tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Monday, September 3, 2012

Dewan Perniagaan Melayu tegur Najib isu tender MRT














Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap projek MRT yang disifatkan meminggirkan usahawan bernaung bawahnya dan dianugerahkan kepada kontraktor yang tidak layak.

NONE"MRT (yang bernilai) RM36 bilion kita (kontraktor DPMM) tak dapat langsung.

"Orang yang dapat pula luar biasa. Gagal buat kereta api, diberi lagi projek MRT," kata presidennya Datuk Syed Ali Alattas pada sidang media selepas Forum Meja Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Jadi semua perkara ini kita minta pada PM jangan banyak sangat buat perkara pelik-pelik.

"Nanti generasi akan datang akan marah kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Syed Ali berbeza dengan kenyataan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang pernah menyatakan 47 peratus daripada projek MRT itu ditawarkan kepada bumiputera - jauh melebihi sasaran awal sebanyak 43 peratus sahaja. 

Sementara itu, Syed Ali turut menggesa kerajaan agar terus mengekalkan pegangan utama kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri strategik seperti utiliti.
Beliau turut menggesa agar kerajaan mengambil alih kembali agensi kerajaan yang telah diswastakan dan bermasalah dari segi pengurusan.

"UDA (contohnya) sekarang di Khazanah sebagai entiti korporat. UDA patut kembali semula sebagai satu agensi di bawah kerajaan," katanya.  

Beliau turut menggesa agar kerajaan mempertimbang untuk menawarkan GLC yang tidak melibatkan kepentingan orang ramai seperti syarikat penerbitan negara, diambil alih oleh usahawan-usahawan DPMM.
source : http://www.malaysiakini.com/news/207816

No comments: