tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Wednesday, January 12, 2011

Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

Memanglah betul kata Najib beliau tak nampak apa-apa hasil daripada debat ini, itupun kalau beliau gagal menangkis point-point Anwar. Tapi kalau beliau berjaya mencantas point-point Anwar maka ada la hasilnya kepada BN. Hasilnya adalah Najib berjaya meyakinkan rakyat yang apa yang Anwar kata tu tak betul dan ini akan menambahkan sokongan rakyat kepada BN. Tapi kalau belum berjuang dah mengaku kalah maknanya Anwar dah menang 1-0! Aduh takkan tu pun tak bleh pikir Jib!
Tak faham la aku minda pemimpin Malaysia ni, layak ke diorg ni memimpin negara kalau tak cukup ilmu di dada? Wallahualam

*******************************************
 
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama
 
source : http://malaysiakini.com/news/153230

No comments: