Sila baca email kat bawah tu.. bukti RM menipu rakyat! Kata beli untuk kedai RM di UK tapi kenapa nak kena fitting2 plak kalau nk jual semula baju2 tu. Lepas tu 61 helai baju kena siap dalam masa 2 bulan selepas 2nd fitting. Cukup2 la menipu tu... bukan sorg tapi 27 juta rakyat Msia ditipunya! masih tak nampak lagi ke rakyat2 sekalian?
****************************************
Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.
Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.
"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.
Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.
"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.
source : http://malaysiakini.com/news/188033
No comments:
Post a Comment