat menyokong kerajaan demi menyelamatkan Melayu. Tetapi sebenarnya bukan rakyat yang membuat keputusan tetapi Pak Lah. Jika Pak Lah berundur Melayu yang berpaling ke pembangkang kerana jelak dengan kerajaan Pak Lah akan kembali kepada kerajaan BN. Tetapi disebabkan oleh seorang Melayu yang tidak sanggup berkorban demi semua Melayu di bumi Malaysia ini, jika 16 September ini Melayu dihakis kuasanya dalam kerajaan Malaysia, seorang Melayu yang degil itulah yang akan dipertanggungjawabkan! Jika dia sanggup berkorban jawatannya hari ini, semua itu tidak akan berlaku.

Saya sendiri insya Allah akan kembali ke UMNO JIKA Pak Lah Berundur dan bukan DS Najib menggantikannya. Jika DSAI dituduh tidak layak menjadi PM kerana kes-kes yang belum disahkan kesahihannya maka ramai percaya DS Najib juga berada di dalam tongkang yang sama. UMNO perlu bersih dan suci, dan bukannya diwariskan daripada satu tangan kotor ke tangan kotor yang lain. Jika seorang ketua Melayu ITU tidak sanggup berkorban maka bersedialah untuk dipertanggungjawabkan jika Melayu hilang kuasa 16 September ini!

Buat DSAI, saya doakan kemenangan saudara walaupun jalan di hadapan masih belum jelas. Kerana apa? Cuma ada dua pilihan samada pilih Pak Lah atau pilih DSAI di Permatang Pauh. Memilih BN adalah memilih dan menyokong Pak Lah. Jika pengundi berfikiran sebegini maka saya ucapkan Selamat Jalan Pak Lah! Permatang pauh bukan battle antara Arif Shah dan DSAI, tetapi Pak Lah dan DSAI. Rakyat faham bahawa BN=UMNO=Pak Lah, maka rakyat tiada pilihan kecuali memenangkan DSAI.

Selepas 5 bulan setengah PRU12 berakhir UMNO masih tidak mahu faham kenapa rakyat menolak mereka. Mungkin UMNO sengaja tidak mahu faham kerana tidak sanggup mengorbankan kepentingan diri demi bangsa dan negara. Ingat! Rakyat masih menderita malah lebih menderita daripada sebelum 8 Mac 2008.

Percayalah, jika BN kalah di Permatang Pauh, drama BN selepas 8 Mac akan berulang. Analisis akan dibuat, post mortem dibuat, kajian kekalahan dibuat, tetapi untuk apa jika tiada tindakan diambil selepas itu semua. Hari ini 20 ogos 2008, UMNO masih seperti dulu, tetapi parti gabungannya sudah ada yang mula sedar dan mereka ini bakal menjadi duri dalam daging BN jika UMNO masih rasa ia akan kekal berkuasa buat selama-lamanya.

No comments: