Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini lewat malam tadi, Deepak berkata beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan.
"Saya
diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu
beliau kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan
kumpulan itu. Itulah bagi saya – terlibat dalam keseluruhan masalah Bala ini – satu kesilapan.
"Saya tiada kena mengena (untuk terlibat). Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati... Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini," katanya.
Deeepak bagaimanapun enggan menjelaskan identiti kawan wanitanya itu.
Deepak diketahui mempunyai hubungan rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang disifatkannya sebagai seorang "kakak".
Ditanya mengenai kekesalannya itu, Deepak selepas berfikir panjang berkata: "Tidakkah anda akan kesal apabila terlibat dengan sesuatu yang amat keruh, yang melibatkan pembunuhan, yang melibatkan begitu banyak perkara yang amat negatif, tidakkah anda akan mengesalinya? Siapa saja akan mengesalinya".
Usahawan permaidani itu menambah, masalah tersebut memberi "aura negatif" ke atasnya sebagai seorang ahli perniagaan.
source : http://www.malaysiakini.com/news/215278

Perarakan
hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan
bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam
tadi.
Kumpulan
itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan
Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan
Sentul Pasar.
"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya.
Beberapa
kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar
laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000
orang.
Jumlah
itu kemudiannya meningkat kepada 20,000 orang apabila kumpulan
berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman
pada kira-kira jam 5.30 petang.
Para pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur