Angota
jawatankuasa pemandu BERSIH Andrew Khoo berkata mereka mendapati
laporan muka depan bertarikh 21 September itu menimbulkan banyak tuduhan
palsu ke atas badan berkenaan dan juga aktiviti yang dijalankannya.Badan berkenaan sebelum ini telahpun mengumumkan untuk mengemukakan sama ke atas NST sekiranya tidak menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf.
Khoo yang memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, tuntutan bertulisnya kepada NST untuk menarik balik laporan itu tidak diendahkan dan akhbar itu juga tidak menyiarkan kenyataan balas BERSIH bagi menjelaskan tuduhan tersebut.
source : http://www.malaysiakini.com/news/220922
No comments:
Post a Comment