tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, April 26, 2011

Pakatan Rakyat perlu berSATU!



Bukan 1Malaysia yang ingin saya perkatakan tapi 1PR iaitu tentang Pakatan Rakyat yang masih lagi belum mampu bersatu sepenuhnya!

Di saat kita sibuk melaungkan bantahan ke atas usaha DS Najib mewujudkan 1Malaysia, kita lupa bahawa PR sebenarnya masih belum berSATU. Zahirnya DAP, PAS & PKR kelihatan macam sudah bersatu di bawah payung PR tapi batinnya masih belum bersatu. Sedarkah kita? Kita sebenarnya dibutakan oleh istilah gabungan PR yang pada hakikatnya belum pun bergabung.

Apa yang menggerakkan saya untuk berkata begiini adalah daripada pemerhatian saya terhadap feedback pengundi di PRN Sarawak. DAP menang besar, PKR boleh tahan tapi PAS lingkup. Kenapa? Walhal PAS juga sebahagian daripada PR.

Sedarkah kita bahawa telah tiba masanya untuk PR bertanding dengan 1 logo sahaja bukannya lagi 3 logo berasingan. 1 logo iaitu logo gabungan PR! Kenapa? Kerana ada pengundi yang masih tidak melihat PAS sebagai PR tetapi melihat PAS sebagai PAS. Di semenanjung PAS telah boleh diterima oleh bukan Islam dan nampak jelas PAS adalah sebahagian daripada roh PR. Tetapi di Sarawak lambang Bulan tidak dapat dilihat dengan jelas sebagai mewakili PR kerana bila ternampak Bulan, perkara pertama yang akan terlintas diminda pengundi adalah sebuah parti Islam yang ekstrim. Itulah yang digambarkan oleh media arus perdana kepada pengundi-pengundi. Sanggupkah pengundi yang majoritinya bukan Islam mengambil risiko untuk memangkah Bulan berbanding Dacing?(walaupun dacing tersebut berat sebelah).











Jika PR ingin melihat agenda besarnya berjaya, maka sesuatu perlu dilakukan segera agar PR boleh berjaya pada PRU 13 nanti. Kenapa DS Anwar, Lim Kit Siang dan Hj Hadi belum bersedia mengambil langkah-langkah untuk membolehkan PR bertanding atas 1 logo gabungan PR adalah di luar capaian minda saya. Adakah mereka sendiri tidak yakin yang PR mampu kekal lama? Agenda Pakatan Rakyat adalah agenda untuk rakyat dan untuk negara kita Malaysia. Maka tidak ada satu perkara pun yang boleh menghalang PR daripada meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai yang paling utama dan perlu menolak ke tepi kepentingan peribadi. Di sebabkan PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa, sempatkah lagi untuk PR bertindak jika hari ini PR masih teragak-agak?

Untuk ke Putrajaya, PR perlu menang besar di Sarawak dan Sabah semasa PRU 13 nanti. Mampukah PR menang jika persepsi rakyat di sana masih tidak dapat melihat PR sebagai SATU kerana mereka masih  melihat lambang Roket, Bulan dan Mata di kertas-kertas undi. Ini sepatutnya menjadi agenda jangka pendek PR yang terpenting dan PR mesti bertindak sekarang atau PR akan tidak sempat untuk merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti. Waktu sudah singkat, Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja. Lebih memeritkan lagi jika kerajaan BN sengaja melengahkan proses pendaftaran gabungan dengan pelbagai karenah birokrasi yang kita semua sedia maklum.

Kepada yang berkuasa, kami tahu anda sengaja dipalitkan dengan pelbagai kes dan tohmahan supaya dapat mengganggu fokus pemimpin-pemimpin dalam merapatkan saf PR. Tapi percayalah rakyat akan sedaya upaya membantu andai jalan yang jelas dapat diperlihatkan. Jentera sepatutnya telah lama bermula dan sayap-sayap sepatutnya telahpun mahir untuk terbang bukan lagi masa untuk berlatih tetapi masa untuk berperang. Bukan perang secara fizikal tetapi perang minda dan akal untuk menakluki minda-minda yang tercemar dan sesat akibat fitnah media arus perdana.

Bagaimana nak Ubah Sekarang jika kaki dan tangan masih belum mula bergerak?

No comments: