tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, April 4, 2011

Video lucah untuk rakyat!

BN sebenarnya menggali kuburnya sendiri dengan isu video seks DS Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai pemimpin tertinggi BN sendiri tidak tahu menahu tentang video ini sehingga ia muncul kepada umum. Mereka ini seperti biasa akan secara membuta tuli menyokong sahaja apa-apa yang menguntungkan mereka seperti mana yang biasa mereka lakukan di Parlimen ketika sebarang undian dibuat. Maka wakil-wakil rakyat BN ini kelihatan seperti orang yang tiada pendirian atau Pak Turut sahaja dikalangan rakyat yang berakal. Cuma rakyat yang terlalu taksub dan terlalu banyak makan budi BN sahaja yang tidak mampu menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai.

Terbaru, tayangan video lucah di Carcosa seolah-olah tidak menyalahi undang-undang. Mungkin kerana yang menayangkan itu berpengaruh maka tiada tindakan dilakukan. Saya percaya jika saya yang menayangkan video lucah kepada kawan-kawan saya maka sudah tentu saya ditangkap dan didakwa. Pertamanya, kerana memiliki video lucah dan keduanya kerana menayangkannya kepada umum.

Kita biasa membaca di dada akhbar berita serbuan dilakukan di pasar malam dan kompleks membeli-belah untuk menangkap peniaga VCD & DVD lucah. Pelik, kenapa perlu tangkap mereka jika memiliki video lucah bukan satu kesalahan. Bukankah Datuk T melakukan kesalahan yang sama? Serbuan di pasar malam berdasarkan laporan polis ke? Tidak kan? Ia biasanya adalah inisiatif badan-badan kerajaan yang berkaitan dalam menegakkan undang-undang negara.

Sebagai rakyat biasa, yang bukan ahli mana-mana parti politik, saya dan rakan-rakan lebih berminat melihat keadilan ditegakkan mengikut apa yang tertera dalam Rukun Negara kerana salah satu elemennya adalah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Jika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkelulusan Undang-undang pun boleh memilih-milih dalam menegakkan undang-undang bagaimana rakyat nak hormat kerajaan BN? DS Nazri mengatakan tayangan video tersebut di Parlimen perlu mendapatkan kebenaran Speaker. Katanya " "Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang." Pelik, tayang di Carcosa tak melanggar undang-undang ker? Kalau macam tu buat sahaja tayangan kepada Ahli Parlimen di Carcosa sebab berdasarkan pengalaman yang rakyat semua perhatikan Datuk T yang membuat tayangan di Carcosa tidak dikenakan sebarang tindakan pun. Bermakna Carcosa mempunyai imuniti yang melebihi imuniti di Parlimen. Mungkin ramai juga rakyat yang ingin menilai sendiri video tersebut, jadi buatlah tayangan umum video lucah DS Anwar Ibrahim di Carcosa. Sediakan makan minum seperti majlis-majlis rasmi keramaian kerajaan untuk rakyat menjamu selera. Biar rakyat tonton dan nilai sendiri dakwaan yang digembar-gemburkan oleh BN bahawa dalam video itu adalah DS Anwar. Jika rakyat percaya maka BN akan menang besar dalam PRU 13 yang akan datang. Jadi yang untung adalah BN. Maka saya rasa eloklah diberi tonton kepada rakyat marhain video ini, lagipun menanyang video lucah terpilih tidak menyalahi undang-undang Malaysia. Mungkin ia elok dicetak dan dijual di pasar raya besar dengan harga diskaun tanpa perlu ditapis oleh Finas terlebih dahulu.

Ingat! Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 mengatakan :


Tiada seorang pun boleh:

1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau
2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya


Kami rakyat Malaysia berharap agar kebenaran akan Allah tunjukkan, jika benar DS Anwar bersalah moga Allh tunjukkan dan jika benar DS Anwar difitnah maka moga Allah tunjukkan. Kami tidak mahu kerana nila setitik rosak negara kita yang tercinta. Jangan sampai turunnya bala Allah baru kita nak terjaga. Nauzubillah!.

Renung-renungkan!

No comments: