Ni lah contoh pemimpin cakap putar alam. kantoi Dr Khir Toyo menipu rakyat. Kalau dah kena tarik tu mengaku je la takyah la cakap sukarela serahkan gelaran. Baguslah dah kantoi. Baru rakyat tahu siapa Dr Khir sebenarnya. Sebagai rakyat sekali tertipu selama-lamanya aku tak percaya dah cakap si Khir ni.
Khusrin pulak mengambil kredit dari isu ini dengan mengumumkan bahawa Khir menipu. Taktau la nak ambil hati penyokong Pakatan Rakyat atau beliau diarahkan membuat kenyataan itu oleh musuh-musuh Khir Toyo dalam BN yang mahukan masa depan politik Khir Toyo ditamatkan.
wallahualam.
*************************************************

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.
Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.
Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.
“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.
Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.
Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.
source: http://malaysiakini.com/news/153288
No comments:
Post a Comment