tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, June 11, 2012

DAP tidak akan rebut jawatan PM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2sZCsafDUsjkY1cV-u5f3M5oz2NrdjmMbgfFBkA65CHjeK8F8VPmE3UylQ8Ze3AaQPBQ_zh3WtMOxrUuhQ68wjnlvKUkN_cZZEiyZSOd13GkAhaZYoAWN8tJIEmtWGQDNzGsBN6KtT8OL/s400/564.jpg
(Sinar Harian) - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

No comments: