tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, September 9, 2008

malaysiakini.com : Anwar hadir di Mahkamah Sesyen KL

9.20 pagi - DSAI bergerak keluar dari kawasan Bukit Segambut menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9.25 pagi - Tiba di mahkamah dengan kawalan yang sangat ketat disediakan oleh pihak keselamatan.

9.31 pagi - Bergerak menuju ke kamar mahkamah Seksyen Jenayah 1. Hanya ahli keluarga dan peguam sahaja dibenarkan masuk.

10.16 pagi - Pihak pendakwa memohon untuk kes dipindahkan ke mahkamah tinggi. Peguam DSAI akan membantah permohonan ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 9.30 ini untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.

Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini dan kemungkinan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar itu.

No comments: