tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Friday, January 25, 2013

Dua menteri, MB dan KM dilapor gagal ujian SPRM

Beberapa pemimpin utama BN dilapor gagal dalam ujian tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik sumber sebagai berkata individu yang terlibat termasuk dua menteri pusat, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menyebut parti yang diwakili mereka, tetapi hanya parti komponen BN yang telah menyerahkan nama calon yang berpotensi kepada SPRM.

Pakatan Rakyat pula menolak cadangan tersebut, kerana tidak mempercayai suruhanjaya tersebut.

Laporan itu menyebut, perkembangan terbaru itu disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon dan berikutan itu beberapa nama-nama besar telah gagal dalam saringan.

Laporan itu juga menyebut antara sebab kegagalan mereka dalam tapisan itu kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Tiada penjelasan spesifik berhubung perkara itu.

source : http://www.malaysiakini.com/news/219949

No comments: