tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Tuesday, January 15, 2013

Surat daripada PM

Pengundi di Selangor sudah mula menerima surat ucapan Selamat Tahun Baru 2013 & sekeping kalendar poket versi BN di dalam peti surat mereka. Saya menerimanya semalam dan amat terharu dengan keinsafan yg dinyatakan dan janji-janji untuk perubahan yg diutarakan di dalam surat tersebut. Pastinya ramai Pak Cik- Pak Cik dan Mak Cik- Mak Cik yg menitiskan air mata kesyahduan penuh keinsafan semasa membaca surat tersebut.

Tetapi kami yang tinggal di Selangor tahu berita yg disensasikan di akhbar-akhbar dan media massa arus perdana tentang keburukan pentadbiran Kerajaan PR Selangor lebih banyak tohmahan daripada kebenaran. Penduduk luar Selangor mungkin boleh ditipu kerana mereka tak tinggal di Selangor. Bagi kami rakyat Selangor kami tahu MB kami tak ambil jam tangan bernilai lebih RM100,000 sebagai cenderahati daripada PKNS seperti amalan yang lepas, MB kami prihatinkan kebajikan rakyat, kami tak perlu bayar bil air sejak tahun 2008 jika isi rumah kami cuma 3 org dan bermacam2 lagi keindahan yang tak dpt Kerajaan Negeri Selangor di bawah BN berikan sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan. Dulu kami nampak ramai pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mewah-mewah, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin. Sekarang pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berebut-rebut untuk dapatkan gelaran Datuk seperti yang direbutkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang lepas.

Saya kongsikan surat daripada PM tercinta untuk tatapan seluruh rkyt 1Malaysia.

 Click Image to enlarge


No comments: