tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, April 10, 2011

A Customs officer replies to Malaysia Today on charges to ex-JB OCPD

Zakaria Chek was involved and so was the then Johor Bharu OCPD, Dato Rahim, who was charged along with a group of around eight police officers who operated from an office in Jalan Meldrum preparing the auction documents. 

********************************************

Hi Pete,

I refer to your article in No Holds Barred entitled ‘About sex and bribery’ and think you got the facts about the Zakaria Chek case on the car smuggling syndicate somewhat wrong.
For you kind information, the Customs Department was not involved in this scam. In fact, much to our exasperation, we were impeded in our investigations.

I was personally involved in the investigation of the case as part of a special task force in 1991. We single-handedly cracked the case after obtaining information from a confidential informant. It was only after we started confiscating the cars -- most of which were Honda Accords -- that the Anti-Corruption Agency (ACA; now MACC) approached us and said that they wanted to take-over the investigation.

We then decided that there would be a joint and parallel investigation together with the ACA and Bukit Aman.

The modus operandi, in a nutshell, was that cars from Singapore (presumably stolen but usually deregistered) would be driven by syndicate members into Johor Bharu through the Causeway. Yes, the cars came from Singapore but it went through as ‘day visits’ and then left on the roadside where police officers, who were colluding with the syndicate, would confiscate them and take them to the police impound warehouse.

After about a month, these cars would be forfeited and then ‘auctioned off’ by the police. The ‘auction’ was fixed so that a Mr Chen (a second-hand car dealer) would successfully bid for the cars. Once the cars were auctioned off, they were then reregistered with the Johor Bharu Road Transport Department and presented with legitimised logbooks.

Zakaria Chek was involved and so was the then Johor Bharu OCPD, Dato Rahim, who was charged along with a group of around eight police officers who operated from an office in Jalan Meldrum preparing the auction documents.

When we called in Mr Chen for investigation and questioning, he even boasted that he would make sure that we would all get transferred out and that we would feel the wrath of the police bearing against us. He was always seen with Zakaria Chek and Dato Rahim and even had a personal police staff stick that he carried around.

Our team even wanted to conduct a raid on the Johor Bahru central police station to secure evidence but was advised not to do so by HQ, as this would be the first time in history where a police station would be raided and this could cause irreparable reputational damage. However, we gathered such convincing evidence that Dato Rahim and a few other officers were convicted. Zakaria Chek escaped prosecution but was then stuffed in ‘cold storage’.

We seized more than 200 cars.

Although I cannot confirm whether this is the retaliation Mr Chen meant, a few months after the case was exposed, Customs officers were harassed at the Causeway by traffic police officers and summoned for even the most minor of traffic offences. Many officers ended up with dozens of traffic summonses. This, however, was resolved later through mediation.

I hope this will help to set some of the records straight.

Customs Deep Throat

Monday, April 4, 2011

Video lucah untuk rakyat!

BN sebenarnya menggali kuburnya sendiri dengan isu video seks DS Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai pemimpin tertinggi BN sendiri tidak tahu menahu tentang video ini sehingga ia muncul kepada umum. Mereka ini seperti biasa akan secara membuta tuli menyokong sahaja apa-apa yang menguntungkan mereka seperti mana yang biasa mereka lakukan di Parlimen ketika sebarang undian dibuat. Maka wakil-wakil rakyat BN ini kelihatan seperti orang yang tiada pendirian atau Pak Turut sahaja dikalangan rakyat yang berakal. Cuma rakyat yang terlalu taksub dan terlalu banyak makan budi BN sahaja yang tidak mampu menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai.

Terbaru, tayangan video lucah di Carcosa seolah-olah tidak menyalahi undang-undang. Mungkin kerana yang menayangkan itu berpengaruh maka tiada tindakan dilakukan. Saya percaya jika saya yang menayangkan video lucah kepada kawan-kawan saya maka sudah tentu saya ditangkap dan didakwa. Pertamanya, kerana memiliki video lucah dan keduanya kerana menayangkannya kepada umum.

Kita biasa membaca di dada akhbar berita serbuan dilakukan di pasar malam dan kompleks membeli-belah untuk menangkap peniaga VCD & DVD lucah. Pelik, kenapa perlu tangkap mereka jika memiliki video lucah bukan satu kesalahan. Bukankah Datuk T melakukan kesalahan yang sama? Serbuan di pasar malam berdasarkan laporan polis ke? Tidak kan? Ia biasanya adalah inisiatif badan-badan kerajaan yang berkaitan dalam menegakkan undang-undang negara.

Sebagai rakyat biasa, yang bukan ahli mana-mana parti politik, saya dan rakan-rakan lebih berminat melihat keadilan ditegakkan mengikut apa yang tertera dalam Rukun Negara kerana salah satu elemennya adalah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Jika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkelulusan Undang-undang pun boleh memilih-milih dalam menegakkan undang-undang bagaimana rakyat nak hormat kerajaan BN? DS Nazri mengatakan tayangan video tersebut di Parlimen perlu mendapatkan kebenaran Speaker. Katanya " "Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang." Pelik, tayang di Carcosa tak melanggar undang-undang ker? Kalau macam tu buat sahaja tayangan kepada Ahli Parlimen di Carcosa sebab berdasarkan pengalaman yang rakyat semua perhatikan Datuk T yang membuat tayangan di Carcosa tidak dikenakan sebarang tindakan pun. Bermakna Carcosa mempunyai imuniti yang melebihi imuniti di Parlimen. Mungkin ramai juga rakyat yang ingin menilai sendiri video tersebut, jadi buatlah tayangan umum video lucah DS Anwar Ibrahim di Carcosa. Sediakan makan minum seperti majlis-majlis rasmi keramaian kerajaan untuk rakyat menjamu selera. Biar rakyat tonton dan nilai sendiri dakwaan yang digembar-gemburkan oleh BN bahawa dalam video itu adalah DS Anwar. Jika rakyat percaya maka BN akan menang besar dalam PRU 13 yang akan datang. Jadi yang untung adalah BN. Maka saya rasa eloklah diberi tonton kepada rakyat marhain video ini, lagipun menanyang video lucah terpilih tidak menyalahi undang-undang Malaysia. Mungkin ia elok dicetak dan dijual di pasar raya besar dengan harga diskaun tanpa perlu ditapis oleh Finas terlebih dahulu.

Ingat! Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 mengatakan :


Tiada seorang pun boleh:

1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau
2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya


Kami rakyat Malaysia berharap agar kebenaran akan Allah tunjukkan, jika benar DS Anwar bersalah moga Allh tunjukkan dan jika benar DS Anwar difitnah maka moga Allah tunjukkan. Kami tidak mahu kerana nila setitik rosak negara kita yang tercinta. Jangan sampai turunnya bala Allah baru kita nak terjaga. Nauzubillah!.

Renung-renungkan!

Friday, April 1, 2011

IGP: Pakar sah video seks tulen

Tepat seperti yang dijangka, video lucah DS Anwar Ibrahim disahkan tulen. Video jer tulen, tapi pelakonnya tak dapat dibuktikan lagi pun betul-betul DS Anwar Ibrahim!

***************************************************

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan. 

NONE
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Mengenai perkembangan virus Adenovirus, Ismail berkata setakat ini hanya seorang pelatih Pulapol yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pelatih wanita itu berada dalam keadaan tidak serius dan kini ditempatkan di wad biasa, manakala enam lagi menjalani pengasingan," katanya.

"Keadaan di Pulapol normal, tidak lama lagi latihan asas inspektor dan konstabel akan diteruskan. Saya telah meninjau langkah yang telah diambil oleh pihak komandan Pulapol untuk menentukan persekitaran di pusat itu adalah bersih," katanya.

Justeru itu, beliau meminta pihak Pulapol supaya mengatur satu aktivitigotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu.

Setakat ini, seramai tiga pelatih pusat tersebut maut akibat virus itu dan yang terbaru membabitkan pelatih konstabel, Mohammad Siman, 23, yang meninggal dunia pada 11.30 malam, Rabu lalu, selepas menerima rawatan selama hampir sebulan di HKL.

source : http://malaysiakini.com/news/160292

Monday, March 28, 2011

Tak perlu buktikan ketulenan video lucah Anwar Ibrahim

Yang mana lebih penting, membuktikan bahawa video lucah Anwar Ibrahim itu adalah tulen dan tidak disunting ataupun membuktikan bahawa pelakonnya adalah benar-benar Anwar Ibrahim?

Media arus perdana rata-rata memperdebatkan ketulenan video tersebut. Pada pendapat saya, mereka ini akan dapat membuktikan bahawa video tersebut tulen. Semalam saya membaca bahawa polis mungkin akan memanggil pengarah filem terkenal, Yusri KRU untuk membantu membuktikan video tersebut tulen. Memang tidak ada masalah dalam membuktikan ketulenan video tersebut tetapi ketulenan video tersebut tidak membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bersalah. Ini ada kerana mereka hanya membuktikan bahawa video tersebut adalah original tetapi tidak dapat membuktikan bahawa pelakonnya adalah DS Anwar Ibrahim.

Kita semua menonton CSI dan macam-macam lagi fiksyen Barat di mana kita boleh melihat teknologi terkini digunakan untuk membuat topeng muka seperti juga yang dipakai oleh Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Mencipta topeng muka getah yang boleh diacu dengan muka sesiapa pun bukan lagi sesuatu yang sukar, asal ada duit semua boleh jadi.

Berdasarkan kepada fakta-fata dibawah sepertimana yang di utara kan oleh mereka yang telah menonton video lucah tersebut saya 200% percaya video tersebut adalah tulen tetapi pelakonnya adalah palsu! Pelakonnya bukan Anwar Ibrahim! Tetapi biarkanlah mereka seronok dapat membuktikan bahawa video tersebut tulen kerana video lucah ini telah berjaya menyatukan semula penyokong-penyokong DS Anwar Ibrahim yang telah mula goyah oleh kes liwat yang berlangsung di mahkamah.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:


1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.


2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.


Nasihat saya, setiap apa yang anda baca di media arus perdana jangan diterima bulat-bulat sebaiknya buat carian maklumat di internet, bukannya susah google jer semua akan terpapar. Nilai berita tersebut daripada pandangnan kedua-dua belah pihak, kemudian tetapkan pendirian anda.

Kepada mereka yang telah menonton video lucah tersebut dan juga kepada mereka yang mencari-cari video tersebut lupakan sahaja niat untuk menonton kerana hukumnya haram di sisi Islam. Ikut jejak DS Wan Azizah yang yakin dan berpegang kepada ajaran Islam. Tak perlu ditonton kerana jika Datuk T itu seorang yang hina akhlaknya maka jika kita mengikut rentaknya dan menonton video lucah tersebut maka kita juga akan menjadi sama taraf dengannya.


Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.

Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Che’GuBard : Saya Yakin Dalam Video Itu Bukan Anwar



Kenyataan Media

24 Mac 2011

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali.

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.
Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

Saya telah ‘berpura’ yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

Video tersebut mungkin saja asli, itu tidak penting tetapi yang saya pasti pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik ‘selak kain’ yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya ‘isu selak kain’ dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi. Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusof Noor ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan cukup besar. Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab !

Perdana Menteri selaku presiden Umno harus juga tampil memberikan penjelasan kerana jelas ini permainan politik yang kotor ke arah untuk menyelamatkan Umno menjelang Pilihanraya yang hampir.

Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Below is another letter from Mat Zain bin Ibrahim, SAC II G/5776(Retired), on the roles of Ghani Patail in Anwar Ibrahim & Rahim Thamby Chik's case which was not told to the public before. Pls read it and judge it yourself! This letter should be published globally so that the truth surface.

************************************************

Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,
 
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.


Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011

source : http://anwaribrahimblog.com/2011/03/28/video-lucahsurat-terbuka-kepada-ketua-polis-negara/#more-15098

Sunday, March 27, 2011

Eskay didakwa kata 'buat sampai Anwar jatuh'

http://media1.malaysiakini.com/344/020aa63e2c5ae2b7bbedd3c7e8817896.jpg
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'.

NONE“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay.
Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.
Panggilan telefon

Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.
Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.
Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku.

Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.

"Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay).

azlan“Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik,” katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini.

“Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak).

Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan.

azlan"Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar.

“Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar,” katanya.

source : http://malaysiakini.com/news/159768

Baja satukan 'Datuk T', kata pengawal peribadi

Seorang bekas pengawal peribadi kepada allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendakwa 'baja' menyatukan ketiga-tiga individu yang menamakan kumpulan mereka 'Datuk T'. Kumpulan itu juga mengaku bertanggung jawab di sebalik tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

NONEMohamad Mahti Abdul Rahim (kanan), 53, dalam penjelasannya berkata ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memiliki kilang baja, Aman Agroprenuers Sdn Bhd, di Naka, Kedah dan cuba mendapatkan tender bagi membekalkan baja kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.

Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay.

NONEWalaupun Mahthi membenarkan Malaysiakini melihat kedua-dua belah kad perniagaan itu, beliau tidak membenarkan kami merakamkan gambar pada sebelah satu lagi bagi melindungi identiti beberapa individu.

Menurut Mahti beliau mengetahu perhubungan Eskay dengan Risda apabila pada Januari diminta melobi kepada pegawai atasan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Dakwanya lagi, Eskay cuba mendapatkan kontrak bagi membekalkan bajanya kepada Felcra tetapi beliau kurang senang dan menarik diri.

"Dia beri saya RM500 untuk perbelanjaan saya. Pengurus dia ada berjumpa tentang baja ini.

NONE"Dia kata jika dapat jual ini bahagian-bahagian yang akan dia bagi pada pegawai Felcra... Bila saya kaji semula ini satu rasuah jadi saya tak setuju dengan apa yang dikemukakan. Saya sms katakan lupakan saja," kata Mahti.


Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi pengawal peribadi itu juga mendakwa beliau memperkenalkan Eskay, yang ketika itu seorang ahli pysioterapi kepada adik-beradik Sidek dalam pasukan badminton negara kepada bossnya ketika itu, Megat Junid pada 1996 apabila beliau memerlukan rawatan terapi.

Berikutan itu, Megat Junid memperkenalkan Eskay kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan rawatan terapi setelah mengalami kecederaan akibat jatuh dari kuda.

anwar ibrahim and mahathir and the half scenic crooked bridge"Masa itu lah dia kenal dengan (mereka semua). Dia selalu kata Mahathir anggap dia sebagai anak dan Anwar tu abang dia.

"Memang betul yang dia selalu datang ke rumah Megat Junid. Dia kata Megat Junid pun macam ayah dia. Tapi (apabila) Megat Junid sakit selama setahun dia tak datang jenguk sekali pun.

“Ini amat menyedihkan saya," kata Mahti yang berkhidmat kepada timbalan menteri dalam negeri itu selama 16 tahun.

“Sama ada video itu tulen atau tidak, saya tak tahu. Tetapi apa yang berlaku adalah blackmail.”

azlanMahti juga ada memberi keterangan bagi Eskay dalam saman ahli perniagaan itu ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang didakwa melanggar perjanjian kontrak.

Eskay sedang menyaman Merong Mahawangsa untuk RM20 juta yang didakwa hutang syarikat itu kepadanya kerana bantuan melobi pegawi kerajaan bagi mendapatkan projek 'jambatan bengkok'.

source : http://malaysiakini.com/news/159721

Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok

Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

NONEMahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.
Tambak Johor

"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).
NONENamun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.