tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Sunday, August 23, 2009

Sabahkini : MICHAEL CHIA BOLEH PAKAI DULU, BAYAR KEMUDIAN?

PENDEDAHAN yang dibuat sabahkini.net berhubung isu pembalakan di tanah tinggi melebih 25 darjah di Hutan Simpan Komersil Kelas II Kuamut mendapat respon positif daripada kalangan pembaca Sabahkini.Net yang menghantar pelbagai dokumen dan makluman lanjut untuk dikongsi bersama.

Krew Sabahkini.Net di Kinabatangan Sandakan, telah menerima salinan pelan yang dikirimkan daripada Jabatan Perhutanan Sabah tanpa nama pengirim yang menunjukkan kawasan tanah tinggi yang diharamkan sebarang kegiatan pembalakan menurut Enakmen Perhutanan Sabah namun dinyatakan telah dikeluarkan lesen pembalakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah, kononnya atas arahan Ketua Menteri Sabah.
 
 
 
 
 
Sebentar tadi Editor Sabahkini.Net menerima panggilan daripada telefon awam yang memberitahu bahawa penduduk Kuamut mendesak Perdana Menteri Malaysia campurtangan untuk membatalkan pembalakan di kawasan cerun tinggi yang diluluskan kepada Danagaya Sdn.Bhd untuk khazanah alam di masa akan datang.

"Kita minta Perdana Menteri mengarahkan Pusat Remote Sensing Negara memantau dan Kerajaan Negeri menghentikan pembalakan di kawasan curam di Tanah Tinggi Hutan Simpan Kuamut kerana kawasan tersebut kaya dengan bio-diversiti," ujar seorang lelaki yang menamakan dirinya sebagai Mike Twain.

Menurut Mike, beliau telah menulis surat bantahan kepada Ketua Menteri Sabah dan Pengarah Perhutanan Sabah, namun tidak mendapat jawapan sejak setahun lalu dan mengharapkan agar Sabahkini.Net dapat menyiarkan kenyataannya.

Sepucuk surat daripada Yayasan Sabah bertarikh 18 Ogos 2009 bil: FD/KK/4.06/DNG/Vol 2/10 menarik minat Sabahkini.net kerana sekaligus membongkar misteri di sebalik enigma bahawa konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Sabapioneer Sdn.Bhd juga milik MIchael Chia tetapi kemudiannya diserahkan kepada Danagaya Sdn.Bhd juga milik Michael Chia untuk mengaburi mata pembalak lain.
 
 
 
Danagaya yang hanya mempunyai modal berbayar RM100 dan syarikat 'Dormant' mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) namun diminta menambah jumlah jaminan bank daripada RM500,000 kepada RM1 Juta.

Surat ini mendedahkan bahawa Danagaya telah membalak terlebih dahulu sebelum lesen dikeluarkan kerana MASIH BERHUTANG dengan Rakyat Berjaya kerana Perjanjian awal yang ditandatangani pada 29 Mei 2007, namun sehingga hari ini Jaminan Bank berkenaan belum diberikan kepada Yayasan Sabah.

Amalan 'Pakai Dulu, Bayar Kemudian' khabarnya telah menjadi amalan di Yayasan Sabah sejak Mac  2003, namun Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mengesan amalan ini yang menjadi punca rasuah berleluasa di Yayasan Sabah.

************************************************************************************************

Nampaknya semakin hari semakin banyak bukti kronisme didedahkan berlaku di Sarawak dan Sabah. Wang rakyat digunakan untuk mengkayakan pemimpin. Apa gunanya bayar cukai jika kutipan itu masuk ke poket pemimpin dan kroni. Jika dijumlahkan daripada awal merdeka mahu rasanya jumlahnya menyamai KDNK Malaysia.

Kekayaan hanya sementara, kuasa hanya sementara, sanggupkah anda dipenjara, dan hilang segala-galanya hanya kerana ketamakan dunia?

No comments: