tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, June 4, 2012

Utusan Msia kata Nizar tuduh Sultan Johor guna wang rakyat beli WWW1

BACA petikan (screenshot) laporan berita Utusan Online di bawah ini baik-baik. Lihat bagaimana Utusan Syaitan tanpa rasa bersalah membuat cerita bohong.

Utusan mendakwa kononnya bekas MB Perak melalui akaun twitter miliknya menuduh Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat untuk membida nombor plat WWW 1.

Mohamad Nizar menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan komen, Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000 [Utusan]




Sekarang cuba lihat
ulasan sebenar yang dikeluarkan oleh Nizar menerusi laman twitter milik beliau. Beliau langsung tidak menuduh Sultan Johor menyalahguna wang rakyat.



Rujuk: [Twitter], [Twitter] dan [Twitter].

Nizar sebagai rakyat biasa mempertikai pembelian nombor plat yang begitu mahal oleh sultan, namun beliau langsung tidak menuduh sultan menyalahguna wang rakyat.

Utusan pula menokok tambah cerita untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Hasilnya Nizar telah dikecam hebat oleh penyokong Umno Johor yang percaya dengan fitnah Utusan ini.

Malah ada yang mengharamkan beliau daripada menjejakkan kaki ke Negeri Johor. Fitnah Utusan ini dilihat telah mengakibatkan pelbagai masaalah dan kerugian kepada Nizar.

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/sultan-salah-guna-wang-rakyat-nizar.html#ixzz1wsLMcpz0

No comments: