Dianggarkan 20,000 aktivis berjaya meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
Perarakan
hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan
bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam
tadi.Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.
Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.
"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.
"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.
Kumpulan
itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan
Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan
Sentul Pasar.Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya.
Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat.
"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya. Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.
"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.
Beberapa
kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar
laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000
orang.Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.
Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.
Jumlah
itu kemudiannya meningkat kepada 20,000 orang apabila kumpulan
berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman
pada kira-kira jam 5.30 petang.Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.
Turut dilihat dalam perarakan itu ialah para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.
source : http://www.malaysiakini.com/news/215077

No comments:
Post a Comment