tagline

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG BUT A BLOG FOR A BETTER MALAYSIA!

Thursday, January 17, 2013

Anwar, KJ capai persetujuan selesai kes saman fitnah

Kes saman fitnah RM100 juta yang difail Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Khairy Jamaluddin pada 7 September 2007 diselesaikan hari ini selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Penghakiman persetujuan berkenaan direkodkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selepas Khairy mengubah pendirian dan menyatakan bahawa beliau tidak menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat serta boneka Amerika Syarikat dan Yahudi.

Peguam Anwar, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa perkara tersebut ditamatkan dan diselesaikan memandangkan defendan berkata beliau tidak mengucapkan kata-kata tersebut.

Hakim Datuk Su Geok Yiam kemudiannya meminta Anwar dan Khairy untuk mengesahkan persetujuan tersebut, yang diakui kedua-duanya.

Hakim Su mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak atas persetujuan tersebut dan merekodkan penghakimannya.

"Ini akan menjimatkan masa mahkamah untu mengusahakan kes lain," katanya.

Khairy ketika ditemui selepas prosiding tersebut berkata perkara itu diselesaikan di luar mahkamah "dan kita boleh kembali kepada kerja sebenar".

Ditanya sama ada beliau kini menafikan mengenai pengucapan kata-kata tersebut ke atas Anwar, MP Rembau itu berkata ia adalah berdasarkan kenyataan penyelesaian.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Anwar berkata persetujuan itu bermakna Khairy menarik balik kata-kata tersebut.

Katanya, plaintif telahpun mengemukakan bukti dalam laporan The Star dan juga transkrip yang diserahkan oleh peguam Khairy kepada mereka.

Anwar berkata, bukti berkenaan menunjukkan bahawa kata-kata tersebut sememangnya diucapkan oleh Khairy dalam majlis di Kuala Kangsar itu.

source : http://www.malaysiakini.com/news/219086

No comments: