Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua juga mahu penjelasan mengenai peningkatan kos sebanyak 134 peratus dan menuntut jawapan sama ada ia selaras dengan Program Transformasi (GTP) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.“PEMANDU mesti menuntut Pejabat Perdana Menteri mendedahkan semua butiran termasuk syarat konsesi dalam menganugerakan kontrak kepada Europlus, khususnya kerana ia dibuat menerusi rundingan langsung.
“Sudah lebih dari lima hari sejak pengumuman dibuat oleh Europlus di Bursa Malaysia, tetapi kerajaan masih enggan memberi penerangan tentang projek itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Pua, konsesi lebuh raya selama 60 tahun untuk Europlus seperti melangkau janji-janji GTP, terutamanya dengan peningkatan kos dari RM3.02 bilion dan lanjutan tempoh konsesi 27 tahun dari asalnya 33 tahun yang ditandatangani pada tahun 2007.
Beliau yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara berkata, sedangkan melalui GTP, kerajaan berjanji untuk “mengurangkan ketirisan dana yang diperuntukkan untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dan memastikan ketelusan dalam penganugerahan kontrak.”Bagaimana pun, katanya, projek pembinaan lebuh raya itu nampaknya meragukan dalam banyak segi.
“Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan GTP yang menjanjikan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, PEMANDU mesti memastikan pisang tidak berbuah dua kali seperti perjanjian-perjanjian penswastaan sebelum ini oleh kerajaan BN.
“Adakah Koh Tsu Koon berani untuk menuntut agar projek lebuh raya itu digantung sementara menunggu kajian semula untuk memastikan bahawa Malaysia pulih dari calar-calar ketelusan seperti laporan oleh Transparency International?
“Atau adakah Koh Tsu Koon menjadi pengecut dan mahu lari dari tanggungjawabnya sebagai pengerusi Pemandu?” soal beliau.
source : http://malaysiakini.com/news/187894

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.
Justeru, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor mencadangkan supaya gaji mereka - secara kolektif berjumlah RM215,000 dikurangkan sebanyak dua pertiga kepada kira-kira RM71,000 sebulan.
Berhubung skandal dan pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan Rakyat, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.


