tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, May 14, 2012

Najib disambut laungan 'Bersih' di London


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.


Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.

source : http://malaysiakini.com/news/197944

*************************************************
Anda tak tahu apa dia 8 tuntutan BERSIH3.0? 
Tuntutan ini sama seperti tuntutan BERSIH2.0, (yang dituduh menyokong komunis), dan kini BERSIH3.0 dituduh menyokong Lesbian,Gay, Biseksual & Transeksual (LGBT) hanya kerana Ambiga hadir ke majlis LBGT atas kapisiti individu (bukan sebagai wakil BERSIH ke majlis tersebut). Malangnya takde pun dalam 8 tuntutan BERSIH tersebut. Ianya hanya mainan pihak media supaya rakyat takut untuk bersuara. Kenapa? Siapa yg takut? Apa yang ditakutkannya kalau rakyat cuma minta 8 perkara di bawah sahaja. Anda fikirlah sendiri?
Adakah 8 perkara di bawah ini ancaman kepada negara?



1 comment:

ef.ae said...

His plan got fired back. Hehehe