tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, September 15, 2008

Malaysiakini.com :Sidang media Anwar 2 petang

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berura-ura merancang membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat, memanggil satu sidang media hari ini.

Sidang media jam 2 petang itu diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Beliau dijangka mengumumkan "pendiriannya" berhubung usahanya memujuk lebih 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat sejak beberapa bulan lalu.

Pembentukan kerajaan baru dijadualkan bermula hari ini.

Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat untuk bertemu Perdana Menteri datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu kerajaan baru.

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."

"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.

"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk hampir 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

"Esok kita akan umumkan pendirian kita."

No comments: